Saturday, November 29, 2008

SOLAT DENGAN BETUL BAIK UNTUK KESIHATAN

Dalam Islam amalan Fizikal dan Kerohanian telah lengkap di dalam Solat. Apabila kita bersolat dengan tertib, membaca ayat-ayat Quran dengan betul. Termasuk membaca dengan sempurna mengikut hukum-hukumnya. Amalan sedemikian akan menyihatkan anggota dan minda kita. Agama kita juga menggalakkan kita bangun sebelum waktu subuh, ambil wuduk sebelum waktu subuh, semuanya itu ada hikmahnya.

Islam juga menyediakan pelbagai solat-solat sunat. Jadi orang Islam sebenarnya tidak perlu kepada latihan lain seperti joging atau menggunakan mesin-mesin exercise.

Jika anda ingin sihat, belajar solat dengan betul, bukan sahaja dari segi bacaan malah tertib dalam pergerakan.

Insya Allah.... Ibadah anda menyihatkan anda.

Friday, November 28, 2008

Dato' Dr. Syeikh Muszaphar Angkasawan Negara Patut Terima Bayaran

Heboh pasal Angkasawan Negara menerima bayaran bila berceramah motivasi. Ada yang mengungkit menyatakan beliau ditaja oleh kerajaan RM65 Juta ke Angkasa. Sepatutnya kita jangan kaitkan bayaran dengan pembiayaan kos ke Angkasa. Itu dua perkara yang berbeza.

Pada pandangan saya, kos pembiayaan ke Angkasa oleh kerajaan telahpun berbaloi dengan sejarah yang dicipta dan kerajaan telah pun mendapat manfaat yang setimpal.

Kini YBhg. Dato' Dr. Syeikh Muszaphar ialah seorang PROFESIONAL (Dr.) dan juga Angkasawan Negara. Maknanya beliau seorang berilmu dan mempunyai nama dan boleh memberi motivasi kepada generasi muda. Maka dengan kriteria ini maka layaklah beliau menerima bayaran apabila berceramah motivasi. Mengenai gaji yang diterima, itu perkara lain pula sebab gaji yang diterima itu merupakan gaji jawatan yang biasa diterima oleh penjawat awam yang lain. Jika beliau tidak mendapat benefit tambahan maka beliau samalah dengan yang lain tiada keistimewaan.

Saya bimbang bila banyak syarat-syarat yang dikenakan kepada golongan profesional maka tidak ramai yang bercita-cita menjadi profesional baik jadi PENYANYI. Jadi penyanyi boleh dapat bayaran RM10,000 sejam, tak ada siapa yang nak sibuk. Jadi profesional terima gaji ajelah. Saya malas nak ulas banyak.

Sebab orang sekarang lebih suka bayar perkara lara dari bayar perkara ilmu.

lu pikirlah sendiri.

Thursday, November 27, 2008

Yuran Mengaji Quran Vs Yuran Tusyen

Saya sangat heran kenapa kebanyakan orang tidak berkira bila bayar yuran tusyen tetapi berkira jika nak bayar yuran Mengaji Quran.

Yang heran lagi, Yuran Mengaji Quran hanya sekitar RM60 sebulan sedangkan Yuran Tusyen mencecah RM120 sebulan.

Geng Bas Sikal

Saya sangat kagum dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan. Tetapi ramai juga terlibat dalam aktiviti berkumpulan yang tidak sihat seperti geng hisap dadah, geng empat nombor, geng 400 (daun terup) dan geng judi. Wahai mereka-mereka yang terlibat dengan aktiviti berkumpulan yang tidak sihat, berubahlah kepada geng yang sihat.

Geng sihat adalah seperti Geng Memancing, Geng Kereta Kancil, Geng Citra, Geng Motosikal dan Geng Bas Sikal. Kalau geng-geng ini mahal, cubalah geng yang tak perlu modal seperti

Geng Tebas Lalang, Geng Potong Rumput, Geng Panjat Pokok Kelapa dan macam-macam geng yang boleh buat duit.

Jangan jadi Geng Malas, Geng Nganggur, Geng Lepak.

Ayoh kawan-kawan bergeraklah untuk memajukan diri.

