Bazar Larut Malam merupakan Pusat Jualan Keperluan Individu yang dijual bermula Jam 10 malam hingga 4 pagi. Kalau dilihat barang jualannya meliputi perkara-perkara aksesori iaitu seperti pakaian yang berfesyen santai, minyak wangi, tas tangan, sampul handphone, tuala, cermin mata, jelly bunga, jam, aksesori kereta, cenderamata, jam dinding, gelang tangan, gambar-gambar, penyepit rambut dan seumpamanya yang saya kira ianya berbentuk aksesori.
Oleh yang demikian saya berpandangan ianya perlu dikekalkan dan ditempatkan di persekitaran kedai-kedai yang banyak. Iaitu bukan di kawasan lapang yang tiada kedai disekelilingnya.
Mengenai Bazar Larut Malam di Danau Kota Setapak, ianya perlu dikekalkam tetapi masa jualannya dilewatkan iaitu dari jam 11 malam hingga 5 pagi. Ia tidak perlu dipindahkan. Sesungguhnya Bazar larut malam tersebut menyumbang kepada lakunya kedai-kedai disekitarnya. Jika Bazar itu tiada, kedai-kedai disekelilingnya tidak bermaya.
Bazar larut malam ini hanya sesuai di bandar-bandar besar bukan di bandar-bandar kecil.
Walaubagaimanapun, pihak penguasa tempatan mestilah dapat menyediakan tempat parking yang sesuai dan berusaha mendisiplinkan pengunjung supaya tidak membuang sampah merata-rata. Begitu juga di pasar malam, kalau boleh pengunjung boleh membuang sampah ditempat buang sampah khusus (yang perlu disediakan oleh penguasa tempatan).
No comments:
Post a Comment