Friday, August 29, 2008

E-Kesihatan atau E-Pandusihat

Saya rasa penggunaan nama sistem perlu sesuai dengan agensi atau jabatan. Saya sebagai orang awam rasa begitu janggal apabila merujuk e-Kesihatan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Sepatutnya e-Kesihatan (e-Health) belongs to Ministry of Health bulan Road Transport Department. Walaupun ia ada kaitan dengan kesihatan pemandu, tetapi tak perlulah namakan sistem tersebut e-Kesihatan. Namakan sahaja e-pandusihat.

Thinks about naming convention.

Fikirlah....

Wednesday, August 27, 2008

Jalan Basikal di Kota Raya

Saya rasa elok kerajaan membina jalan basikal di kota raya. Galakkan penggunaan basikal di bandar. sediakan tempat parking basikal yang selamat. Di saat minyak naik melambung ni, saya rasa basikal adalah alternatif yang baik.

Tuesday, August 26, 2008

LETAK JAWATAN DAN MELOMPAT PARTI

Sejak kebelakangan ini ada kejadian dimana

1. Calon Pilihan Raya yang telah Menang tetapi beberapa bulan kemudian meletak jawatan tanpa sebarang sebab.
2. Calon Pilihan Raya yang telah Menang dari parti A kemudian melompat ke Parti B

Pada pandangan saya kedua-dua kejadian di atas tidak sepatutnya berlaku. Ia menyusahkan pentadbiran dan mengganggu masa berkualiti kerajaan sedia ada.

Tahukah anda berapa banyak masa dan wang diperlukan untuk mengadakan pilihan raya semula? saya tak tau.... Kita lihat pemimpin-pemimpin kita terpaksa berkempen untuk memastikan kemenangan pihaknya. Jika tiada kejadian tersebut pastinya pemimpin-pemimpin boleh menggunakan wang dan masa tersebut ke arah kebaikan rakyat.

Saya mencadangkan sesiapa calon yang meletak jawatan tanpa sebab (kalau sakit lain cerita) hendaklah di denda sebanyak yang diperlukan oleh SPR untuk mengadakan pilihanraya kecil.

Bagi ADUN atau Ahli Parlimen yang melompat parti pula, kerusinya adalah di anggap telah dikosongkan dan mereka perlu didenda sebanyak yang diperlukan SPR untuk mengadakan pilihan raya semula.

Para pengundi sebenarnya memilih parti bukannya individu. Jadi jika individu tersebut lompat parti, pilihanraya kecil perlu diadakan semula.

Saya cadangkan polisi ini perlu digubal segera bagi menyelamatkan duit rakyat.

Monday, August 25, 2008

Tahniah Datuk Misbun Sidek!

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka kerana sudi menganugerahkan Datuk kepada Misbun Sidek. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Melaka. Tahniah Datuk Misbun!. Anda adalah idola saya sejak dulu dan saya amat terkilan apabila anak buah anda diumum dianugerah Datuk terlebih dahulu sebelum anda.

Misbun memang layak dengan gelaran tersebut.

Saya rasa Lee Chong Wei terlalu awal untuk gelaran tersebut kerana sumbangannya masih kecil berbanding dengan atlet-atlet lain terutama Misbun dan lain-lain.

Hanya pandangan peribadi.

Sekian

Elakkan Pembaziran Buah Kelapa

Kalau kita tinjau di mana-mana sama ada di kampung atau dibandar terdapat banyak pokok kelapa yang lebat-lebat buahnya. Jika kita tinjau harga kelapa di jual lebih kuranga 1.30 sebiji. Kenapa mahal sedangkan banyak buahnya di merata tempat. Jawapannya ialah buah kelapa itu tinggi susah nak ambil.

