Friday, March 23, 2012

DASAR DAN GARIS PANDUAN MANUSIA

DASAR DAN GARIS PANDUAN merupakan satu perkara yang paling penting bagi menjayakan satu-satu agenda atau tujuan pewujudan sesuatu. Sebelum kereta diwujudkan, pencipta kereta telah ada di dalam pemikirannya kegunaan dan bagaimana ia berfungsi. Terdapat syarat-syarat dan peraturan tertentu yang perlu diikuti bagi membolehkan kereta tersebut berfungsi dengan baik. Semua syarat, peraturan dan cara penyenggaraannya ada dalam pemikiran si pencipta kereta tersebut. Apabila kereta tersebut telah siap dan diuji dengan sempurna dan pencipta telah berpuashati dengan idea penciptaannya maka ditulis dasar dan garispanduan pengendalian kereta termasuklah user manual.

Sebenarnya keperluan Dasar dan Garis Panduan bermula dari penciptaan Manusia lagi di mana manusia telah cipta oleh Pencipta Manusia. Sebelum penciptaan manusia, perihal dasar, syarat dan peraturan untuk manusia telah ada dalam pengetahuan Pencipta. Dasar, syarat dan peraturan ini telah ditulis dengan sempurna menjadi dokumen yang perlu dirujuk oleh manusia. Jika manusia tidak merujuk kepada dokumen ini maka manusia tersebut tidak akan berfungsi sepertimana yang dikehendaki oleh Pencipta. Kedua dokumen tersebut ialah Al Quran dan Hadis Nabi. Al QURAN lebih kepada Dasar manakala Hadis Nabi merupakan Garis Panduan.

Oleh sebab itu untuk menjadi seorang manusia yang betul-betul mengikut kehendak Pencipta manusia maka manusia itu mestilah sentiasa merujuk dan mengamalkan setiap perkara yang disarankan di dalam dokumen AlQuran dan Hadis.

Sebagai seorang manusia, beliau mestilah mempercayai dengan sebenar-benar bahawa ada:
1. Allah; iaitu Pencipta Manusia, Raja Manusia
2. Malaikat; iaitu Makluk yang dicipta oleh Allah menjalankan fungsi-fungsi pengawasan dan pemantauan manusia dan alam ciptaan Allah.
3. Kitab; iaitu Dasar dan peraturan yang perlu diikuti oleh manusia.
4. Rasul; iaitu manusia yang ditugaskan untuk menyampaikan dasar dan peraturan sebagai panduan manusia untuk hidup di muka bumi ini
5. Hari Kiamat; iaitu hari kehancuran secara menyeluruh alam dunia dan diganti dengan alam akhirat atau hari kebangkitan semula untuk manusia diadili.
6. Qada dan Qadar; iaitu sebab dan akibat atau sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya. Impaknya untung baik atau untung jahat. Syurga atau neraka.

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Manusia bagaimanakah yang dikehendaki oleh Pencipta?

Dari dasar dan garispanduan yang ditetapkan, maka manusia yang berugama Islam dan mengikut sepenuhnya dasar (Al-Quran)dan garispanduan (Hadis) yang disediakan adalah yang diinginkan oleh Pencipta.

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Selamat menjadi manusia yang Allah redhai.

No comments:

Post a Comment