Saturday, January 31, 2009

Bisik-Bisik Awang Selamat

Saya tertarik dengan Rencana yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia 1 Februari 2008 iaitu Kisah Kongo dan Kugan. Bagaimanapun saya tidaklah hendak mengulas apa yang diperkatakan oleh beliau walaupun saya setuju sangat dengan pandangannya,

Apa yang menghairankan saya sekarang ialah ramai rakyat Malaysia yang terlalu mengagungkan Penjenayah atau Orang Jahat. Lihatlah siapa Kugan? Kematiannya disambut sebagai Wira. Dulu kisah Paramugara terlepas dari hukuman 'kes bunuh' pun ramai yang gembira beliau terlepas. Ceroboh bilik mayat, dah sah salahnya dan undang-undang pun ada, proceed ajelah. Siapa yang terlibat tu hukum ajelah.

Sikap terbuka Obama terhadap Islam buka dimensi baru keamanan

Artikal ini boleh didapati dalam ruangan Surat dalam Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20090130225002/Article/index_html. Surat ini ditulis oleh Tan Sri Lee Lam Thye.

Di antara kandunganya adalah seperti berikut:

KENYATAAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melalui stesen televisyen Al-Arabiya kepada dunia Islam bahawa Amerika bukan musuh Islam adalah amat bermakna, penting dan patut dialu-alukan seluruh dunia Islam.
...
Sikap terbuka Presiden AS juga menunjukkan kesediaan beliau untuk berunding serta menyelesaikan sesuatu isu dan ini petanda baik kepada pembentukan dunia yang lebih aman.
...
Apa yang diperlukan daripada pentadbiran Obama ialah iltizam daripada presiden baru untuk memperoleh arah tuju baru berdasarkan kepentingan bersama dan sikap saling menghormati.

Saya melihat Obama seorang pemimpin yang jujur dan boleh membawa era baru dalam hubungan antarabangsa khususnya di kalangan negara Islam.

TAN SRI LEE LAM THYE,
Pemerhati politik, Kuala Lumpur.


Baguslah OBAMA kerana dunia sangat mengharapkan OBAMA dapat mententeramkan sedikit keadaan yang bergolak. Yang paling susah ialah ISRAEL. Mujurlah Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertikam lidah dengan Presiden Israel di Forum Ekonomi Dunia di Davos kelmarin telah sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat kepada OBAMA untuk terus sama-sama mengutuk Israel.

OBAMA - Orang Berharap Anda Mengubah Amerika

ISRAEL - Iblis Sombong Rakus Agresif Ektrim Laknatullah

ERDOGAN - Eloklah Rapatkan Diri dengan Obama supaya dapat Gunakan Anak Negro di seluruh dunia untuk kebaikan semua

Iklan Teks Berita Harian

Saya adalah pelanggan Berita Harian. Saya baca BH sebab integriti beritanya. Tapi apabila Berita Harian melayan juga iklan-iklan yang tidak pasti kesahihannya atau integritinya maka secara tidak langsung kesahihan berita yang lain akan tercemar. Oleh yang demikian, demi untuk menjaga maruah Berita Harian, saya cadangkan supaya iklan teks ini hendaklah ditapis.

Beriku adalah di antara iklan yang ada pada 1 Febeuari 2009 jam 3.00 pagi.