Monday, November 24, 2008

Mengulas Fatwa Yang di Putuskan

Saya sangat kurang senang apabila sesuatu fatwa dikeluarkan, para pemberita mulalah bertanya pendapat orang ramai terutama yang agak-agak menentang ftwa tersebut. Yang ditanya tu pulak bukannya ikut sangat peraturan agama yang lain. Kemudian diperbesarkan, seolah-olah fatwa yang dibuat itu hendak dipertikaikan. Wahai insan yang bernama pemberita/penyampai perbetulkan hati tuan/puan.

Hendaknya, jika ulas fatwa biarlah orang yang berhak.

Pelancongan Laut

Baru-baru ini saya cadangkan pelancongan hutan. Kini satu lagi tempat pelancongan yang yang saya cadangkan ialah Pelancongan Laut. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan bandar di tengah laut. Bukan di pulau tetapi bagunan yang didirikan di atas laut. Semua fasiliti ada di situ. Sekarang kita lihat banyak hotel atau chalet didirikan di atas laut. The Legend Water Chalet misalnya, telah berjaya menarik ramai pelancong tempatan dan luar untuk menginap di situ. Itu baru permulaan. Saya mohon supaya Malaysia mendahului negara lain membina bandar ditengah laut.

Tuesday, November 18, 2008

Menangani Isu Kenaikan Harga Barang & Mengawal Ekonomi Keluarga

Masa terus berlalu. Harga barang keperluan terus meningkat. Teknologi baru terus berkembang. Kehendak manusia kepada perkara baru sentiasa besar. Tetapi tidakkah kita melihat kepada diri kita. Adakah iman dan sikap positif kita berubah?

Dulu kita merokok, tapi sekarang masih merokok kah? berubahlah....

Dulu kita minum teh di warung/cafe, tapi sekarang masih minum di sana tak? takpayahlah...

Dulu kita makan nasi 3 kali sehari, tapi sekarang tengahari dah cukup. pagi dan malam makan roti atau mee sahaja, cukup lah.

Dulu anak-anak tak bawa bekal air ke sekolah (yang tak bawalah), tapi sekarang suruh mereka bawa tak payah beli di kantin. Walau pun anda orang banyak duit, amalkan juga sikap ini. Duit anda boleh didermakan kepada yang memerlukan.

Dulu kita naik kereta pergi ke pasar, kini naiklah motosikal.

Dulu kita beli baju berjenama beratus ringgit, kini belilah yang sederhana berpuluh ringgit. Duit yang lebih tu simpan atau berilah kepada insan yang memerlukan.

Dulu kita tak beri duit kepada ibu/bapa, kini kita berikanlah sebab untuk mendapatkan keberkatan.

Dulu kita guna kad kredit sampat 4/5 jenis, kini tinggalkanlah 2 sahaja.

Dulu kita suka joli, main video game, snooker, taman tema. Kini kurangkanlah.

Dulu kita tak suka ke ceramah-ceramah berbentuk motivasi percuma. Kini kita pergilah. Di majlis demikian akan mengajak kita ke arah kebaikan.

Dulu....Kini....dan..selamanya

Monday, November 17, 2008

Masalah Anjing Berkeliaran Di Taman-Taman Perumahan

Saya dapati sejak kebelakangan ini (hari ini 17 November 2008) banyak kelihatan anjing-anjing berkeliaran di Taman-Taman Perumahan. Kejadian anjing menggigit penduduk memang berlaku pada masa lalu. Apabila ada kejadian baharulah pihak tertentu mengambil tindakan. Bila ada kematian baharu ada usaha pencegahan tapi usaha pencegahan ini akan pudar semula pada satu ketika.

Sekarang agaknya pihak berkaitan sudah lupa untuk memantau dan mencegah. dan akibatnya anjing berkeliaran banyak semula.

Wahai pemilik anjing, jangan jadikan anjing anda menyusahkan orang.
Wahai PBT mohon pergilah mencegah supaya anjing tidak berkeliaran.

Biar tiada kematian digigit anjing...

Malaysia Negara Aman

Marilah kita bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman. Jika kita ini tergolong di kalangan orang yang suka mengganggu orang lain, baiklah kita ubah sikap kita itu supaya kita juga menyumbang untuk menjadikan Malaysia Negara Aman.
Jika kita tergolong di kalangan orang yang baik, maka tingkatkan usaha kita supaya kita dapat membantu orang lain dalam pelbagai aspek.

