Saturday, February 5, 2011

PERGOLAKAN DI MESIR

BERITA DI MESIR BOLEH DILIHAT DI LAMAN AL-JAZEERA

http://english.aljazeera.net/


Thursday, February 3, 2011

UBAT YANG DOKTOR BERI TIDAK DIMAKAN

Pada pandangan saya kerajaan perlu memantau bagi memastikan ubat yang diberikan kepada pesakit adalah tidak membazir. Pemantauan ini perlu kerana kerajaan membelanjakan berbillion ringgit untuk beli ubat setahun sedangkan ubat yang diberikan kepada pesakit tidak dimakan semuanya. Kebanyakan ubat tersebut dimasukkan ke dalam tong sampah. Tak percaya tanya setiap individu yang terima ubat, adakah mereka menghabiskannya? Harga ubat adalah mahal tetapi nilai moral penerima ubat adalah rendah. Jadi kita semua kenalah berbuat sesuatu supaya TIADA PEMBAZIRAN UBAT dan wang kerajaan.

Tuesday, February 1, 2011

Satu Demi Satu Negara Islam Hancur

Terbaru Mesir bergolak. Kita telah menyaksikan satu demi satu negara Islam bergolak sesama sendiri dan digelakkan oleh negara barat dan negara bukan Islam. Pertelingkahan dalaman akan menguntungkan musuh sebenar negara Islam. Bilamana negara Islam bergolak, siapakah kuasa besar yang akan membantu?, Ya Amerika Syarikat yang akan membantu. Akhirnya negara tersebut akan akur dengan apa yang dirancang oleh kuasa luar tersebut. Bagi mengelakkan keadaan ini terus berleluasa, negara-negara Islam perlu bersatu di bawah satu pemerintahan iaitu Pemerintahan Islam.

Kurangkan penggantungan bisness dengan kuasa luar terutama di peringkat individu.

Saturday, January 29, 2011

CUBALAH BANGUN PAGI JAM 4.30 PAGI SETIAP HARI

Ugama Islam menggalakkan supaya umatnya mengamalkan bangun sebelum subuh. Di Malaysia waktu subuh paling awal jam 5.25 pagi dan paling lewat jam 6.15 pagi. Oleh yang demikian eloklah kita bangun jam 4.30 pagi setiap hari. Apabila ia digalakkan sudah pasti ianya mempunyai kelebihan tertentu yang kita tidak tahu. Yang tahu hanyalah Allah yang maha kuasa.

Oleh yang demikian, saya menyeru umat Islam semua supaya berusahalah untuk bangun sebelum subuh sekurang-kurangnya kita sempat mandi, solat sunat tahajud dan membaca dua tiga muka surat ayat suci AlQuran sebelum kita pergi solat subuh berjemaah di surau atau masjid berhampiran.

Di surau atau masjid berhampiran kita dapati bilangan jemaah subuh amat sedikit, jadi sekiranya setiap kita berusaha untuk solat subuh berjemaah di surau/masjid berhampiran maka sudah pasti surau/masjid akan lebih diberkati. So marilah kita berusaha.

Tip untuk bangun awal ialah TIDUR CEPAT. Tidurlah sebelum jam 12 tengahmalam, InsyaAllah, kita boleh bangun jam 4.30 pagi tanpa rasa mengantuk lagi. Sekiranya kita telah mengamalkannya selama setahun, pastinya secara automatik kita akan dibangunkan pada jam tersebut.

Satu lagi, marilah kita cari satu kaedah untuk menggalakkan anak-anak muda solat subuh berjemaah sebab bilangan mereka menyedihkan. Misalnya kita boleh beri galakan kepada kanak-kanak 12 tahun ke bawah dengan menambah duit belanja sekolah lebih seringgit jika mereka turut kita ke surau/masjid waktu subuh.

Saya doakan semoga ramai umat Islam solat subuh berjemaah mulai hari ini, Aameeeen.

Wednesday, January 26, 2011

DENGGI KOMUNITI FACEBOOK

Ada boleh menyalurkan apa-apa maklumat melalui facebook Denggi Komuniti. Maklumat-maklumat yang anda salurkan atau pun apa-apa pandangan anda mengenai denggi akan diambil perhatian atau tindakan oleh pihak berkaitan. Oleh itu, kliklah suka atau like kepada Denggi Komuniti. carilah Denggi Komuniti apabila ada berada dalam aplikasi facebook.

Selamat memberi pandangan

Sunday, January 23, 2011

Setiap Ciptaan Allah Ada Gunanya

Petang Semalam (Sabtu 12.1.2011), saya berlan-jalan di Taman Tasik Titiwangsa. Saya terlihat satu pokok kelapa sawit yang tidsk berbuah tetapi pokoknya masih sedar dengan daun-daun yang banyak.

Walaupun pokok kelapa sawit tersebut tidak berbuah. Dalam kes ini, kita tidak boleh mengatakan pokok sawit tersebut tidak berguna. Mungkin ada sebab2 tertentu.

Ulasan & tambahan

Walaupun sawit tidak berbuah, kita tidak boleh kata pokok itu tidak berguna. Sebenarnya ia berguna untuk memberi makan kepada tumbuhan lain. Sebab banyak tumbuhan lain tumbuh di batang kelapa sawit tersebut. maknanya pokok kelapa sawit tersebut mengorbankan dirinya untuk kemudahan kepada tumbuhan lain.

Wednesday, January 19, 2011

Keinginan Yang Tidak Berani Nak Diluahkan Secara Berdepan

Bagi menyampaikan sesuatu maksud atau keinginan yang memang dikehendaki, membuat kita pening kepala dan tidak keharuan. Maka kita akan mencari satu cara alternatif untuk menyampaikan maksud. Contohnya seorang anak yang ingin mengikut rakan-rakan berjalan tetapi takut untuk memberitahu ibu bapa secara berdepan atau bersekemuka. Maka beliau akan cari cara lain untuk menyampaikan maksud. Untuk memaklumkan kepada ibubapa beberapa cara boleh dilakukan iaitu secara sms, emel atau telefon. Atau boleh juga menulis nota. Contohnya begini.
"Ayah, ibu .... sebenarnya akak nak mintak sesuatu ... akak tak berani nak cakap so akak tulis je la ye .... erm ... sebenarnya next week kawan-kawan akak ajak keluar .. saje nak jumpe kawan-kawan .. lagipun nanti akak gi PLKN, tak dapat r nak jumpe lg ... erm dorg ajak pegi MID VALLEY ari Isnin nanti ... akak harap ibu ayah dapat pertimbangkan permintaan akak ni ... maaf tak cakap berdepan .. he harap dapat fikirkan ... -KAKAK-

Begitulah, indahnya Alam Ciptaan Tuhan. Pelbagai jenis pemikiran yang ada dikepala manusia.