Saturday, November 27, 2010

Panggilan Negeri-Negeri Di Malaysia

Darul Makmur - Pahang
Darul Khusus - Negeri Sembilan
Darul Ridzuan - Perak
Darul Aman - Kedah
Darul Iman - Terengganu
Darul Sunnah - Perlis atau Perlis Indera Kayangan
Darul Azim - Melaka
Darul Takzim - Johor
Darul Naim - Kelantan
Darul Saadah - Sabah
Darul Ehsan - Selangor
(TIADA) - Pulau Pinang
(TIADA) - Sarawak
(TIADA) - Wilayah Persekutuan

(Kalau kawan2 tahu tolong maklum)

Friday, November 26, 2010

Jaringan Sosial - Saya terpaksa remove rakan yang attach youtube tak senonoh

Memilih rakan facebook perlu bijak. Tidak semestinya permohonan rakan yang merupakan rakan facebook kepada kawan rapat kita, kita terima sebagai kawan. Biar rakan facebook kita sedikit tetapi kita kenal sungguh siapa dia. Ini adalah kerana ada juga rakan-rakan facebook yang mungkin tanpa disedari membuat attachment kepada streaming video (youtube) tertentu tetapi sumber youtube itu adalah dari sumber tak senonoh. Ini akan menyebabkan kita sama-sama terlibat menyebarkan bahan tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Saya dah banyak mendelete rakan facebook apabila saya dapati individu tersebut postkan bahan yang tidak beretika.

Harap peminat-peminat Jaringan Sosial terutamanya facebook berhati-hati memilih rakan facebook.

Peringatan dari MindaBistari

Mengasingkan Jalanraya

Saya mencadangkan supaya Malaysia dijadikan negara pertama yang berjaya mewujud jaringan jalanraya (lebuh raya sahaja bukan jalan biasa) berasingan dalam 3 kategori iaitu:

i) Lebuhraya Motosikal
ii) Lebuhraya Kereta (kenderaan beroda 4 tapi tidak termasuk jentolak dan seumpamanya)
iii) Lebuhraya kenderaan berat (lori, bas, treler, lori kontena dan sebagainya).

Banyak kelebihan berbanding dengan anggapan ia mahal (mungkin murah cuba buat kajian, sebab mungkin kos baiki jalan dapat dijimatkan)

Diantara kelebihannya ialah:

1. Kemalangan yang dahsyat antara kereta dan lori atau lori dan motosikal dapat dielakkan.
2. Perjalanan kita akan lebih lancar
3. Kerosakan jalanraya motosikal dan jalanraya kereta akan berkurangan, jadi tidak merbahaya
4. Kemalangan maut dapat dikurangkan

Diantara keburukanya

1. Pemandu lori berlumba sesama sendiri
2. Pemandu kereta berlumba sesama sendiri
3. Pemandu motosikal ramai yang mula berlumba.

Bagaimanapun saya berpendapat lebih baik dilaksanakan pengasingan lebuhraya tersebut.

CEGAH DENGGI - ELAKKAN BANGUNGAN/RUMAH TIDAK BERPENGHUNI

Denggi merupakan ancaman baru masa kini (tahun ini) di mana sehingga hujung November 2010 lebih 120 orang telah meninggal dunia akibat denggi. Sedangkan pada tahun lalu tidak sampai 80 orang meninggal dunia. Saya ingin memberi pandangan dan mohon kerjasama agensi-agensi yang terlibat agar bekerjasama mengurangkan

1. Bangunan/Rumah terbengkalai,
2. Rumah terbiar tidak berpenghuni,
3. Kawasan Semak,
4. Sampah sarap yang tidak dikutip segera,
5. Tasik-tasik dan lobang-lobang takungan air terbiar.

Dan lagi

Para doktor2 dan MA di klinik-klinik kerajaan dan swasta, apabila pesakit datang mengadu demam periksalah sehingga mengetahui sama ada itu demam denggi atau tidak. sebab kebanyakan orang yang demam apabila ke klinik mengadu demam, Hanya ubat demam yang diberikan sehingga berkali-kali pesakit datang ke klinik, barulah treatment denggi dibuat.