Malaysia Negara Aman jika
- Kita tidak risau meninggalkan anak kita di rumah bersendiriaan kerana tiada siapa yang akan ganggu.
- Kita boleh tinggalkan rumah tanpa berkunci sebab tiada siapa yang akan masuk.
- Boleh ajak sesiapa tumpang kereta bila kita hendak menuju kesesuatu tempat
- Boleh tinggalkan kedai tanpa tutup semasa nak menunaikan solat
- dan kita bebas sebab tidak takut kena rompak, ditembak, bergaduh dan sebagainya.

Negara kita aman jika kita selesa di setiap penjuru bumi Malaysia

Saturday, November 15, 2008

CADANGAN MOGOK YANG DI LUAR BATAS KEMAKNUSIAAN NORMAL

Mana-mana cadangan untuk melakukan sesuatu perbuatan yang salah dan dilarang oleh Yang Maha Pencipta maka pencadang atau pelahir cadangan tersebut adalah seorang yang telah rosak akhlaknya. Beliau atau penyokongnya hendaklah bertaubat dan kembali ke landasan Islam sebenar.

Friday, November 14, 2008

Harga minyak mungkin turun 15 sen lagi?


Ayat di atas terlalu kerap keluar dalam paper. Hari ini keluar lagi ayat berkenaan. Pada pandangan saya ia tak perlu keluar terlalu kerap. Jika esok turun, baharulah hari ini boleh keluar paper.

Saya cakap begini sebab isu ini sudah jadi normal. Ada masa naik ada masa turun sebab ia ikut pasaran minyak global. jadi, lebih baik maklum bila dah dapat tarikh. jika hanya "mungkin" jangan sebarkan.

begitulah bisikan hatiku

Pelajar Melayu sekolah Cina dapat 6A

Tahniah diucapkan kepada Julian Juani Ayasy kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR walaupun bersekolah di SJKC.

Semoga sikap baik dan usaha adik ini dapat dikongsi sama. Ceritalah kepada kawan-kawan rahsia adik.

Menulis di Blog - Cara Baru Mengurangkan Stress

Salam Pembaca Super Mind Blog

Saya mensarankan, sekiranya anda belum mempunyai blog sendiri, segeralah mewujudkannya. Ianya percuma. Kemudian sumbangkan apa-apa sahaja yang terlintas dihati (sebaik-baiknya yang positif) di dalam blog tersebut. Ia akan dapat mengurangkan stress anda. Jika kita pendam dalam diri ia akan merosakkan diri kita. Lebih baik diluahkan.Sumbangan anda boleh jadi akan diamalkan oleh orang yang membaca blog anda. Jika amalan yang baik ia adalah keuntungan bagi anda. Bersama-sama kita berusaha membentuk masyarakat berbudi mulia.

Jika anda merokok ----- cuba hentikan kerana ia merosakkan diri anda sendiri. Tak perlu ubat, hanya keinginan dalam diri sahaja--- itu kekuatan kita (super mind). Cuba tinggalkan selama 40 hari dengan ikhlas.

Jika berjaya respond dalam blog ini. See you in day 41.

Saturday, November 8, 2008

Malaysia Banyak Sumber Alam

Sekiranya Malaysia di urus dengan baik, jujur dan mengikut yang telah di gariskan di dalam Al Quran dan Sunnah. Saya 100% percaya Malaysia akan menjadi negara yang paling kaya dan berkuasa. Malaysia mempunyai hasil semulajadi jadi mewah. Sebut sahaja hasil semulajadi (natural resources) - pastinya ada di Malaysia. Kalau didapti tidak ada sekalipun itu adalah kerana tidak diusahakan. Sebagai bukti saya senaraikan di sini dan anda jawablah.

1. Minyak? Ada
2. Besi? Ada
3. Kayu? Ada
4. Emas? Ada
5. Timah? Ada ------ lawak sikit Kah Timah pun ada
6. Gandum? Boleh ada jika diusahakan
7. Beras? Ada
8. Ikan, Ayam, Lembu, Itik, dan haiwan halal semuanya Ada
9. Batu, Ada
10. Sayuran, ada
11. Bunga-bungaan ada
12. Getah, Kelapa, kelapa Sawit dan pelbagai pokok lagi Tongkat Ali pun ada
13. Radioaktif - ada kot
Dan sebut ajelah semua ada di Malaysia.

