Sejak berpuluh tahun rakyat Palestin hidup menderita kerana di ganggu gugat oleh Israel. Kita sebagai individu boleh membantu rakyat Palestin dan memerangi pihak Israel yang jahat.
Tapi bagaimana? kita tidak mempunyai kekuatan/senjata untuk meerangi Israel, Kita juga tidak bersatu. Pada masa ini kita cuma boleh buat demontrasi, bakar bendera dan bakar gambar pemimpin. Itu saja. Tapi cara ini pada pandangan saya akan digelkkan oleh musuh saja. Mereka kata tengoklah orang Islam apa yang mereka boleh buat?.
Bagi membantu rakyat Palestin dan memerangi Israel, kita buatlah secara yang paling lemah (sebab kita tiada kekuatan) tetapi diyakini berkesan.
Kita (orang Islam) semua tahu bahawa doa yang paling mustajab ialah doa orang yang bersih dan ikhlas (ulamak). Iaitu doa orang Islam yang betul-betul mengamalkan cara Islam. Sekarang kita lihat pada diri kita. Adakah kita mengikut Islam sebenar?. Jika kita suka tipu. Jangan tipu lagi. Jika kita selalu tinggal sembahyang, jangan tinggalkan lagi. Jika kita main judi, kita tinggalkanlah. Jika kita rasuah kita tinggalkan Jika kita Merokok kita berhentilah. Buat yang bail-baik dan jangan buat yang jahat-jahat. Berodoalahlah supaya Allah Selamatkan Rakyat Palestin dan mohon kuatkan Iman mereka supaya mereka dikuatkan iman dan sabar. InsyaAllah jika kita sudah menjadi seorang Islam yang beriman, maka doa kita akan dimakbul Allah. Itulah caranya untuk kita membantu Rakyat Palestin.
Israel kuat sebab Negara Islam tidak bersatu. Negara Islam tidak bersatu kerana keimanan rakyat Islamnya sangat tipis.
Kesimpulan.
Perbaikilah diri kita ke arah Umat Islam Sejati.
No comments:
Post a Comment