Sunday, December 28, 2008

Lampu Isyarat Tidak Cekap? -Pandangan Kita Sama

Saya tertarik dengan artikel dari NorHisham dalam UM sebab pandangannya sama dengan pandangan saya melalui blog ini bertajuk Kesesakan jalanraya Boleh diatasi


Petikan FORUM Utusan Malaysia 29 Dis 2008

Lampu isyarat tidak cekap?

SAYA ingin membuka mata pihak berkuasa tempatan tentang kesesakan trafik di Pekan Simpang Empat, Alor Star, Kedah. Pengguna jalan raya Persekutuan Alor Star-Sungai Petani sedia maklum tentang kesesakan trafik yang berlaku terutama setiap petang Sabtu dan Ahad serta bertambah teruk pada setiap kali cuti umum dan perayaan. Kesesakan yang berlaku menyebabkan banyak masa pengguna jalan raya tersebut terbuang. Saya berpendapat, kesesakan tersebut berpunca dari sistem lampu isyarat yang tidak cekap!

Justeru itu saya ingin mencadangkan agar sistem lampu isyarat tersebut di selaraskan semula. Pengguna jalan raya dari arah Kota Sarang Semut yang ingin ke Alor Star, ke Tokai dan Kangkong hendaklah dibenarkan bergerak serentak. Begitu juga pengguna jalan raya dari arah Alor Star yang ingin ke Sungai Petani, Tokai dan Kangkong juga hendaklah dibenarkan bergerak serentak.

Pengguna jalan raya dari arah Tokai yang ingin ke Alor Star, Sungai Petani dan Kangkong juga harus digerakkan serentak dan begitu juga dengan pengguna jalan raya dari arah Kangkong yang ingin ke Alor Star, Sungai Petani dan Tokai juga harus digerakkan serentak.

Sistem pergerakan trafik sedia ada tidak memaksimumkan penggunaan lorong di sebelah kanan lalu menyebabkan kesesakan trafik namun sistem trafik yang saya cadangkan ini akan memastikan penggunaan lorong sebelah kanan setiap hala akan dimaksimumkan.

Kepada pihak berkuasa tempatan, biarpun cadangan ini tidak dapat menghapuskan terus kesesakan trafik di Pekan Simpang Empat tetapi sekurang-kurangnya sistem pergerakan kenderaan yang telah saya cadangkan akan melancarkan lagi perjalanan pengguna jalan raya tersebut.

NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah

Saturday, December 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU

Kepada Semua,

Minda Bistari mengucapkan Selamat Tahun Baharu 1430 dan 2009 kepada semua. Good Luck.

1430 & 2009 Tahun Bertuah bagi Umat Islam

1 Muharam 1430 ialah hari Isnin
1 Januari 2009 ialah hari Khamis

Apa kata Umat Islam ber azam mulai tahun 1430H dan 2009M hendak/melakukan Berpuasa Sunat ISNIN & Khamis.

Mulakan segera bermula 1 Muharam 1430 dan 1 Januari 2009.

Selamat Memenuhi Azam

Friday, December 26, 2008

Papan Elektronik di Bulatan Besar Putrajaya di Presint 1

Kecanggihan teknologi maklumat masa kini telah menyaksikan di merata-rata tempat ada disediakan skrin besar sebagai Billboard. Sebagai papan kenyataan elektronik, sebagai sumber iklan dan pengumuman. Tapi saya agak sedih, papan elektronik yang dipaparkan di bulatan presint 1 terutama yang hampir dengan Parcel E, Kualiti Gambarnya amat memalukan. Saya lihat skrin depan Ampang Park cantik dan jelas pula gambarnya. Mohon pantau....

Wednesday, December 24, 2008

Kesesakan Jalanraya Boleh Di Atasi

Saya adalah pengguna dan Mangsa Kesesakan Jalanraya. Kebanyakan hari saya pasti berada dalam kesesakan. Mujurlah saya banyak bersabar. Hari yang saya tidak kena jem ialah semasa saya tak keluar rumah atau pun waktu saya tak melalui kawasan yang ramai orang.