* DAFTAR PERCUMA....PENDAPATAN DALAM USDXXXX
* Minyak Kelapa Dara ! Ayuh Daftar Percuma !
* JANA PENDAPATAN MINGGUAN DALAM USD
* GEMPAR!!! RMXXXXXX HANYA 4 BULAN
* (Mudah2u)....Hantar Iklan Dapat Duit!
* Bisnes Online Dari Rumah
* Jana Wang Dengan Telefon Bimbit Anda
* ^^Tempah Laman Web Murah Disini^^
* ALPHALIPID Semakin Disenangi, Tempah Sekarang !
* BELAJAR BINA LAMAN WEB PROFESIONAL
* RMXX MENCURAH-CURAH MASUK AKAUN BANK
* Mudahnya Buat Duit Modal RMXX
* RAHSIA ZAMAN SILAM DIBONGKARKAN !
* PENUHKAN AKAUN ANDA DENGAN RMXX
* JUTAWAN INTERNET..DAFTAR PERCUMA SEGERA!
* PELUANG BUAT DUIT ONLINE DIRUMAH
* Murah, mudah, hari2 masyuuuuk ...Wow!!!
* BUAT DUIT DENGAN EMAIL ....PENDAPATAN DIJAMIN!!!
* TEKNIK EXPLOITASI EBAY ...PENDAPATAN DIJAMIN!!
* BISNES ONLINE ....orang JOHOR dicari
* PERCUMA ANALISA PASARAN SETIAP HARI !
* Hari-hari duit masuk bank...Wow !!
* ISI BORANG DAN DAPAT DUIT !
* >>MENCARI CALON JUTAWAN 2009<<
* UNTUK KAKITANGAN AWAM/SWASTA - DAFTAR PERCUMA!!!
* DUIT...!!! DAPAT SETIAP HARI...!! LUMAYAN...!!
* ILMU KEKAYAAN / PEMIKAT PALING MUSTAJAB !
* Alphalipid...Produk Hebat Pendapatan Terbaik
* Qurrotaaini, Ubatmata, Resdung, Buasir, Asma
* Ezyshop2u - Kedai Online Pilihan Anda !
* Petua Kebahagiaan Rumahtangga Terbongkar
* PENDAPATAN DALAM USD PERNIAGAAN ONLINE
* JANA WANG TERUS KE AKAUN MAYBANK!

JADIKAN AKHBAR HARIAN SEBAGAI LIDAH RASMI BERITA

Wednesday, January 28, 2009

Ya Hu Di Oh Ya Hu Di

Hai Bani Israil ***, ingatlah ni'mat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut (tunduk). (QS. 2:40)

*** # Israil ialah sebutan bagai Nabi Ya'qub. Bani Israil ialah turunan Nabi Ya'qub; sekarang terkenal dengan bangsa Yahudi.
# Janji Bani Israil kepada Allah ialah: bahwa mereka akan menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, serta beriman kepada Rasul-rasul-Nya diantaranya Nabi Muhammad saw sebagaimana yang tersebut dalam Taurat.

Hai Bani Israil, ingatlah ni'mat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat ****. (QS. 2:47)

**** Bani Israil yang telah diberi rahmat oleh Allah dan dilebihkannya dari segala umat ialah nenek moyang mereka yang berada di masa Nabi Musa as.

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. (QS. 2:6)

UNDANG-UNDANG LOMPAT PARTI

Rakyat Mengundi Parti dan Individu. Rakyat bukan undi Individu sahaja. Contohnya lihatlah calon bebas, apa nasibnya?. Oleh itu bagi individu yang telah menang pilihanraya atas nama suatu parti kemudian dia keluar parti maka saya syorkan supaya satu undang-undang digubal bagi mengosongkan kerusi tersebut dan diganti dengan individu dari parti yang sama.

Thursday, January 22, 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SUPER MIND / MINDA BISTARI mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada kaum Cina

"GONG XI FA CHAI"

Heran Kenapa Orang Sanggup Beli Undi

Hari ini 22 Januari 2009 di media massa termasuk TV dan Radio hangat memperkatakan pemimpin politik di tuduh rasuah. Sebenarnya saya sangat heran kenapa ramai rakyat Malaysia gairah hendak jadi pemimpin. Sesungguhnya tugas pemimpin itu sangat berat. Untuk jadi pemimpin, 4 sifat mesti kena ada iaitu Siddiq, Amanah, TABLIGH dan FATANAH. Jika anda tiada sifat tersebut lebih baik tak usahlah gairah sangat jadi pemimpin. Belum jadi pemimpin pun dah beli undi (saya tak kata yang kena dakwa tu buat begitu, tapi saya percaya ada orang lain yang buat begitu).

