Thursday, April 29, 2010

SPA BANYAK MAKNA. YANG MANA SATU MAKSUD ANDA.

SPA juga bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. tapi yang paling berkesan bila sebut SPA ialah orang akan bayangkan kedai urut yang ada perkhidmatan urut-urut badan. Tapi malang SPA yang ada sekarang bukan sahaja boleh urut-urut badan yang fizikal tetapi ia juga boleh urut nafsu.

Jangan jadikan Malaysia sebagai tempat Simpanan Pelancong Asing atau Seks Pelancong Asing.

Bangunan Terbengkalai, Rumah Kosong, Kedai Tak beroperasi PUNCA Nyamuk

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik untuk membendung bertambahnya rumah terbengkalai atau rumah kosong atau bangunan tanpa berpenghuni kerana semuanya itu punca pembiakan nyamuk. Sekali gus ia menyumbang kepada DENGGI.

Kerajaan tempatan yang efisen IALAH yang dapat utilize bangunan yang ada untuk manfaat manusia setempat.

DENGGI BERKURANGAN APABILA PERANCANGAN BANDAR YANG CEKAP DAN BERKUALITI.

Monday, April 26, 2010

ALLAH AKAN MEMENUHI NERAKA DENGAN IBLIS DAN PENGIKUTNYA

Wahai pembaca blog Supermind@Minda Bistari yang dihormati, semoga kita menjadi di antara orang yang tidak akan disesatkan oleh Iblis. InsyaALLAH.

Rujuk terjemahan dialog dari surah "Shad".

Ayat 71-74

(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Kemudian apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan roh (ciptaan)-Ku kepadanya; maka tunduklah kamu dengan bersujud kepadanya".
Lalu para malaikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis, ia menyombongkan diri dan ia termasuk golongan yang kafir.


Ini pernyataan saya
Iblis sudah janji dengan Allah dia tak akan sesatkan orang terpilih oleh Allah. Oleh itu marilah kita usahakan supaya kita terpilih oleh Allah menjadi di antara hamba Allah yang tidak disesatkan oleh Iblis.

rujuk terjemahan ayat 82-83 surah "Shad"

(Iblis) menjawab, "Demi kemuliaan-Mu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka."

rujuk juga ayat 83-84 surah "Shad"

(Allah) berfirman, "Maka yang benar (adalah sumpahku), dan hanya kebenaran itulah yang Aku katakan. Sungguh, Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan kamu dan dengan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."

CARI JALAN SUPAYA LEBIHAN MAKANAN DIHOTEL-HOTEL TIDAK DIBAZIRKAN

Saya percaya banyak lebihan-lebihan makanan yang masih elok dan baik selepas habis satu-satu majlis (umpamanya barbeque) yang diadakan di hotel-hotel. Kebiasaanya tempoh majlis jamuan seperti ia mempunyai tempoh misalnya dari 8 malam hingga 10 malam.

Selepas majlis selesai, kebisaannya banyak makanan yang masih baik dan selamat untuk dimakan akan dibuang oleh pihak hotel sebab pihak hotel tidak mahu bertanggungjawab sekiranya makanan tersebut dibawa balik oleh awam akan menyebabkan keracunan.

Tetapi pada pandangan saya, semua pihak kena ambil perhatian mengenai perkara ini bagi membolehkan makanan lebihan dari hotel (yang masih baik) boleh dimanfaatkan oleh orang-orang yang memerlukan.

Saya cadangkan ada satu cara untuk menyalurkan makanan hotel ke rumah2 anak yatim atau kepada sesiapa yang memerlukan. Adakan peraturan supaya pihak hotel tidak dipersalahkan dalam hal kebajikan ini. JOM KITA FIKIRKAN supaya MAKANAN TIDAK MEMBAZIR. Orang yang perlu dapat MAKANAN bertaraf 5 bintang.

Masukkan Aktiviti Yang Berfaedah dalam Pakej City Tour

Mohon ada pihak yang membuat kajian untuk memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dijadikan sebahagian aktiviti di dalam City Tour Hotel. Hotel-hotel di Malaysia patut mengadakan pakej City Tour. Saya dapati tak banyak hotel2 di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan City Tour. Kalau kita biarkan pihak tertentu sahaja yang memilih aktiviti maka aktiviti yang dipilih adalah hanya berkisatr kepada tokong cina, kuil hindu, kilang batik dan shopping kompleks.

Sunday, April 25, 2010

Masjid Kristal - Nama Bersinar Fizikalnya Pudar

hari ini ahad 25 April, saya berpeluang ke pusat tamadun islam. disitu letaknya Masjid Kristal. Akan tetapi apa yang saya ingin nyatakan bahawa Masjid yang terletak ditepian sungai dengan Pulau Duyong dicemari oleh sikap endah tak endah Penyelenggara. Dinding daN kubah MASJID amat kotor. Bila ia kotor maka ia akan membawa maksud yang buruk terhadap imej Islam. Mohon dibersihkan.

Saturday, April 24, 2010

Sesetengah warga Asing mencemar budaya Malaysia

Tadi semasa saya round dengan motosikal di depan Taman Teratai Mewah saya lihat ada atu pasangan yang berpegang tangan. Yang lelaki ialah Wartga Afrika (pakai seluar pendek tapi melepasi lutut (oklah) dan pasangannya berambut merah berseluar pendek, Macam rupa bangsa Cina (putih-putih sikit)tapi nampak macam bukan perempuan tulin. Apa yang terdetik dihati saya ialah. "Tiadakah undang-undang untuk menghalang warga asing menunjukkan peragai yang tidak baik. Ya berpegang tangan memanglah tak salah jika sudah berkahwin tetapi saya bimbang pasangan tersebut belum berkahwin dan warga imej warga afrika (yang kebanyakannya Islam) mencemarkan Islam.

Berbasikal memakai kain pelekat dan tidak pakai baju

Semasa saya menunggang motosikal di kawasan perumahan Taman Setapak (Setapak garden) saya lihat ada seorang dalam lingkingan 40an menunggang basikal mengelilingi kawasan taman perumahan tanpa memakai baju. beliau hanya berkain pelekat.

Di sini saya ingin menasihatkan sekiranya ada di antara kita yang sudah biasa dengan berbuat seperti itum nasihat saya supaya tinggalkanlah tabiat tersebut. tak senonoh namanya.

Friday, April 23, 2010

Artikel dalam akhbar mingguan ILUVISLAM elok dibaca

Akhbar mingguan keluaran Kumpulan Karangkraf sdn bhd sangat sesuai untuk bacaan umum. ia tidak seperti akhbar-akhbar yang banyak condong kepada mana-mana kumpulan. Tahniah kepada Editor sdri Fouziah Amir. Editor memainkan peranan penting untuk menentukan kandungan berita yang boleh atau tidak disiarkan. Pemberita dan penyunting juga memainkan peranan yang besar tetapi editorlah yang mengolah ayat supaya tidak bias kepada mana-mana kumpulan. Tahniah kepada pencetus idea untuk mengeluarkan akhbar mingguan yang mempunyai ilmu, iman dan amal.

saya promosi yang baik-baik berdasarkan pandangan saya sendirian.

Baru-baru ini dalam blog ini saya galakkan anda semua dengan radio IKIM.fm dan tengok ASTRO-OASIS.

sekian