Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

KANAK-KANAK DAN MOTOSIKAL

Kerajaan, Polis dan Penguasa Tempatan wajib mengambil tindakan tegas terhadap kanak-kanak dan pejar sekolah berusia 16 tahun ke bawah yang menunggang motosikal. Se;ain hasa kepada dirinya, ia juga merbahaya kepada orang lain.

Tadi semasa saya berada di hospital, ada seorang budak yang terlantar di katil hospital lalu saya bertanya kepada bapanya kenapa dengan budak tersebut? Ayahnya kata eksiden. Saya tanya aksiden apa? Katanya aksiden motosikal. Saya terkejut lalu bertanya berapa umurnya. 11 tahun jawab bapanya selamba. Bapanya menambah 'biasalah di kampung, budak-budak menunggang waktu petang-petang.

Friday, July 25, 2008

Bagaimana Cara Untuk Berhenti Merokok?

Merokok adalah satu perbuatan yang boleh merosakkan semua yang berada di dalam tubuh manusia. Sebagaimana yang anda semua maklum, apa sahaja yang merosakkan diri kita merupakan perbuatan yang negatif. Oleh yang demikian, tindakan yang perlu disegerakan oleh anda yang merokok ialah menghentihan terus perbuatan tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa alasan-alasan yang sering didengar dari perokok ialah:
i) Alah.. aku hisap main-main aje.
ii) Aku tak boleh berhentilah sebab dah sebati dalam darahku
iii) Awak tak merokok boleh kata boleh berhenti, aku ni dari darjah 6 lagi dah merokok, macam mana nak berhenti
iv) Awak tak merokok pun tak kaya-kaya juga

dan macam-macam lagi

Hakikatnya itu cuma alasan kepada yang tidak mahu berhenti sahaja.

Formula untuk berhenti merokok

1. Bulatkan tekad bahawa merokok itu meracunkan diri sendiri
2. Saya sayangkan diri saya
3. Duit rokok boleh saya guna untuk derma
4. Saya tergolong dikalangan orang yang tidak merokok
5. Perokok adalah pelanggan utama tandas dan tempat buang sampah

bersambung....