Wednesday, June 9, 2010

Masjid Tersergam Indah di pekan SETAPAK tiada tempat parking kereta

Masjid di pekan SETAPAK sukar untuk dikunjungi kerana ketiadaan tempat parking kereta. Tapi agak hairan kenapa masjid warisan di sebelahnya seolah-olah tiada fungsi. Tempat parking ada di situ tapi tidak dapat digunakan. Saya cadang supaya pagar dibuka untuk kereta masuk ke parking di situ. Ini akan memudahkan pengunjung yang ingin bersolat.

Monday, June 7, 2010

SEPANG CIRCUIT LITAR F1 LUMBA KERETA DI SEPANG SONY CYBER SHOT

Sukan-sukan antarabangsa akan menaikkan nama Malaysia tetapi hendaknya penganjuran tersebut tiada perkara maksiat. Majulah sukan untuk Negara. sila klik iklan SONY CYBER-SHOT melalui Supermind@Mindabistari.

Subuh Berjemaah di Surau/Masjid - Kemana pergi anak-anak muda?

Saban tahun negara kita telah melahirkan ribuan pelajar sekolah agama dan sekolah tahfiz. Negara kita juga mempunyai universiti dan kolej Islam. Sudah tentu setiap tahun akan melahirkan ribuan graduan-graduan yang berp[endidikan Islam. TETAPI saya hairan kenapa di surau dan masjid hanya kelihatan orang-orang separuh umur atau sudah pencen sahaja yang melaksanakan solat berjemaah? Kemana pergi pemuda-pemuda kita? Satu kajian perlu dilakukan untuk menilai sejauh mana kesannya kesedaran untuk meimarakkan surau dan masjid di kalangan anak-anak muda kita.

Di sini saya menyeru anak-anak muda terutamanya graduan-graduan datanglah ke surau dan masjid berhampiran tempat anda dan penuhkanlah saf-saf di waktu solat subuh. InsyaAllah ISRAEL akan gerun melihat ramainya umat Islam dah sanggup bangun pagi nuntuk solat subuh.

KURANG RASA KASIH SAYANG KEPADA IBU BAPA PUNCA REMAJA ROSAK AKHLAK

Walaupun pandangan saya ini bukan secara ilmiah tetapi secara intuisi boleh jadi ada benarnya. Kita lihat remaja sekarang sukar dikawal oleh keluarga, kenapa?. Sebabnya ialah kurangnya rasa kasih sayang di antara ibubapa dan anak. Perkara ini mungkin juga ada kaitan dengan pemisahan ibu dan anak dalam usia muda. Satu kajian harus dibuat terhadap kesan kanak-kanak masuk asrama selepas tahun 6. Sebab usianya baru 12 tahun telah berjauhan dengan ibubapa dalam jangka masa yang lama. Lepas itu anak tersebut terus belajar ke Pusat Pengajian tinggi atau oversea.

Bukan itu sahaja, sebelum beliau ke asrama, dalam usia 1-5 tahun anak tersebut di asuh oleh amah atau tinggal di Nursery. Bila dah sekolah, beliau banyak berada di sekolah bersama kawan-kawan. Ibubapa pula balik lambat dari tempat kerja. Anak pula malam2 tusyen. Jadi berapa sangat masa ibubapa bersama anak-anak.

Keadaan ini menyebabkan anak-anak lebih akrab dengan kawan berbanding ibubapa. kasih sayang kepada ibubapa hanyalah retorik semata-mata.

Saya banyak juga perhatikan ada si ibu memakai tudung, tetapi anak-anaknya tidak bertudung malah ada anak perempuannya berseluar ketat atau pendek. Kenapa? sebab bila ibu tegur, anak-anak ini memberontak dan pelbagai alasan diberikan. Maknanya ibubapa dah tak boleh menyuruh anaknya mengikut kehendak ibubapa.