Jadi fikir-fikirlah sebelum melantik diri sendiri jadi pemimpin.

Sepatutnya Pemimpin Di Lantik (PDL), ini Lantiklah Daku Pemimpinmu (LDP).

Saturday, January 10, 2009

MINUM & MENANG DUIT ANG POW Vs KEMPEN BOIKOT COCA COLA

Jumaat kita Seru Rakyat Malaysia supaya Boikot Coca Cola, Colgate & Starbucks. Tapi dalam Mingguan Malaysia 11 Jan 2009 saya lihat iklan Petronas Minum & Menang Ang Pow Berjumlah RM50,000 menggalakkan supaya beli produk minuman, Salah satunya ialah COCA COLA.

Petronas ialah GLC.

Pening kepala saya.

Friday, January 9, 2009

Individu Cemerlang Membentuk Negara Gemilang

Jika semua individu dalam sebuah keluarga dapat mempertingkatkan diri masing-masing ke arah insan yang cemerlang secara lansung akan membentuk sebuah keluarga yang cemerlang.

Jika setiap keluarga cemerlang sudah pasti masyarakat juga akan cemerlang. Jika masyakat cemerlang, daerah juga akan cemerlang. Jika daerah cemerlang negeri juga akan cemerlang dan seterusnya negara akan gemilang.

Jadi apakah peranan kita?

Peranan kita sebagai individu iailah berusaha supaya dapat memperbaiki diri kita dengan cara meninggalkan perkara buruk dan mengamalkan perkara baik.

Sekiranya kita suka berpakaian seksi, maka mulakan supaya tidak berpakaian seksi. Berpakaian seksi akan meransang nafsu orang lain iaitu mempengaruhi orang lain untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Sekiranya kita meninggalkan sembahyang, maka mulai hari ini jangan kita tinggalkan sembahyang. Meninggalkan sembahyang menjauhkan kita dari Tuhan iaitu kita akan jauh dari pertolongan Tuhan.

Sekiranya kita suka berbohong, maka mulakan supaya jangan sesekali berbohong. Berbohong akan menyebabkan kita cenderung untuk berbohong lagi iaitu kita hidup di dalam kebohongan. Bayangkan jika semua orang berbohong apa akan jadi kepada negara.

Sekiranya kita merokok, maka hentikanlah. Merokok akan menyebabkan diri kita sakit dan orang yang berada disekeliling kita pun sakit. Berhenti merokok akan menjadikan negara kita bebas rokok.

Sekiranya kita seorang yang malas, maka rajin-rajinkanlah. Orang yang malas akan merasakan hidup ini membosankan dan diri dia tiada faedah kepada dunia. Orang yang rajin akan memanfaatkan masa dunia dengan menghasilkan produk-produk untuk kegunaan orang lain.

Sekiranya kita seorang pekerja, maka bekerjalah bersungguh-sungguh. Jika kita tidak bekerja bersungguh-sungguh kita sebenarnya menganiayai majikan kita. Majikan jadi serba salah nak buang kita ada akta buruh. Nak simpan kita, kita tidak berfaedah kepadanya.

Sekiranya kita Wakil Rakyat, mainkan peranan sebagai wakil rakyat sebenar. Jika kita seorang wakil rakyat yang hanya berusaha mengukuhkan kedudukan sampai tiada masa untuk mengukuhkan institusi masyarakat maka kita sebenarnya menempah satu tempat di neraka.

Jika kita seorang guru, maka didiklah anak murid sebaik-baiknya. Jangan pula jadi guru yang asyik fikirkan untuk cari potensi untuk mengajar tusyen. Jangan disekolah ajar sikit-sikit dan beritahu murid jika nak pandai masuk kelas tusyen. Jika ada sifat demikian hapuskanlah sifat itu.

dan ....banyak lagi.....