Orang dulu-dulu pelihara beruk/monyet untuk turunkan kelapa. Tapi sekarang sudah kurang. Wahai pemilik-pemilik beruk yang boleh ambil kelapa. Anda dinasihatkan supaya menubuhkan satu syarikat/perniagaan dengan pemilik lori dan peniaga. Kongsi niaga. Anda dan pemandu lori pergilah ke kampung-kampung untuk belia kelapa dengan pemilik2 pokok kelapa. Anda ambil kelapa gunakan beruk anda dan belilah kelapa tersebut sebanyak 30 sebiji (Kelapa Tua). Saya rasa orang kampung setuju sebab daripada kelapa tu rosak dipokok lebih baik diberi kepada anda membelinya. 100 biji = RM30/= banyak tu.

Anda/Pemilik Lori/Peniaga untung, pemilik pokok kelapa pun untung. Saya percaya setiap hari anda akan dapat bekalan kelapa.

Itu cadangan saya hari ini.

Sunday, August 24, 2008

BANGUNAN TERBENGKALAI & YANG SIAP TAPI TERBIAR

Saya lihat di kebanyakan tempat banyak bangunan yang terbengkalai. Dalam waktu yang sama ada dibangunkan bangunan yang baru disebelahnya. Apakah tiada pemantauan oleh penguasa tempatan. Adalah lebih baik tiada bangunan baru boleh dibangun selagi bangunan yang terbengkalai tidak disiapkan.

Satu lagi kita lihat banyak rumah kedai yang siap tetapi tidak beroperasi. Dalam waktu yang sama buat lagi rumah kedai yang lain. Bila dah siap pun sama tiada orang yang berjual.

Sampai bila begini?

Fikir-fikirlah penyelesaiannya.

Wednesday, August 20, 2008

DATUK LEE CHONG WEI?

Saya mengucapkan tahniah kepada tuah pemain badminton negara Lee Chong Wei kerana mendapat pingat perak. Seperti saranan saya sebelum ini supaya Lee Chong Wei hanya terima RM 300,000 sahaja jika mendapat pingat emas sekali pun, nampaknya ia telah termakbul. Lee Chong Wei juga akan menerima RM3,000 mulai September ini dari duit rakyat Malaysia (duit kerajaan). Saya sebenarnya setuju atlet-atlet Malaysia yang menang di peringkat antarabangsa menerima pencen tetapi saya sangat tidak bersetuju ia diberi pencen dari mula ia menang. Pencen seharusnya di beri pada usia 58 tahun atau 55 tatun atau 50 tahun atau 45 yahun atau paling awal semasa berusia 40 tahun. Saya sangat berharap kerajaan akan mengkaji semula polisi ini. Bagi Lee Chong Wei, keputusan telah dibuat jadi tidak eloklah ditarik balik. Pun begitu polisi seharusnya diubah segera bagi kejayaan-kejayaan atlet akan datang.

Kemungkinan Malaysia tidak dapat banyak pingat dalam Olimpik musim ini adalah kerana doa rakyat (yang beriman) kerana ganjaran yang sangat besar yang dijanjikan kerajaan terhadap pemain olimpik sebenarnya tidak direstui. Bagi pemain itu sendiri, akan menjadi gelabah kerana memikirkan ganjaran yang akan diterima dan mula berangan sehingga menggugat prestasi sebenar. Beri ganjara tetapi janganlah terlampau.

Mengenai anugerah Datuk kepada Rakyat Malaysia. Bagi mempertahankan integriti dan taraf Datuk supaya tidak jatuh dan masih direspect oleh semua, saya mencadangkan supaya keputusan menganugerahkan Datuk kepada seseorang dinilai secara adil dan profesional. Faktor usia dan kepelbagaian sumbangan perlu diambilkira sebelum keputusan menganugerahkan Datuk diberi.

Bersama mempertahankan maruah Datuk.