Dari pengalaman saya yang telah memandu kereta selama 23 tahun di Kuala Lumpur ini ialah KEBANYAKAN KESESAKAN IALAH DISEBABKAN TRAFFIC LIGHT YANG TIDAK DI PROGRAMKAN DENGAN BETUL. Saya mabil contoh di Simpang tiga JELATIK. Trafik light di situ terlalu cepat bagi kereta yang dari Ampang masuk ke Jelatik. Sudahlah tu di depan setesen LRT tu ada 2 lagi traffic light. Selepas trafic light di depan stesen LRT tu ada lagi satu traffic light (TL) di setiawaangsa. Lepas TL setiawangsa menghala ke Wangsamaju jalan lengang. Dalam kepala saya, kalau kah ada Polis Lalulintas yang jaga kawal lalulistas di Setiawangsa tu, pastinya ia boleh melepaskan banyak kenderaan dari arah jelatik. Ada masanya pemandu terpaksa tunggu hingga trafik light hijau sedangkan kereta tiada pun dari Setiawangsa ke Wangsamaju. Tidakkah itu rugi masa.

Maksud saya, kesesakan di Kuala Lumpur boleh di atasi dengan mengadakan trafik light yang Inteligent atau Tugaskan sahaja Pengawal Trafik di setiap jalan yang sesak. Pengawal trafik ini pula mestilah bijak. Jangan ada pengawal yang tidak berani berhentikan kereta sehingga biar habis semua kereta baru diberhentikan.

Mesej saya ialah perlu ada Pengawal Trafik yang mengawal kawasan yang sesak, Jangan biarkan trafik light yang tak tau apa-apa tu menjalankan tugas. Trafik light tidak salah tapi dia sangat lurus. Waktu pagi pun dia kawal macam tu. Petang pun dia kawal macam tu, Pukul tiga pagi pun dia kawal macam tu.

Mohon pihak berkaitan Bermesyuarat Berbincang dan Ambil Tindakan. Jika jalanraya tidak sesak Berkat hidup kita. Ramai orang Sempat sembahyang. Ramai orang sempat makan bersama Keluarga. Ramai orang tak sakit kepala. Ceria hidup.

Rakyat Ceria Jenayah Berkurang

Nabil kata : Awak fikirlah sendiri

Tuesday, December 23, 2008

DANAU KOTA & NASI LEMAK ANTARABANGSA

Saya heran juga kenapa Nasi Lemak Antarabangsa menjadi Topik Hangat pada 23-26 Disember 2008. Rupa-rupanya mereka ada buka cawangan di Danau Kota. YB Menteri pulak tu yang Rasmikan. Produk MARA ke?. Yang Penting Danau Kota telah mula dikenali ramai. Dulu kawasan itu Lombong. Kini sudah dah nak jadi kawasan Elit.

Etika Berpakaian Rakyat Malaysia

Sana sini kita dengar gejala seks. Rogol sana Rogol sini. Cabul Sana Cabul Sini. Terus terang saya katakan sedikit sebanyak perempuan seksi akan mempengaruhi nanuri lelaki. Saya percaya ramai yang tersiksa disebabkan melihat aurat wanita. Tersiksa yang dimaksudkan ialah tersiksa pemikiran dan merana batin.

Saya sangat-sangat berharap sesiapa sahaja yang memerintah negara supaya mengadakan kod etika berpakaian rakyat Malaysia. Orang asing tak apa biarkan. Sekurang-kurangnya kita tahu dia orang asing (itu hak mereka). Tapi kalau nak implemen pun boleh juga. Jika masuk Malaysia kena patuhi kod etika berpakaian.

Cadangan(Kecuali di Kolam Renang dan di tepi pantai)

Kod Etika Berpakaian bagi Lelaki Malaysia

1. Mesti menutup lutut hingga ke Pusat.

Kod Etika Berpakaian bagi Wanita Malaysia

1. Mesti menutup lutut hingga atas Dada.

Itu sahaja, Ringkas dan mudah. Saya rasa semua rakyat Malaysia boleh mampu mematuhinya.

