Friday, September 24, 2010

Apabila Orang Yang Serba Kekurangan Datang Kepada Kita - Apa perasaan kita

Dalam kehidupan seharian kita, kita dikunjungi oleh pelbagai manusia. Ada yang miskin ada yang kaya. Ada yang sempurna ada yang cacat. Kita sebagai manusia tidak dapat membaca hati orang yang datang kepada kita. Saya percaya ramai juga di kalangan kita yang tidak memandang sangat kepada orang kurang upaya... ada yang pandang sebelah mata dan tidak terdorong untuk bertanya khabar. Kita lebih terdorong untuk bertanya khabar kepada orang sempurna yang cantik atau kacak. Sebenarnya orang-orang kurang upaya lebih memerlukan sokongan dan sapaan dari kita. Mereka akan lebih bersemangat bila mereka disapa atau ditanya khabar.

Perkara hati ini ada di sebut di dalam surah 'Abasa di mana Rasulullah sendiri pernah diperingatkan oleh Allah supaya Jangan melakukan lagi yang sedemikian itu.


Rujuk Surah 'Abasa

[1] Ia memasamkan muka dan berpaling,
[2] Kerana ia didatangi orang buta.
[3] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -
[4] Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
[5] Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
[6] Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
[7] Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
[8] Adapun orang yang segera datang kepadamu,
[9] Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -
[10] Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
[11] Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
[12] Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
[13] .....rujuk http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Iktibar dari Sesuatu Kejadian Yang Berlaku

Sesungguhnya peristiwa yang berlaku setiap hari adalah merupakan petunjuk-petunjuk dari Pencipta Alam Semesta Ini. Tanah yang kering tandus memerlukan hujan bagi menyuburkannya. Orang hilang yang telah banyak tidak ditemui memerlukan petunjuk bagaimana cara untuk menemuinya. Kes Sosilawati merupakan petunjuk untuk menyelesaikan sebahagian kes orang hilang. Kes ribut di bazar ramadhan juga ada petunjuk tersendiri mengikut tafsiran masing-masing. Kes Ombak besar (Sunami) yang berlaku menyuruh kita bersedia dengan kemungkinan berlaku lagi. Kes sosial dan jenayah yang banyak berlaku sekarang ini juga memberi petunjuk bahawa ada yang perlu diperbaiki (dipertingkatkan) dalam sistem pengurusan negara. Oleh itu marilah kita melihat sesuatu kejadian itu secara positif dan mengambil tindakan ke atas petunjuk-petunjuk yang diberikan.

Wednesday, September 22, 2010

Nikmatnya Membaca ALQuran Sebelum Subuh

Hanya orang-orang yang menjadikan amalan membaca alQuran di awal pagi iaitu sebelum waktu subuh sahaja yang akan merasa Nikmat. Ingin mendapatkan bagaimana rasa nikmat tersebut? Cuba amalkan secara berterusan sekurang-kurangnya selama setahun maka anda akan merindui kenikmatan tersebut. Selamat membudayakannya. Good Luck!
,mindabistari

Kedai Makanan Halal Tidak Sepatutnya Jual Rokok

Seseorang yang berniaga makanan yang halal dinasihatkan supaya tidak menjual Rokok. Menjual rokok bererti bersubahat dengan orang yang membeli dan menghisap merokok. Menghisap rokok boleh membunuh diri sendiri dan orang lain secara perlahan-lahan. Jadi sekiranya kita menjual rokok bererti kita menjual racun yang boleh menyebabkan orang yang membeli dan menghisap sakit dan mungkin mati. Jika ini berlaku maka kita yang menjual adalah terlibat sama dalam proses mematikan seseorang.

Lebih baik kita jangan jual rokok.

"Jangan jadikan diri anda penyumbang kepada peningkatan jumlah perokok dan penyumbang bertambahnya bilangan pesakit kronik akibat rokok. Perliharalah anak-anak dan pekerja anda dari membesar dalam keadaan rezeki yang bercampur halal/haram/makruh."

Tuesday, September 21, 2010

KL FESTIVAL CITY DANAU KOTA SETAPAK



Danau Kota akan menjadi satu tarikan baru bagi pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke Ibu Negara. Selain Popular dengan Bazar Larut Malam dan banyak tempat makan, dalam masa terdekat ini akan dilancarkan KL FESTIVAL CITY. Kunjungi http://www.festivalcity.com.my untuk maklumat lanjut.

Saturday, September 18, 2010

KUBAH MASJID - di bawah naungan Langit

Semalam semasa bersembang dengan seorang rakan lama, baharulah saya tahu bahawa disebalik senibina Islam iaitu Kubah Masjid ada makna tersendiri rupanya. Bila kita berada di dalam masjid, kita akan berada di bawah kubah yang besar seolah-olah di bawah naungan langit yang luas. Itu makna yang tersirat di sebalik kubah masjid.

Monday, September 6, 2010

Kempen Baru "Tak Nak Jual Rokok"

Disamping me war-war kan kempen "Tak Nak Merokok". Kerajaan perlu juga memperkenalkan kempen baru iaitu "Tak Nak Jual Rokok". Menjual rokok sama sahaja sumbangan dengan menghisap rokok.