Saturday, August 16, 2008

Pangkalan Data Penduduk Di Dewan Undangan Negeri

Saya ingin mencadangkan kepada sesiapa sahaja yang diberi mandat untuk mentadbir satu-satu Dewan Undangan Negeri supaya melaksanakan tugas dengan berkesan. Kalau tidak silap saya, mekanisma pentadbiran sekarang sudah lengkap dan mencukupi untuk mewujudkan Pangkalan Data Penduduk di Dewan Undangan Negeri masing-masing. Kita ada Wakil Rakyat, kemudian kita ada Ketua di setiap Bahagian, kemudian kita ada ketua disetiap cawangan, ketua di setiap daerah, ketua di setiap kampung dan seterusnya jawatankuasa kerja di kampung berkenaan. Jika mekanisme tersebut dilaksanakan dengan berkesan saya percaya kita mempunyai statistik berikut:
Berapa ramai penduduk kampung berkenaan?
Berapa ramai pendatang (orang luar yang menyewa) di kampung berkenaan?
Berapa ramai penduduk yang bekerja di luar kawasan & balik sesekali sahaja?
Berapa ramai yang masih bersekolah?
Berapa ramai yang ada kerja?
Berapa ramai yang tiada kerja?
Berama ramai yang terlibat kegiatan negetif;
Berapa ramai ibu tunggal?
Berapa ramai bapa tunggal;
Berapa ramai anak yatim?
Berapa ramai yang kita perlu bantu?
Adakah kampung ini ada koperasi penduduk?
Adakah mekanisme pembelian barang-barang keperluan yang durus secara berpusat atau sendiri-sendiri?
Adakah kampung ini mempunyai produk atau identiti sendiri?
Dan berbagai-bagai statistik yang boleh dibuat dan disimpan dalam pangkalan data.

Dari statistik ini, ketua-ketua berkaitan boleh mengambil tindakan bagi meningkatkan apasahaja yang negetif.

Adakan mesyuarat dengan penduduk kampung. Kalau boleh, kesemua penduduk berpeluang menghadiri mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang boleh meningkatkan taraf kehidupan masyarat kampung. Adakan pelan strategik dan execute pelan strategik berkenaan.

Akhir kata saya ucapkan selamat 'berkhidmat untuk masyarakat".

Friday, August 15, 2008

Jangan Biarkan Masa Berlalu Begitu Sahaja

Sehari ada 24 Jam. Setiap saat kita perlu isi masa kita dengan perkara-perkara yang boleh memajukan diri kira, atau orang-orang disekeliling kita. Pun begitu kita juga perlu rehat. Oleh yang demikian, kita sebanagi seorang manusia mempunyai pemikiran yang boleh menentukan mana yang baik dan mana yang jahat. Disini saya ingin menyeru kepad semua pilihlah yang baik untuk memenuhi waktu kita.

Pernah dengar "Demi masa, manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan orang-orang soleh dan yang berpesan dengan kebenaran dan yang berpesan dengan kesabaran".

Marilah kita sama-sama memenuhkan masa dengan pekerjaan yang baik.

Himpunan Cerita Rasuah yang di petik dari akhbar tempatan

Calon Ketua UMNO Seremban disyaki sogok wang ditahan

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini menahan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull memberitahu Mingguan Malaysia, Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang ini.

Menurutnya, BPR akan memohon perintah tahanan reman daripada mahkamah terhadap Mohd. Nor esok.

‘‘Mohd. Nor ditahan kerana memberi wang suapan kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya dalam pencalonan jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban pada satu mesyuarat cawangan.

‘‘Mohd. Nor ditahan kerana kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997,’’ katanya ketika dihubungi malam ini.

Difahamkan Mohd. Nor yang kini merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban ditahan di sebuah pusat beli-belah di Ampangan, Seremban.

Penahanan beliau adalah kes pertama membabitkan calon yang bertanding bagi pemilihan UMNO untuk penggal 2008/2011 kerana dakwaan politik wang.

Dalam pemilihan UMNO Bahagian Seremban kali ini, Mohd. Nor mencabar penyandang jawatan itu, Datuk Ishak Ismail.