Sunday, January 4, 2009

Saiz Buku Tulis Semakin Mengecil

Saya sangat kecewa dengan pengurangan saiz buku tulis sesetengah sekolah. Pengurangan saiz ini mengakibatkan pembalut buku terlalu besar bagi buku tersebut.
Ada-ada sahaja perkara yang menyusahkan ibu bapa.

Saturday, January 3, 2009

Ganti "DENDA TIDAK LEBIH" kepada "DENDA SEHINGGA"

Contoh:

"Syarikat yang terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 100000.00 untuk kesalahan "...

"Denda tidak melebihi $2000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali."

Bagi menampak impak yang menggerunkan kita patut ubah ayat di atas kepada:

"Syarikat yang terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000.00 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM 100000.00 untuk kesalahan "...

"Denda sehingga $2000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali."

Apa pandangan anda?

Bina Jalan Khas Motosikal dan Basikal di Bandaraya Kuala Lumpur

Bagi mengelakkan kesesakan dijalanraya saya mohon mencadang supaya DBKL membina jalan khas untuk motosikal dan juga basikal. Buat bayaran parking untuk basikal dan motosikal. Lorong motosikal dan basikal ini hendaklah berbumbung. Kos untuk membina jalan khas motosikal/basikal ini tidaklah semahal membina jalan kereta/lori.

2 faedah ketara yang boleh diperolehi dari cadangan ini ialah: Mengurangkan penggunaan kereta di Bandar KL dan ini akan mengurangkan kemalangan jalanraya. Faedah ke 2 ialah rakyat sihat sebab sentiasa exercise (kepada yang naik basikal).

Friday, January 2, 2009

CARA UNTUK MEMBANTU RAKYAT PALESTIN

Sejak berpuluh tahun rakyat Palestin hidup menderita kerana di ganggu gugat oleh Israel. Kita sebagai individu boleh membantu rakyat Palestin dan memerangi pihak Israel yang jahat.

Tapi bagaimana? kita tidak mempunyai kekuatan/senjata untuk meerangi Israel, Kita juga tidak bersatu. Pada masa ini kita cuma boleh buat demontrasi, bakar bendera dan bakar gambar pemimpin. Itu saja. Tapi cara ini pada pandangan saya akan digelkkan oleh musuh saja. Mereka kata tengoklah orang Islam apa yang mereka boleh buat?.

Bagi membantu rakyat Palestin dan memerangi Israel, kita buatlah secara yang paling lemah (sebab kita tiada kekuatan) tetapi diyakini berkesan.

Kita (orang Islam) semua tahu bahawa doa yang paling mustajab ialah doa orang yang bersih dan ikhlas (ulamak). Iaitu doa orang Islam yang betul-betul mengamalkan cara Islam. Sekarang kita lihat pada diri kita. Adakah kita mengikut Islam sebenar?. Jika kita suka tipu. Jangan tipu lagi. Jika kita selalu tinggal sembahyang, jangan tinggalkan lagi. Jika kita main judi, kita tinggalkanlah. Jika kita rasuah kita tinggalkan Jika kita Merokok kita berhentilah. Buat yang bail-baik dan jangan buat yang jahat-jahat. Berodoalahlah supaya Allah Selamatkan Rakyat Palestin dan mohon kuatkan Iman mereka supaya mereka dikuatkan iman dan sabar. InsyaAllah jika kita sudah menjadi seorang Islam yang beriman, maka doa kita akan dimakbul Allah. Itulah caranya untuk kita membantu Rakyat Palestin.

Israel kuat sebab Negara Islam tidak bersatu. Negara Islam tidak bersatu kerana keimanan rakyat Islamnya sangat tipis.

Kesimpulan.

Perbaikilah diri kita ke arah Umat Islam Sejati.