Wanita Rakyat Malaysia yang sudah akil baligh wajib berusaha sedaya upaya untuk memakai pakaian yang menutup aurat sepertimana yang digariskan oleh Allah dan RasulNya. Rambut dan dada terutamanya alur buah dada wajib dilindungi daripada pandangan bukan mahramnya.
Situasi masakini menunjukkan lebih ramai wanita Islam rakyat Malaysia tidak segan silu pakai seluar pendek dan mendedahkan sebahagian buah dadanya. Akibatnya ramai lelaki yang menjadi alim-alim kucing. Konon tak tengok tetapi kerap kali menjeling. Impaknya iman luntur dan cenderung menyertai Iblis dan Syaitan untuk bermaharajalela didesa atau dikota.
Ya Allah, jadikanlah rakyat Malaysia rakyat yang mematuhi peraturan yang telah Engkau tetapkan. Jadikan Malaysia ini hampir dengan taraf Madinah dan Mekah. Lupuskanlah rakyat Malaysia yang sombong dan takbur. Berilah kekuasaan kepada orang-orang yang benar-benar mahu memerintah mengikut ajaran Islam sepenuhnya.
Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui dari kami. Amin.
No comments:
Post a Comment