"SAYANGI DIRI ANDA DAN ORANG LAIN. JANGAN BAHAYAKAN DIRI ANDA DAN JANGAN MENYIKSA BATIN ORANG LAIN"

Rumahku Keretaku - Petikan dari Utusan Online

RUMAHKU, KERETAKU...

...
Disebabkan kesunyian akibat kematian isteri, Ngah Muhamad, 90, mengambil keputusan tinggal di dalam kereta jenis Volvo 122 S keluaran tahun 1966, sejak enam tahun lalu. Biarpun tidak disisih keluarga, Ngah lebih selesa hidup berkelana tinggal di dalam kereta itu bagi mencari ketenangan.

Sebelum ini tiga tahun Ngah tinggal di sekitar Stesen Bas Lama Tanjung Kuala Terengganu dan berpindah ke Kuala Besut sejak 2006 hingga kini.

Kereta yang dimilikinya sejak ia mula dipasarkan itu, diletakkan di dalam garaj Masjid Alor Teratai, Kuala Besut, Terengganu.

Ulasanku
Dunia...Dunia...macam-macam ada

PLATINUM WALK

Namanya cukup cantik - Platinum Walk.
Apa yang ada di Platinum Walk? Sebenarnya tiada yang baru cuma di Platinum Walk banyak kedai makan yang eksklusif. Di situ ada Ani Sup Utara, Dapur Mek, Nasi Lemak Antarabangsa, Cendol, Kopitiam, White Coffee, Malis' Corner, dan lain-lain lagi.

Saturday, December 20, 2008

Hanya 1% otak manusia digunakan

Mengikut kajian yang saya dengar, hanya 1% sahaja otak manusia digunakan pada masa ini. Bayangkan 1% sahaja, manusia boleh reka macam-macam daripada sumber alam dengan izin Allah. Jadi jika manusia dapat latih menggunakan otak lebih dari 1% mungkin juga manusia boleh buat seperti seorang manusia zaman nabi Sulaiman dulu yang boleh alih Istana Ratu Balkis dari Yamen ke Palestin.

Oleh itu marikah kita sama-sama latih otak kita supaya digunakan melebihi 1%. Untuk capai ini mungkin kita kena amalkan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang di larang serta berusaha untuk mempertingkatkan diri kita dari sehari ke sehari.

Monday, December 15, 2008

MODEL SEKSI DI PIKOM PC FAIR - APA RASIONALNYA?

Tahun ini sudah 2 kali diadakan PIKOM PC FAIR di KLCC. Tapi yang saya hairannya ialah apa hubungan di antara Perempuan Seksi (Model) dengan PC atau information technology?. Kenapa kena ada model yang seksi?. Kalau di luar negara mereka letak Model Seksi, Tidak bolehkah di Malaysia kita letak Model Berbaju Kurung?. Saya kasihan lihat anak-anak tengok gelagat mereka. Saya mohon ada pihak yang lihat perkara ini. Perlu ada syarat bagi penganjuran sebarang event. Kita boleh ikut barat tetapi ikutlah yang baik-baik sahaja.

Saturday, December 13, 2008

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan perlu mencontohi program oleh pihak swasta yang memberi peluang pekerjaan kpd...

Petikan Mingguan Malaysia dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

KDN, JPA bincang ambil bekas penagih bekerja

Oleh HAMDAN TAWADI

JOHOR BAHRU 13 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil bekas penagih dadah yang telah pulih berkhidmat di sektor awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan perlu mencontohi program oleh pihak swasta yang memberi peluang pekerjaan kepada golongan tersebut bagi membolehkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

"Tetapi dalam kerajaan iaitu dalam Perintah-Perintah Am, sekali kena buang kerja kerana terlibat dengan dadah, tak boleh ambil balik.

"Kerajaan sedang berbincang dengan JPA, kerajaan pun kena tunjuk contoh yang baik dengan mengambil bekas penagih yang layak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Memperkasa Komuniti Pemulihan negeri dan Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Desa Damai di Larkin di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, penagih dadah perlu diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa dan mendapat pekerjaan atau sumber ekonomi untuk menyara diri serta menyumbang kepada negara.