Sehingga hari ini, Mohd. Nor telah mendapat 13 pencalonan manakala Ishak memperoleh sembilan pencalonan daripada 22 cawangan yang telah bermesyuarat. Bahagian tersebut mempunyai 67 cawangan.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohd. Nor yang menggantikan Datuk Zakaria Nordin bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rashid Latiff bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan.

www.utusan.com.my

MAKSUD RASUAH - DIPETIK DARI MS.WIKIPEDIA.ORG

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah
* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.
source http://ms.wikipedia.org

Kenali Sifat Seorang Penghuni Syurga

Penampilan Abu Umamah biasa saja. Namun darjatnya di mata Allah dan Rasul-Nya demikian tinggi, hingga Rasulullah SAW menyatakan ia sebagai calon penghuni syurga.

Kebersihan hati kunci buka pintu amalan baik memasuki alam tertinggi.

Kenapa Abu Umamah calon penghuni surga?
Dengarkan jawapan Abu Umamah
"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam"

TAHNIAH LEE CHONG WEI

Saya mengucapkan tahniah kepada pemain single badminton Lee Chong Wei kerana telah menjamin mengutip pingat sekurang-kurangnya perak buat Malaysia. Seandainya mendapat pingat EMAS, saya ingin mencadangkan supaya Lee Chong Wei hanya mengambil RM300,000 dari RM 1 juta yang dianugerah oleh kerajaan. Baki RM 700,000 lagi itu didermakan kepada lain-lain pemain olimpik Malaysia yang lain yang tidak mendapat pingat. Inilah semangat kesukanan. Biar sama-sama merasai kemenangan. Lagi pun duit RM 1,000,000 itu adalah duit rakyat. Jika cadangan ini diterima saya gembira dengan kemenangan anda tetapi jika sebaliknya saya & Yang Maha Pengasih sahaja yang tahu.

Thursday, August 14, 2008

Masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Insan

Saya cadangkan supaya penduduk setempat atau kariah masjid terutama yang telah berpencen menganjurkan ceramah, taklimat, ajar Quran, ajar doa, ajar menguruskan jenazah, ajar fekah, Ajar secara percuma atau dan kenakan bayaran token sahaja, Buat skedul tetap. Jadikan masjid sebagai pusat ilmu dari 5.00 pagi (subuh)hingga 11.00 mlm (selepas isyak), Sepanjang pagi hingga malam itu ada sahaja aktiviti. Bagi golongan muda yang pandai beri motivasi atau guna komputer ajarkan penduduk di kariah surau tersebut dengan ilmu-ilmu tersebut. Saya percara jika dilakukan aktiviti tersebut secara berterusan, lambat laun masjid ini akan dikunjungi ramai.

Harap ada yang dapat tangkap apa yang saya maksudkan. Jika faham let do it.

Thanks

Masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Insan

Dalam pemerhatian saya kebanyakan masjid dan surau tidak lebih dari tempat solat lima waktu sahaja. Itu pun dalam masa yang singkat sahaja pada lima waktu tersebut. Selain waktu itu masjid dan surau dikunci. Walhal peranan masjid & surau sebenarnya ialah sebagai pusat kecemerlangan insan setempat.

Dalam pemerhatian saya juga, pentadbir masjid kebanyakannya adalah orang-orang yang telah berpencen. Itu pun tidak semua orang pencen datang memakmurkan masjid pada waktu solat. Saya dah banyak pergi ke masjid-masjid di beberapa tempat di Malaysia semasa pergi outstation. Rata-rata saf waktu subuh hanya satu baris iaitu kira-kira 15 orang. Sedangkan kalau nak ikut rumah di kawasan tersebut lebih 100 buah.

Wahai orang-orang muda yang ada masa lapang tu, daripada melalak tak tentu hala lebih baik memakmurkan masjid. Mudah-mudahan Allah akan memurahkan rezeki kamu.

