Saya terpanggil untuk merujuk kepada berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia berikut:
-----------------------------
ARKIB : 12/12/2008
Arif Shah masih setia pada UMNO
KEPALA BATAS 11 Dis. – Semua pihak diminta tidak mempolitikkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menghadiri majlis kenduri anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru- baru ini.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kehadiran Arif Shah ke majlis itu tidak wajar ditafsirkan sebagai tanda pemimpin itu mahu menyertai pembangkang seperti yang digembar-gemburkan.
Malah katanya, pertemuan Arif Shah dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis kenduri sempena Aidiladha itu tidak lebih dari pertemuan ‘kawan lama’ pada hari perayaan.
B‘‘Tidak perlulah kita politikkan perkara ini kerana majlis itu pun adalah sempena Hari Raya Aidiladha, jadi ia bukanlah satu isu besar.
‘‘Beliau (Arif Shah) sendiri sudah menyatakan bahawa beliau sekadar memenuhi jemputan rakan-rakannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai di sini hari ini.
Arif Shah yang sebelum ini dikaitkan dengan PKR Selasa lalu dilihat menghadiri majlis kenduri Aidiladha anjuran parti pembangkang itu di Permatang Rawa dekat sini.
Perkembangan itu sekali gus menimbulkan semula cakap-cakap mengenai cubaan untuk membawa bekas Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menyertai pembangkang.
-----------------------------------------------------------------------------------
Ulasan.
Saya secara peribadi tidak suka kepada perkara-perkara yang boleh memutuskan siratul rahim lebih-lebih lagi sesama Islam. Sekiranya politik boleh memutus siratul rahim maka saya rasa kita patut tinggalkan politik. Jika pangkat boleh memutuskan siratul rahim saya rasa kita patut tinggalkan pangkat tersebut.
Kita sebagai manusia memang dijadikan Allah berbagai-bagai puak dan berbagai kaum tetapi Allah menyuruh kita berkenal-kenal antara satu sama lain dan jangan memutuskan siratul rahim. Bagaimanapun senario yang kita lihat sekarang telah dapat kita saksikan bahawa A tidak boleh mengunjungi B walau pun B sakit atau masuk penjara atau buat kenduri sekiranya B bukan di puak A. Sedangkan A dan B adalah kawan rapat. Keadaan ini jika berpanjangan akan merosakkan kehidupam masyarakat.
Oleh itu saya mengharapkan agar keadaan sedemikian ( kunjung mengunjung ) dibenarkan dan tidak dipandang serong di antara satu puak dengan puak yang lain.
No comments:
Post a Comment