Sementara itu, menurut beliau, bilangan terkumpul penagih dadah berdaftar di negara ini mulai 1988 hingga tahun lalu adalah seramai 279,907 orang.

Katanya, jumlah penagih di negara ini lebih ramai mengambil kira bilangan penagih yang tidak dapat dikesan adalah jauh lebih ramai.

Menurut beliau, kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, bagi setiap penagih yang dikesan, ia perlu digandakan sebanyak empat kali sebagai memberi gambaran sebenar bilangan penagih keseluruhan.

"Ini bermakna lebih daripada sejuta penagih ada di negara ini dan ia mewakili kira-kira lima peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap tahun, kebiasaannya hanya 15 peratus daripada bilangan penagih yang dikesan dimasukkan ke Pusat Serenti manakala 85 peratus lagi di bawah pengawasan polis dan AADK.

-------------------
Ulasan Minda Bistari

Saya kurang setuju Kerajaan Memberi Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Penagih Dadah dalam Agensi Kerajaan selagi masih ada lagi Golongan Siswazah yang menganggur. Sepatutnya golongan ini diutamakan. Saya pernah juga memberi pandangan, mereka ini sepatutnya dikenakan yuran semasa berada di Pusat Serenti. Masa mereka tiada yuran sedang pelajar universiti kena berhutang untuk bayar yuran. Bila keluar Universiti tiada kerja dan tak boleh bayar hutang.

Jika kerajaan ingin implement cadangan KDN di atas, saya bimbang senario sekarang ialah lebih baik Hisap dadah dahulu, kemudian masuk serenti dan bila dah keluar peluang terbuka untuk bekerja dengan kerajaan. Good Career Path....

Friday, December 12, 2008

Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929-1973)

Untuk mendapatkan maklumat mengenai insan ini sila lawati:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Panglima_Setia_Mahkota_(P.S.M.)

Saya sangat kagum dengan seniman Tan sri Dr. P. Ramlee kerana dalam tempoh hidup yang singkat beliau telah menghasilkan beratus-ratus karya seni yang semuanya boleh dikatakan berkualiti. Beliau hidup cuma 44 tahun. Sehingga akhir hayatnya beliau hanya dianugerahkan A.M.N iaitu tidak setimpal dengan sumbangannya yang banyak. Berbanding dengan orang sekarang> (Amat mudah dapat gelaran Datuk walaupun hanya memberi 1 jasa yang tak seberapa). Syukur Alhamdulillah akhirnya penggiat seni ini mendapat pengiktirafan sehingga kepada Dr. Falsafah. Tidak heranlah jika budak yang lahir abad ke 21 pun kenal P.Ramlee yang telah pergi Abad ke 20 kerana produknya masih segar hingga kini.

Jangan Sampai Fahaman Politik Pemutus Siratul Rahim

Saya terpanggil untuk merujuk kepada berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia berikut:
-----------------------------
ARKIB : 12/12/2008
Arif Shah masih setia pada UMNO

KEPALA BATAS 11 Dis. – Semua pihak diminta tidak mempolitikkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menghadiri majlis kenduri anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru- baru ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kehadiran Arif Shah ke majlis itu tidak wajar ditafsirkan sebagai tanda pemimpin itu mahu menyertai pembangkang seperti yang digembar-gemburkan.

Malah katanya, pertemuan Arif Shah dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis kenduri sempena Aidiladha itu tidak lebih dari pertemuan ‘kawan lama’ pada hari perayaan.
B‘‘Tidak perlulah kita politikkan perkara ini kerana majlis itu pun adalah sempena Hari Raya Aidiladha, jadi ia bukanlah satu isu besar.

‘‘Beliau (Arif Shah) sendiri sudah menyatakan bahawa beliau sekadar memenuhi jemputan rakan-rakannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai di sini hari ini.