Lagipun Malaysia tidak ada bencana Alam yang besar. Tiada Taufan, Tiada Gempa Bumi (yang ada GEMPAK) dan lain-lain yang negatif. Kalau ada banjir pun ianya boleh dikawal.

Jadi sesiapa yang pandai memimpin (Ketahuilah tidak semua orang pandai memimpin walaupun beliau rajin bekerja jadi, bagilah yang pandai memimpin) dan diberi amanah tu cubalah minta rakyat semua ikut dasar dan polisi yang telah disediakan oleh pencipta. Dan diri sendiri pun patuhilah dasar dan polisi tersbut. Rujuk AlQuran dan Hadis, Semuanya masalah ada diterangkan disitu. Buang yang keruh ambil yang jernih. Jika Ada kesalahan lampau bertaubatlah.

Friday, November 7, 2008

Pembangunan Modal Insan - Wujud Dasar Waktu Bekerja

Modal Insan sangat penting kepada kehidupan sejagat. Bagi meningkatkan Modal Insan bagi setiap individu maka individu tersebut perlu diberi ruang untuk bekerja mencari naf nafkah zahir, diberi ruang untuk mendapatkan nafkah rohaniah, diberi ruang untuk kebajikan bermasyarakat, diberi ruang untuk anak-anak. Bagi mencapai supaya setiap individu dapat meningkatkan modal Insan saya mencadangkan supaya kerajaan mengadakan Dasar Waktu Bekerja.

Antara intipati yang boleh dijadikan polisi ialah

1. Waktu bekerja satu hari hendaklah tidak melebihi 8 jam sehari. maknanya jika seseorang itu bekerja mula jam 8 pagi, dia mesti kena pulang tidak melebihi jam 5.00 petang. Iaitu tidak dibenarkan bekerja lebih masa (tolak 1 jam rehat).

2. Jam 5 petang hingga 8 pagi adalah masa untuk individu itu membuat aktiviti lain iaitu seperti:
- Bersukan
- Mempelajari Ilmu Rohaniah
- Kemasyarakatan (berbual dengan jiran tetangga)
- Mendidik anak

Rasional

Kita bekerja di Pejabat/di Syarikat/di kilang/di Ladang/di tapak pembinaan semuanya itu untuk pembangunan fizikal. Sekiranya pembangunan fizikal ini perlu disiapkan segera, majikan perlulah menambah staff bagi menyelesaikan kerja tersebut dari membebankan hanya seseorang untuk menyelesaikan perkara tersebut. Beri peluang setiap individu menjalankan aktiviti 2 di atas.

Pembangunan perkara 2 adalah lebih penting bagi meningkatkan Modal Insan. Apbila Insan berkualiti saya berpendapat waktu bekerja 8 jam yang dipolisikan oleh majikan akan lebih memberi output yang tinggi sebab dilaksanakan oleh Insan Berkualiti.

maka fikirkanlah wahai majikan semua.

TAHNIAH BARACK HUSSEIN OBAMA

Saya mengucapkan tahniah kepada Barack Obama kerana berjaya meyakinkan orang kulit putih bahawa orang kulit lain pun boleh memimpin di Amerika Syarikat. (Barack Obama mungkin boleh baca bahasa Malaysia sebab dia belajar di Indonesia). Bukan senang untuk mendapatkan sokongan padu rakyat. Tetapi mesti ingat! Adakah orang menyokong Obama itu bermakna mereka memang sokong atau tiada alternatif lain untuk menunjukkan rakyat Amerika tidak suka kepada Presiden sekarang hingga parti presiden sekarang pun diboikot?
Oleh yang demikian saya sangat berharap Barack Obama akan memperlihatkan kehebatannya kerana beliau adalah Kulit Hitam pertama memimpin negara yang dianggap negara yang berkuasa didunia pada masa ini.

Saya juga berharap sepanjang 2 penggal tempoh pemerintahannya, jiwa datuk neneknya yang duduk di Indonesia masih ada dalam jiwanya.