Dalam pemerhatian saya kebanyakan masjid dan surau tidak lebih dari tempat solat lima waktu sahaja. Itu pun dalam masa yang singkat sahaja pada lima waktu tersebut. Selain waktu itu masjid dan surau dikunci. Walhal peranan masjid & surau sebenarnya ialah sebagai pusat kecemerlangan insan setempat.
Dalam pemerhatian saya juga, pentadbir masjid kebanyakannya adalah orang-orang yang telah berpencen. Itu pun tidak semua orang pencen datang memakmurkan masjid pada waktu solat. Saya dah banyak pergi ke masjid-masjid di beberapa tempat di Malaysia semasa pergi outstation. Rata-rata saf waktu subuh hanya satu baris iaitu kira-kira 15 orang. Sedangkan kalau nak ikut rumah di kawasan tersebut lebih 100 buah.
Wahai orang-orang muda yang ada masa lapang tu, daripada melalak tak tentu hala lebih baik memakmurkan masjid. Mudah-mudahan Allah akan memurahkan rezeki kamu.
No comments:
Post a Comment