Monday, November 15, 2010

Kenangan Masa Silam


Baru-baru ini ada seorang insan yang TAG nama saya dalam sekeping gambar yang diposkan di dalam facebook. Kebetulan saya bukanlah orang yang pandai simpan gambar maka saya amat bersyukur dapat juga saya simpan gambar kenangan silam semasa di Sekolah Alam Shah pada sesi 1980/1981.

Di antara sahabat2 di dalam gambar termasuklah Zainal Bahrin, Zainudin Taib, Ahmad Supion, Dr. Bambang Sunaryo Suparjo, Aziz, Che Aziz, Dr. Aminudin Saim, Dr. Kamil, Amran, Shafie, & 6 orang lagi lupa lak nama mereka. Nama lecture hanya seorang saya ingat iaitu En. Simanjuntak.

Terfikir oleh saya.... bagus juga kemudahan jaringan sosial ini. boleh jadi Jejak Kasih yang efisyen.

1 comment:

  1. Pak Siman meninggal pada tahun 2008 di rumah anaknya di Subang Jaya. Saya dapat tahu melalui sms dari kawan-kawan dan terus ke Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zuhur.. hari Sabtu.. sedang tunggu hujan lebat pula.. hujan reda sehingga selepas Asar.. selepas solat di surau di perkuburan tu, saya terjumpa petugas di situ.. katanya, "Yang ramai-ramai orang Indonesia sama orang Jawa tu ke? Pukul 10 pagi tadi dah kebumi, bang!" ... Alfatihah buat Pak Siman yang garang tapi hatinya baik.. -Abdullah b. Salim, SAS 84-88, facebook = Ab Salim (silalah add saya)

    ReplyDelete