Wednesday, August 13, 2008

Jadikan Tanah Sumber Rezeki

Saya perhatikan ramai orang nampak miskin tapi sebenarnya mereka kaya. Mereka banyak tanah tapi mereka tidak mengusahakan tanah itu. Mengusahakan tanah sebenarnya tidak perlu modal. Hanya kudrat dan keringat yang perlu dikeluarkan. Daripada duduk lepak dan main dam aji, lebih baik ambil cangkul dan terangkan persekitaran rumah dan berkebun kecil-kecilan. Cubalah tanam sayuran yang mudah tumbuh seperti kacang botol. serai kayu, pegaga, serai dan sebagainya. Bila dah tubuh segar, kutip dan pergilah jual. Itukan lebih baik dari lepak-lepak, duduk-duduk last-last hisap dadah.

Kalau kita pergi jual tapi tak laku, kita boleh beri pada peniaga lain secara percuma. Dapat juga pahalanya. Untung-untung dapat ganti dengan barang lain.
Oklah dah baca ni, pergi buat yang dicadangkan. Sejuk hati ibu lihat anaknya rajin berbakti pada tanah. InsyaAllah bila kita rajin, Allah akan membantu dengan memberi rezeki yang melimpahruah.

Tuesday, August 12, 2008

Apabila Imam Merokok

Sebagai seorang insan yang menjadi ikutan atau sebagai ketua dalam solat adalah tidak sepatutnya insan ini terlibat dalam perkara-perkara yang tidak baik. Misalnya merokok. Kita tahu merokok boleh merosakkan diri dan menyebabkan elemen dalam tubuh tidak stabil. Dengan yang demikian, seorang imam tidak sepatutnya merokok. Lebih-lebih lagi merokok di halayak ramai. Oleh itu saya merayu kepada imam atau bilal atau penceramah ugama, kadi, mufti, ustaz dan seumpamanya supaya dapat meninggalkan tabiat merokok.

Saya dulu memang perokok tegar, tetapi sekarang iaitu apabila saya tidak lagi merokok malah bau rokok pun menyiksakan. Nak tau kenapa boleh berhenti? Sebabnya ialah tekad dan niat. Saya nak berhenti,,,kemudian tidak merokok langsung. Itu saja. Senangkan?

OLIMPICS MEDALS COUNT

Please click

here

Monday, August 11, 2008

Keikhlasan Membawa Kejayaan

Apa sahaja yang ingin kita lakukan, kita mestilah memasang niat. Niat kita merupakan sasaran kita. Bila kita sudah berniat maka kita bertekad untuk melaksanakan niat itu atau berusaha untuk mencapai sasaran tersebut. Dalam melaksanakan perkara tersebut kita mestilah ikhlas iaitu rela hati melakukan perkara tersebut tanpa paksaan. Keikhlasan akan menimbulkan rasa seronok. Apabila kita gembira dan senang melaksanakan apa sahaja yang kita amalkan untuk memenuhi niat atau sasaran kita, sudah pasti kejayaan akan dikecapi. Oleh yang demikian, kita mestilah ikhlas dalam semua perkara.

Friday, August 8, 2008

Olimpik - Kutip emas dapat RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000 seumur hidup

Saya sangat tidak setuju jika pemain dapat emas dalam sukan olimpik akan dihadiahkan wang RM 1 juta dan diberi pencen bulanan sebanyak RM5,000 sepanjang hayat. Saya tidak bersetuju! lebih-lebih lagi jika guna wang awam. Bagaimanapun jika ia dibiayai oleh pihak swasta, saya tiada halangan.

Berilah sumbangan kepada yang lain yang lebih banyak memberi sumbangan.

Thursday, August 7, 2008

Bangunlah Pagi Sebelum Subuh

Tuan/puan yang dihormati, melalui blog ini saya ingin menasihatkan orang yang suka bangun tidur lewat dari waktu sembahyang subuh supaya berubah segera.

Sebabnya ialah bangun sebelum subuh akan menyihatkan badan kita dan mengelakkan dari mudah diserang penyakit. Tiada bukti yang boleh saya tunjukkan sebab saya bukan orang ilmiah. Tetapi jika tidak percaya tetapi mahu mencuba .....cubalah secara berterusan sekurang-kurangnya 40 hari tanpa henti..... Anda akan dapat perbezaannya.

Selamat mencuba...