Arif Shah yang sebelum ini dikaitkan dengan PKR Selasa lalu dilihat menghadiri majlis kenduri Aidiladha anjuran parti pembangkang itu di Permatang Rawa dekat sini.

Perkembangan itu sekali gus menimbulkan semula cakap-cakap mengenai cubaan untuk membawa bekas Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menyertai pembangkang.

-----------------------------------------------------------------------------------
Ulasan.

Saya secara peribadi tidak suka kepada perkara-perkara yang boleh memutuskan siratul rahim lebih-lebih lagi sesama Islam. Sekiranya politik boleh memutus siratul rahim maka saya rasa kita patut tinggalkan politik. Jika pangkat boleh memutuskan siratul rahim saya rasa kita patut tinggalkan pangkat tersebut.

Kita sebagai manusia memang dijadikan Allah berbagai-bagai puak dan berbagai kaum tetapi Allah menyuruh kita berkenal-kenal antara satu sama lain dan jangan memutuskan siratul rahim. Bagaimanapun senario yang kita lihat sekarang telah dapat kita saksikan bahawa A tidak boleh mengunjungi B walau pun B sakit atau masuk penjara atau buat kenduri sekiranya B bukan di puak A. Sedangkan A dan B adalah kawan rapat. Keadaan ini jika berpanjangan akan merosakkan kehidupam masyarakat.

Oleh itu saya mengharapkan agar keadaan sedemikian ( kunjung mengunjung ) dibenarkan dan tidak dipandang serong di antara satu puak dengan puak yang lain.

ASK & ANSWER

Untuk menjadi seorang yang mempunyai modal insan yang tinggi seseorang haruslah mempunyai ASK & ANSWER. ASK iaitu Attitude, Skills & Knowledge. ANSWER iaitu Apply Non Stop While Everything Right.

Kita mestilah mempunyai gabungan sifat yang baik beserta skills yang berasaskan pengetahuan. Sekiranya gabungan ke tiga-tiga unsur itu tersedia maka hendaklah kita melaksanakan tugas tanpa henti apabila segala-galanya didapati teratur.

Wednesday, December 10, 2008

Dinar Emas

Kerajaan patut segera menggunakan Dinar Emas iaitu nilai sebenar token yang dimiliki oleh pemiliknya. Wang Kertas yang bersandarkan kepada nilai tukaran emas tidak menjamin pemilik wang kertas akan mendapat semula emas yang disandarkan.

Tuesday, December 9, 2008

Rakyat Malaysia Bertugas Di Luar Negara

Saya bangga rakyat Malaysia yang bertugas di Luar Negara kerana rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara adalah seorang yang kuat jiwanya. Saya bangga jika yang bertugas itu orang Melayu dan berugama Islam dengan syarat mereka mengamalkan kehidupan Islam yang sebenar. Maknanya orang ini jujur, amanah, dan beriman. Kerajaan seharusnya sponsor rakyat Malaysia supaya setiap negara ada Rakyat Malaysia yang bekerja di sana.

Sebab-sebab yang menyokong pendapat saya adalah seperti berikut:
1) Mereka akan membawa masuk harta kekayaan dari luar ke Malaysia, ini akan menambah hasil dalam negara.
2) Mereka merupakan produk negara apabila dapat menunjukkan sikap pekerja yanga baik.
3) Boleh memberi peluang kerja kepada rakyat yang tingga apabila mereka mengosongkan tempat di Malaysia.
4) Peluang sedara mara dan kawan-kawan melawat mereka di luar negara,

dan macam-macam lagi benefitnya.

Bantuan Bencana Alam

Saya sangat bersimpati dengan mangsa tanah runtuh dan saya sangat kagum dengan kemurahan hati rakyat Malaysia dengan memberi bantuan sama ada kewangan atau makanan. Walau bagaimanapun saya rasa elok duit yang dikumpul itu bukan untuk mangsa tanah runtuh sahaja ia juga harus diberikan kepada mangsa banjir, mangsa kemalangan bas ekspress, mangsa kebakaran semasa. Saya percaya dan yakin dalam waktu yang sama dengan kejadian tanah runtuh itu banyak lagi kejadian-kejadian yang menyayat hati berlaku pada waktu yang sama.

