Thursday, August 23, 2012
Kelantan in REALITY
Ramai orang kata Kelantan teruk, miskin, minum air kotor, tiada pembangunan dan negeri yang tiada haluan. Tapi bila saya pergi ke Kelantan saya dapati ianya tidak seperti dakwaan yang negatif itu. Saya lihat banyak rumah-rumah mewah di Kelantan. Sawah padi pun banyak telah di convert kepada tanah perdagangan atau tanah perumahan. Kos barangan makanan masih murah berbanding negeri lain. Kueh masih boleh dapat 4 ketul serial. kalau di KL 50 sen sebiji, paling murah 3 ketul seringgit.
Pembangunan pesat. Takkan kita nak tengok bangunan tinggi je. Di Kelantan, walaupun tak de dan tak akan didirikan bangunan tinggi tapi bangunan perdagangan sudah melarat ke serata tempat di Kelantan. Nanti satu masa nanti seluruh negeri kelantan ada bangunan kedai. tak hanya tertumpu di satu kawasan saje.
Tapi yang saya paling lemahnya di Kelantan ni ialah JEM di setiap traffic light. sebab ape? sebab mereka tak adjust tempoh masa pertukaran warna lampu. Dahlah tu tak ada polis atau rela yang jaga dipersimpangan menyebabkan ada yang terpaksa tunggu 1 jam setengan untuk melepasi traffic light Melor. Kalau ada polis trafik yang jaga, masalah jem tu boleh di atasi dan tidak akan jadi satu masalah. Rugi masa berjalan ke Kota bharu. Raya ni takleh nak gi jalan banyak rumah sebab lebih masa di Jalanraya. Kita beraya di Jalan raya.
Orang kelantan comel-comel, yang perempuanlah. Orang lelaki tak hensem mana pun sebab tu mek kelantan banyak pilih jejaka di luar sana.
Ada dikalangan orang lama diluar sana menganggap setiap perempuan di kelantan pakai gelang emas banyak. Sebenarnya budaya pakai gelang emas banyaknya terdapat di Pulau Pinang. Kat Kelantan ni depa simpan, bukan pakai. Tapi sejak emas mahal ni sikitlah yang dapat simpam emas.
Satu kelainan di Kelantan ni kita lihat banyak juga bangunan atau rumah kedai milik orang Melayu. kat tempat lain banyak kedai bukan Melayu.
Oklah tak sempat nak celoteh panjang. ada masa saya sambung lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment