Dalam kehidupan seharian kita, kita dikunjungi oleh pelbagai manusia. Ada yang miskin ada yang kaya. Ada yang sempurna ada yang cacat. Kita sebagai manusia tidak dapat membaca hati orang yang datang kepada kita. Saya percaya ramai juga di kalangan kita yang tidak memandang sangat kepada orang kurang upaya... ada yang pandang sebelah mata dan tidak terdorong untuk bertanya khabar. Kita lebih terdorong untuk bertanya khabar kepada orang sempurna yang cantik atau kacak. Sebenarnya orang-orang kurang upaya lebih memerlukan sokongan dan sapaan dari kita. Mereka akan lebih bersemangat bila mereka disapa atau ditanya khabar.
Perkara hati ini ada di sebut di dalam surah 'Abasa di mana Rasulullah sendiri pernah diperingatkan oleh Allah supaya Jangan melakukan lagi yang sedemikian itu.
Rujuk Surah 'Abasa
[1] Ia memasamkan muka dan berpaling,
[2] Kerana ia didatangi orang buta.
[3] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -
[4] Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
[5] Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
[6] Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
[7] Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
[8] Adapun orang yang segera datang kepadamu,
[9] Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -
[10] Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
[11] Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
[12] Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
[13] .....rujuk http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
No comments:
Post a Comment