JADIKAN TANGGA PEJABAT SEBAGAI LALUAN KUALITI

Untuk kesihatan dan pembakaran kalori, kita digalakkan naik tangga. Oleh yang demikian saya cadangkan supaya ada usaha untuk menggalakkan kakitangan lebih berminat menaiki tangga berbanding naik lif.

Bagaimana cara untuk menggalakkannya?

1. Tukar lantai simen lepa kepada lantai jubin yang menarik.
2. Buat hiasan dalaman dengan lampunya menarik.
3. Bubuh poster-poster informasi yang boleh ditukar ganti supaya setiap kali lalu ada sahaja informasi baru
4. Berita-berita terkini boleh didapati semasa naik tangga.
5. Kadang-kadang ada muzik dialunkan.

Saya percaya jika perkara diatas dibuat, ramai yang beralih ke Tangga.

Be creative.

Wednesday, August 6, 2008

Cadangan Bagi Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

Kadar kemalangan di jalanraya di Malaysia amat membimbangkan terutama di musim perayaan. Walaupun saya tidak membuat kajian terperinci tetapi saya dapat perhatikan bahawa pada musim perayaan ramai yang
1) membeli dan membawa kereta baru balik kampung.
2) pertama kali bawa kereta balik kampung.
3) menyewa kereka untuk balik kampung.
4) kereta yang dibawa dah lama tak servis atau tidak diperiksa kondisinya

Perkara 1 dan 3, masih kekok bawa kereta kerana tidak biasa dengan kereta berkenaan.
Perkara 2, tidak biasa bawa kereta jauh-jauh
Perkara 4, kereta tidak sihat menyebab kemalangan disebabkan kereta tersebut

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pemadu-pemandu termasuk di dalam 4 kumpulan tersebut adalah dicadangkan supaya:

Ada satu mekanisma supaya orang ramai dapat tahu Status Pemandu Yang Sedang Memandu Semasa Balik Kampung atau semasa OPS SIKAP. Misalnya tampal sticker sebagai tanda tergolong dalam kumpulan tersebut. Tanda ini perlu supaya pemandu lain dapat memberi kerjasama untuk mengelakkan kemalangan terutama kepada pemandu berkenaan.

Jika tidak faham dengan cadangan saya sila komen agar dapat saya jawab bagi penjelasan.

Sekian

Tuesday, August 5, 2008

Peluang Bisnes Cara Langsung

Waktu ini kalau nak masak kena fikir dua kali. Sebab kos bahan mentah meningkat naik. Kalau setakat 3, 4 orang nak makan tak berbaloi. Oleh itu lebih baik makan di luar. Masalahnya bagi yang tua, mereka malas nak keluar kecuali sedikit sahaja
Saya mencadangkan buat bisnes unuk supply makan tengahari (lunch) dan makan malam (dinner). Buat edaran iklan dalam peti-peti surat atau buat satu laman web untuk orang order. Ia itu pakej lunch dan dinner keluarga. Hantar ke rumah. Sila order 8 jam sebelum penghantaran tiba.

Sunday, August 3, 2008

Membuat Perkara Baik Sangat Menyeronokkan

Apa itu Perbuatan Baik?

Perbuatan baik adalah suatu perkara yang dilakukan oleh pelaku menyebabkan persekitaran mendapat faedah yang positif termasuklah memberi derma kepada yang meminta, membantu anak-anak yatim, membantu orang-orang kurang upaya, membersihkan kawasan awam, menyertai gotong-royong, mewakafkan tanah, rumah atau harta lain untuk pembangunan ummah. Seseorang yang merasa seronok dan terhibur bila melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti di atas akan merasa tenang. Perbuatan tersebut menjadi suatu hiburan baginya.

Sekiranya perbuatan baik menjadi hiburan maka secara automatiknya perbuatan negatif akan dibencinya.

Orang-orang yang membenci perbuatan berikut mungkin tergolong di antara mereka yang seronok melakukan perkara baik.