Cegah Denggi Hapuskan Nyamuk. Jangan guna Ubat Nyamuk, Gunakanlah Racun Nyamuk

Sunday, November 21, 2010

JADILAH AHLI ALQURAN

Ahli Allah

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ

Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda berkata: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihanNya.”
(HR. Ibn Majah)

Keterangan:
- “Ahli al-Quran”: Golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.
- “Ahli Allah”: Para wali Allah dan golongan yang mendapat pilihan yang istimewa daripada Allah.
(Syarah Sunan Ibn majah)

Wednesday, November 17, 2010

LEBUHRAYA KENDERAAN BERAT PERLU BERASINGAN DENGAN KERETA

Mengerikan bila dengar treler langgar kereta menyebabkan 4 terbunuh. So saya cadangkan lebuhraya lori dan kenderaan berat perlu berasingan dari lebuhraya kereta. Banyak kelebihannya.

SASARAN FILEM 2 ALAM RM40 JUTA TERLALU TINGGI

Saya rasa sasaran RM40 juta kutipan filem 2 Alam terlalu tinggi. Untuk mendapatkan RM40 juta dari 85 buah panggung maknanya 1 panggung perlu kutip RM471,000. Jika 1 hari main 3 tayangan maka 1 tayangan perlu kutip RM157,000.

Untuk kutip 1 hari tak mungkin. Tetapi jika 1 panggung tayang 7 hari berturut2. RM471,000 / 7 = RM67,300 sehari atau RM22,633 satu tayangan.

Dalam perkiraan saya 1 panggung hanya dapat kutip sehari hanya sebanyak RM7,200 sehari. Jika seminggu RM50,400. Oleh itu kalau 85 panggung, hanya dapat kutip sebanyak RM5 JUTA sahaja.

MAKA SAYA MERAMALKAN BAHAWA 2 ALAM HANYA DAPAT KUTIP RM5 juta sahaja (jika main 7 hari). Jika Main 2 Minggu iala akan dapat kutip sebanyak RM8 juta sahaja.

Lainlah kalau ada syarikat yang beli tiket secara bulk (pakej) dan disedekahkan kepada orang-ramai suruh pergi menonton.

Marilah kita lihat SIAPA YANG KENA...

Monday, November 15, 2010

Kenangan Masa Silam


Baru-baru ini ada seorang insan yang TAG nama saya dalam sekeping gambar yang diposkan di dalam facebook. Kebetulan saya bukanlah orang yang pandai simpan gambar maka saya amat bersyukur dapat juga saya simpan gambar kenangan silam semasa di Sekolah Alam Shah pada sesi 1980/1981.

Di antara sahabat2 di dalam gambar termasuklah Zainal Bahrin, Zainudin Taib, Ahmad Supion, Dr. Bambang Sunaryo Suparjo, Aziz, Che Aziz, Dr. Aminudin Saim, Dr. Kamil, Amran, Shafie, & 6 orang lagi lupa lak nama mereka. Nama lecture hanya seorang saya ingat iaitu En. Simanjuntak.

Terfikir oleh saya.... bagus juga kemudahan jaringan sosial ini. boleh jadi Jejak Kasih yang efisyen.

Friday, November 12, 2010

Penggunaan Gelaran Palsu Rakyat Malaysia Memalukan Negara

Sejak kebelakangan ini makin ketara kita dapati Rakyat Malaysia tanpa segan silu menggunakan Title seperti Dr.; Dato'; Peguam; dan sebagainya. Padahal dia tidak layak dan tak boleh menggunakan title tersebut. Kejadian terbaru ialah pendedahan yang memalukan negara iaitu pertikaian kelayakan Dr. Fazley.

Apa yang terdetik dihati dan minda saya ialah untuk menasihatkan orang-orang yang sanggup membeli title semata-mata untuk kemegahan dan kepentingan diri bahawa anda BUKANlah manusia yang disukai oleh Pencipta Alam Semesta. Menipu di dalam alQuran dikategorikan sebagai DOSA yang agak berat. Kreadibiliti anda dari 90% menjunam kepada almost Zero.

Kepada yang ada niat untuk membeli title, saya nasihatkan supaya LUPAkanlah. Niatkanlah untuk jadi orang yang baik.