Anak-anak berkawan bebas lelaki dan perempuan. Ditambah pula dengan video2 sex yang mudah diperolehi. Mereka mungkin menonton bersama-sama. Kalau belajar di oversea dah biasa. Pengaruh video sex ini memang dahsyat. tambah tak ada IMAN, hancur bang!!!.

Oleh itu, saya ingin nasihatkan kepada ibubapa yang muda-muda ini, rapat-rapatlah dengan anak-anak. kalau boleh baliklah awal ke rumah untuk anak-anak. Bila Cuti Sekolah, ajaklah anak-anak anda bersiar-siar. Jalinkan kasih sayang sebab Kasih sayang menjadi perisai dari kejahatan hawa nafsu.


Al'Israa' [Ayat 24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Sunday, June 6, 2010

SEDIA DAN SEMAK CHECKLIST

Petang tadi (6.6.2010) kira-kira jam 3.45 petang, saya berada di hadapan sebuah kedai fast food yang ada perkhidmatan delivery order. Tiba-tiba saya terlihat seorang pekerja delivery order keluar dari kedai menuju ke motosikalnya untuk menghantar pesanan pelanggan. Dalam waktu yang sama saya lihat beg yang mengisi barang pesanan tidak dizipkan. Mungkin dia terlupa. Saya nak tegur tapi beliau agak laju dan jauh (saya tak biasa menjerit, jadi saya tak sempat nak tegur). Tambahan pula saya memegang banyak barang yang dibeli dari pasaraya berhampiran. Jadi saya biarkan sahaja.

Selang beberapa saat kemudian, pekerja penghantar pesanan tadi melintasi di depan saya dan saya lihat burger jatuh dari beg pesanan dan saya lihat sebungkus lagi hampir jatuh. Pekerja tersebut tak sedar dan terus memecut motosikalnya dengan gah. Saya menjangkakan sepanjang perjalanannya akan jatuhlah apa sahaja yang ada dalam begnya. Apabila sampai ke destinasi, saya pasti habis barang pesanan jatuh.

Apa akibatnya?

1. Pelanggan yang menunggu lama, tiba2 apabila penghantar pesanan datang, barang yang dipesan TIADA.
2. Pekerja penghantar pesanan tersebut akan PANIK. dahlah kena marah oleh pelanggan, beliau juga akan berhadapan dengan tindakan disiplin.
3. Pekerja tersebut sudah pasti kena tanggung kerugian.
4. Imej syarikat fast food tersebut tercemar.

Oleh itu saya nasihatkan supaya setiap pekerjaan hendaklah disediakan senarai semak (checklist) dan setiap pekerja mesti semak checklist sebelum mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan tiada perkara yang terlepas pandang.

SEDIAKAN SENARAI SEMAK DAN SEMAKLAH SENARAI SEMAK TERSEBUT BILA NAK MELAKSANAKAN SESUATU PERKARA.

Saturday, June 5, 2010

HORMATILAH IMAM YANG TELAH DILANTIK

IMAM merupakan jawatan tertinggi dalam pentadbiran sebuah masjid. IMAM ini dilantik oleh Jabatan Islam negeri berkenaan. Aktiviti-aktiviti surau biasanya di uruskan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah kuliah maghrib, kuliah Subuh, dan sebagainya. Biasanya semasa ada program ceramah, penceramah yang dilantik itu akan di minta menjadi IMAM oleh ajk (biro ugama).

Apa yang nak diperingatkan disini ialah hubungan antara ajk dan IMAM mestilah akrab dan saling hormat menghormati. Terlintas saya nak menulis diblog ini ialah supaya perhatian diambil oleh AJK Masjid dan Surau supaya menghormati IMAM yang ditugaskan menjadi IMAM. Sekiranya malam tersebut ada ceramah dan berhasrat untuk meminta penceramah menjadi imam, hendaklah terlebih dahulu meminta izin daripada IMAM.