Saya bimbang jika sumbangan 'kes by kes' atau berdasarkan kes, penyertaan dari penderma adalah berpilih-pilih. Jika mangsa orang kaya dan berpangkat, ramailah penderma dengan nilai yang besar-besar. Jika mangsa orang daif dan biasa, kurangnya penderma dan nilai derma pula sikit.

Monday, December 8, 2008

Menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi.

...menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi.... Statement "yang berisiko tinggi" sepatutnya perlu digugurkan kerana projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun seharusnya tidak diluluskan terus. Adanya pengecualian kepada yang tidak berisiko tinggi akan menyebabkan "Questionable". Kerana apabila orang melihat pembangunan di lereng bukit atau cerun, orang akan kata mungkin ia tidak berisiko tinggi.

Thursday, December 4, 2008

Bila Hujan Lebat aje TANAH RUNTUH

Kenapa tanah runtuh? Kerana Hujan Lebat. Kenapa hujan lebat? Allah sahaja yang Mengetahui. Tetapi kita sebagai manusia yang diberi tugas mentadbir bumi ini perlulah menguruskan mengikut panduan-panduan yang telah di gariskan di dalam Dasar yang tertulis di dalam Al Quran dan garis panduan yang dinyatakan dalam Hadis. Mendirikan rumah di atas dan dipinggir bukit misalnya telah pun diberi amaran.

Lihatlah bukit-bukit di sekitar bandar-bandar besar, mana yang tidak ada rumah di pinggirnya?. Tanah datar pula, dibukitkan...dihat tanah-tanah sawah kita dah banyak yang di timbus dan di dirikan rumah, gudang dan sebagainya. Lihat pula laut di tambak.
Mengenai tambak laut, saya rasa kita mengambil hak orang lain sebab bila kita tambak di negara lokasi A, air laut yang sepatutnya berada dilokasi itu akan berhijrah di lokasi B (menyebabkan menghakis pantai di lokasi B). Mungkin juga kita tambak laut di Johor dan Melaka akan menyebabkan hakisan berlaku di PCB, Sabak dan Bachok. Ketahuilah....Mengambil hak orang lain, hukumya haram.

Allah jadikan bentuk tanah sedemikian ada hikmahnya, ada sebabnya, Kenapa kita nak ubah dari sawah kepada Bukit. Dari bukit kepada dataran. Dari Laut kepada daratan. Padahal pembangunan yang hendak dibuat tidak semestinya perlu mengubah struktur alam semulajadi. Manusia diberi amanah untuk mentadbir dan memakmurkan bumi bukan untuk mrosakkan bumi.

Minda Bistari

RISIKO BERGANTUNG PEKERJA ASING

FORUM - Petikan dari Utusan Online
Risiko bergantung pekerja asing

SEPERTI yang kita sedia maklum, terdapat ramai warga asing yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Malaysia umpama lubuk emas bagi mereka. Hal ini kerana peluang-peluang pekerjaan di sektor-sektor perladangan, pembinaan, perindustrian dan lain-lain tidak banyak diisi oleh tenaga kerja tempatan.
...
oleh
FAKHRUL DREAMLORD

Pontian, Johor

------------
Saya tertarik dengan pandangan En. Fakhrul Dreamlord daro Pontian Johor. Memang benar bagi jangka masa panjang sekiranya tidak dikawal kemasukan pekerja asing Malaysia akan menjadi bukan Malaysia lagi. Tanah Melayu jauh sekali. Bayangkan seorang bayi yang baru lahir, buka mata nampak Dr. Rakyat Asing, bila besar sikit ibu bapa bawa bersiar kiri kanan nampak orang bukan macam dia.
Sya syorkan supaya kerajaan hadkan kuota pekerja asing misalnya 1% pekerja asing di Malaysia.