Monday, November 8, 2010

Nasib Bahasa Kebangsaan di Gedung Beli Belah di One Utama atau The Garden

Salam

Sikap dan tabiat terhadap Bahasa Kebangsaan mendukacitakan.

"Perjuangan bahasa bukan perjuangan baru tetapi tidak akan pernah pudar. yang pudar ialah pelaksanaan dan penegasan dasarnya seolah-olah masih tidak menentu. Dimanakah silapnya?" itulah sebahagian cetusan gapena A.Aziz Deraman dalam Rencana Untusan Isnin 8 November 2010.

Baca artikel tersebut, saya teringat semasa saya berjalan di pusat beli belah One Utama dan The Garden baru-baru ini. Saya dapati bahasa Malaysia bukan bahasa utama. Bahasa utama ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Bahasa ketiga ialah bahasa Tamil. Bahasa ke empat baharulah bahasa Malaysia. Lihat sahaja di tiang-tiangnya tulisan apa yang ada di situ?. Sekiranya perkara ini tidak dipantau, lama-kelamaan bandar-bandar di Malaysia akan menjadi bandar-bandar di Hong Kong atau Shanghai bukan lagi Kuala Lumpur, Bukan lagiShah Alam, Bukan lagi Damansara. Sudahlah namanya nama barat, kandungannya pula banyak yang NON Halal.

Dulu saya pernah terbaca polisi bahawa papan tanda atau iklan tidak boleh bertulisan 100% bukan Bahasa Melayu (Malaysia). Ia mesti Utamakan Bahasa Malaysia dan barulah bahasa Inggeris. Lepas bahasa Inggeris baharulah bahasa Cina atau Tamil. Tetapi polisi tersebut seolah-olah dilupakan.

Pejuang-pejuang bahasa kebangsaan kenalah buat bising sikit dapat mengembalikan maruah Bahasa Malaysia di bumi Malaysia.

Wassalam

Friday, November 5, 2010

Sebarlah Ilmu Yang Bermanfaat Dengan Penulisan

Ilmu Allah amat luas dan tak akan habis pada bila-bila masa pun. Oleh itu marilah kita sama-sama mencari ilmu pada setiap ketika dan secara berterusan. Apabila kita mendapat ilmu baru dan kita fikir ia bermanfaat kepada kesejahteraan manusia maka perlulah kita sebarkan. Tulislah buku atau sekurang-kurang tulis dalam blog atau dalam paper. Orang yang hebat ialah orang yang berilmu dan menyebarkan ilmu. Cuba jadikan anda seorang Rakyat Malaysia yang ada produk sendiri dan orang lain menggunakan produk anda untuk membuat produk-produk lain. Misal kata, jika seorang penulis buku 'Buat Duit Dengan Foto'. Tiba-tiba ada orang lain membaca dan menggunakan buku tersebut sebagai panduan sehingga berjaya menghasilkan foto-foto yang cantik dan bernilai tinggi. Maka penulis buku tersebut juga akan mendapat ganjaran dari ilmu yang disebarkannya.

Selamat mencari ilmu dan menyebarkannya.

Wednesday, November 3, 2010

Imam dan AJK Masjid/Madrasah kena susun strategi

LUPA adalah sesuatu yang normal bagi seseorang manusia. Apabila seseorang lupa, adalah menjadi kewajipan bagi orang lain mengingatkannya. Pernah terjadi peristiwa dimana seorang imam terlupa menyebut ayat-ayat Quran tertentu semasa membaca satu surah dalam sembahyang tetapi seramai 40 lebih jemaah yang mengikut solat jemaahnya, TIDAK ADA SEORANG PUN JEMAAH YANG BERANI BETULKAN BACAAN IMAM atau membacanya supaya dapat mengingatkan imam.

Ini bermakna lebih 40 jemaah yang ada di belakang IMAM sebenarnya tiada yang hafiz. Oleh itu, bagi mengelakkan terputusnya bacaan selepas IMAM terlupa saya cadangkan supaya imam dan ajk surau duduk semeja membincangkan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

Mungkin boleh berbincang untuk mewujudkan kepakaran dikalangan jemaah masjid/surau supaya pakar rujuk hafiz Surah. jika ini terjadi pada masa akan datang maka jemaah yang hafiz surah yang dibaca boleh ingatkan.