Apa yang berlaku malam tadi disebuah masjid, seorang IMAM bertanya kepada seorang ajk (kebelulan saya bersebelah ajk tersebut). Begini pertanyaan imam tersebut "SIAPA YANG JADI IMAM INI?" "SEPATUTNYA KALAU NAK GANTI SEBAGAI IMAM, TANYA ATAU MINTA IZIN SAYA DULU. INI SAYA TAK TAU SEDANGKAN SAYA IMAM." Itulah sedikit perbualan yang mencetuskan hati saya supaya menulis di sini.

Sebenarnya perkara itu kecil tetapi AJK Masjid perlu muhasabah diri agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Amalkan hormat menghormati antara satu sama lain.

Sama-sama kita membaiki diri kita agar doa-doa dan keinginan kita dimakbul Allah. Termasuklah keinginan kita melihat Bumi Palestin di kembalikan kepada Rakyat Palestin. Berperang kita tak upaya, MAKA DENGAN MEMBAIKI DIRI SUPAYA PERBUATAN KITA DIREDHAI ALLAH juga menyumbang kepada kejayaan Rakyat Palestin dan meruntuhkan kekejaman Zionist.
Marilah kita SOLAT SUBUH berjemaah ramai-ramai seperti ramainya orang solat Jumaat.

Friday, June 4, 2010

BERSEDIALAH MENGHADAPI UJIAN

Boleh dikatakan semua ibubapa meminta anak-anak mereka yang akan menghadapi peperiksaan sama ada UPSR/PMR/SPM/STPM, membuat persediaan rapi, mengikut jadual, menghantar mereka ke tusyen dan seumpamanya semata-mata untuk memastikan anak mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Mereka sangat takut anak-anaknya gagal.

Tetapi amat jarang sekali ibu/bapa atau individu yang membuat persediaan untuk menghadapi ujian di Padang Mashyar. Kalau lah kita semua boleh usahakan membuat persediaan rapi seperti di atas. Umpamanya menghadiri kelas agama, memperbaiki solat, meninggalkan yang dilarang Allah, mengerjakan perintah Allah, mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan segala yang buruk semata2 untuk memastikan kita lulus ujian ALLAH. Buat perkara ini sebelum MATI.

Sebab 'MATI adalah PASTI' - Buatlah persediaan sebaik-baiknya.

SIAPA ALIEN - WARDINA SAFIYYAH

Saya mengucapkan syabas kepada Wardina Safiyyah kerana telah berjaya menghasilkan buku kanak-kanak. Buku ini telah dilancarkan baru-baru ini di Perpustakaan Negara. Tajuk buku sangat menarik iaitu Siapa Alien (dalam siri kembara ALI ALIEN).

Karekter Ali direka untuk menarik minat anak-anak. sesuatu yang "luar biasa" lebih digemari daripada sesuatu yang biasa mereka lihat.

Ali adalah karekter yang suka bertanya dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ali karekter yang berani. Mengembara ke alam angkasa mengajar anak anda nama-nama planet dan membawa anak anda mengenali bumi dan alam semesta.

Buku ini sesuai kepada kanak-kanak yang baru pandai membaca.


Tahniah sekali kepada Wardina kerana telah menyampaikan ilmu yang ada padanya.

-----------------------------------------------------------------------------
Surah Al-'Alaq

[1]
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]

Tuesday, June 1, 2010

NASIHAT UNTUK TUKANG MASAK ATAU PEMBANTU TUKANG MASAK

Saya terasa loya melihat rakaman CCTV yang menunjukkan seorang Amah meludah ke dalam masakan majikan. Sungguh tiada iman langsung sesiapa yang berkepecayaan bahawa dengan meludah ke dalam masakan majikan bahawa beliau akan disayangi.

Saya juga dimaklum oleh seorang rakan bahawa suatu ketika dia terlihat seorang pembuat roti canai TERBERSIN. Beliau telah melihat dengan mata kepala sendiri bahawa orang yang bersin itu menutup mukanya dengan tangan. Lepas tu tanpa basuh tangan beliau menebar semula roti canai. Bayangkan betapa kotornya.