Kalau tidak silap saya Kerajaan ada maklum bahawa nak kurangkan pekerja asing di KLIA. Tapi saya lihat sekarang makin ramai pekerja asing. Lihatlah di KLCC, di Bukit Bintang, Di Ja;am P.Ramli/Arab Street - pening kepala saya. Mereka ini nampak gagah dan menakutkan.

Lihat pula jenayah yang berlaku, kebanyakan yang ganas-ganas dilakukan oleh rakyat asing.

Sepatutnya ada usaha untuk mendaftar rakyat-rakyat tempatan yang tidak ada kerja. Mekanisme kita ada, kita ada JKKK, kita ada Ketua Kampung, Kita ada Penghulu, Kita ada Adun dan macam-macam yang berelaun tu. Cuba-cubalah daftar rakyat masing-masing. Yang mana tiada kerja kita usahakan. Mereka ini sebenarnya malas dan tak tau nak cari kerja. Tapi kalau ada yang datang beri galakan dan uruskan dimana boleh kerja Insya Allah mereka boleh gantikan tempat pekerja asing tu.

Cukuplahtu... apa yang saya nak katakan di sini ialah peranan JKKK atapun wakil rakyat mestilah dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat di bawahnya. Adakan pertandingan wakil rakyat yang berjaya. Seorang wakil rakyat yang berjaya ialah yang dapat memastikan setiap rakyatnya 1) ada pekerjaaa, 2) Tiada yang tidak mampu bersekolah, 3) Tiada penagih dadah, 4) Tiada penduduk yang dipenjaya 5) Ramai yang menuntut di Universiti, 6) Tiada kemiskinan tegar 7) dan bayak lagi kriteria yang baik.

Wednesday, December 3, 2008

Dadah masih jadi ancaman kritikal

Petikan dari http://www.utusan.com.my bertarikg 4 Disember....


Dadah masih jadi ancaman kritikal

Oleh WAN MARZUKI WAN RAMLI

POLIS mencatat kejayaan membanggakan apabila menumpaskan sindiket memproses dadah heroin terbesar di Pulau Pinang. Polis bertindak menyerbu sebuah makmal haram di sebuah rumah di Sungai Nibong dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM6.35 juta.
.....
Apa jua usaha dan langkah yang diambil peranan institusi kekeluargaan masih terus berada di puncak.

Anak-anak muda perlu diberi panduan dan tunjuk ajar yang sebaik-baik agar tidak menjadi kutu embun, keluar malam dan balik ke rumah awal pagi. Ibu bapa pula sibuk mencari rezeki sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak.

Kerajaan juga perlu terus memantau segala tindakan yang diambil dan bersedia membuat pindaan undang-undang yang lapuk dan tidak dikemaskinikan.

Penagih dadah yang mahu kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat memerlukan sokongan berterusan supaya tidak terjerumus kembali kepada penagihan dadah.

Dari saya...

Saya cadangkan Malaysia Haramkan Rokok sebab secara tidak langsung ia akan mengurangkan gejala mengedar dadah sebab pengedar dadah akan bertukar bidang iaitu MENGEDAR ROKOK. Rokok kurang bahaya dari dadah.

Rujuk.
http://mymind100.blogspot.com/2008/07/langkah-bagi-mengurangkan-pertambahan.html

SEMPENA HARI OKU SEDUNIA - KUOTA JAWATAN UNTUK OKU

Saya ingin mencadangkan supaya diperuntukkan kuota jawatan untuk OKU (Orang Kurang Upaya) di agensi-agensi kerajaan dan swasta. Misalnya petugas di kaunter, 10 peratus pekerja kaunter hendaklah diperuntukkan kepada OKU yang sesuai. begitu juga tugas-tugas lain.

Contohnya:

Yang berkerusi roda tetapi di bahagian pinggang ke atas normal bolehlah bertugas di Kaunter atau sebagai tukang photostat.

Yang bisu tetapi lengkap yang lainnya, boleh ditugaskan membuat kopi/teh. atau hantar surat dati bahagian ke bahagian, atau tukang binding.

Yang lain-lain pikirlah sendiri, saya cuma mencetuskan idea.