Kita disaran supaya sentiasa dalam keadaan berwuduk. Orang yang sentiasa dalam keadaan suci (ada wuduk) akan dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah atau sifat amarah. Malangnya dalam keadaan sekarang, peraturan ditempat kerja menyukarkan kita untuk sentiasa dalam keadaan berwuduk. Mana-mana pejabat pun terutama pejabat kerajaan, setia lelaki mesti pakai kasut.
Bila pakai kasut, sudah pasti kita pakai setokin. Jika kita hendak berwuduk, kita kena tanggal kasut dan stokin. kemudian kita pakai selipar untuk ambil wuduk. Ini menyukarkan kita untuk mengambil semula wuduk setelah kita buang hajat.
Saya berpandangan, adalah baik jika di tempat kerja dibenarkan memakai SANDAL sahaja. Bentuk Sandal sekarang sudah cantik. Kalau kita pakai sandal, Insya Allah imej perkhidmatan awam akan lebih dihargai.
No comments:
Post a Comment