Perbuatan yang wajib dibenci ialah:

1. Merokok! Jika anda merokok (lebih-lebih lagi jika pemimpin masyarakat) maka sebenarnya anda tidak layak jadi pemimpin sebab merokok itu perbuatan yang tidak baik.

2. Minum Arak! Jika anda minum arak sedangkan banyak lagi minuman lain yang menyegarkan maka sebenarnya anda bukan orang yang baik.

3. Tidak Suka Menderma! Jika menderma anda benci sedangkan anda ada harta yang banyak dan disekeliling anda ramai yang memerlukan bermakna diri anda perlu dinilai dan dikaji semula.

4. Suka Menyebarkan Perkara Yang Anda Sendiri Tidak Pasti! Jika ini pun anda suka maka something wrong with you.

5. Suka kepada Zina! Lagilah buruknya sikap anda.

Jadi jika dah terbaca pendapat super mind ini maka elok sangatlah anda bertekad menjadi orang yang seronok melakukan perbuatan yang baik-baik.

Sekian

Saturday, August 2, 2008

Labelkan Botol Plastik dengan Amaran

Sebagaimana yang semua maklum, botol plastik banyak grednya. Ada botol plastik yang tidak boleh digunapakai lebih dari sekali. Ada botol plastik yang memang boleh digunakan banyak kali sebab ia dibuat khas untuk bekas air. saya juga difahamkan setiap botol ada ditanda nombor dari 1 hingga 10. Setiap nombor membawa makna kesihatan.

Oleh itu saya cadangkan supaya setiap botol perlu dilabelkan. Di antara label yang dicadangkan ialah "Botol ini jenis pakai buang".

Sebarkan Perkara Yang Positif, Jangan Sebar Perkara Negatif

Apabila kita mendengar sesuatu kes yang berupa fitnah atau dengar-dengar cakap yang memburukkan seseorang, hendaklah kita diam dan mencari fakta atau bukti-bukti secara senyap tanpa menghebahkan kepada sesiapa pun.

Dan apabila kita mendengar perkara kebaikan hendaklah kita menghebahkannya supaya orang lain dapat manfaat dari kebaikan tersebut.

Kalau kita sebar perkara fitnah bermakna kita sama-sama terlibat dalam fitnah itu.

Jadi fikirlah sendiri oleh semua sama ada individu atau media.

Friday, August 1, 2008

Ciptalah Beg Simpan Sampah Yang Menarik

Saya cuma memberi idea sebab saya ni SuperMind Blogger. Kalau kita lihat iklan dalam TV menunjukkan budak kutip sampah dan di amasukkan ke dalam poket sementara menemui Tong Sampah. Di Malaysia sangat kurang tong sampahnya, tak percaya pergilah ke taman-taman atau tempat-tempat keraian atau di pasar malam.

Kadang-kadang orang bukan tak mau buang sampah ke dalam tong sampah tetapi tidak jumpa tong sampah. Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada pembuat-pembuat barangan/produk agar dapat mencipta beg plastik yang menarik supaya dapat membudayakan setiap warga/pelancong Malaysia membawa beg berkenaan untuk bekas sampah. Beg yang mengandungi sampah boleh ditebus dengan harga lebih mahal dari beg yang dibeli sebelumnya (harga mengikut berat sampah).

Jadikanlah supaya budaya kita ialah menyimpan sampah sendiri dan membuang dalam tong sampah.

Persekitaran bersih udara sihat.


Sekian

Jadilah Orang Yang Baik dari Mula Taubat

Orang tidak makan penyu tetapi kenapa orang makan telor penyu? Ini menunjukkan telor penyu adalah bersih sebab ia belum bercampur apa-apa lagi. Begitu juga seorang anak yang baru lahir, ia adalah bersih dari segala dosa. Boleh tak kita yang telah separuh abad ini bersih seperti bayi?. Atau seperti telor penyu? Jawapannya boleh! iaitu dengan bertaubat (taubat nasuha). Oleh yang demikian marilah kita sama-sama bertaubat dengan sebenar-benar taubat supaya kita dapat memulakan kehidupan baru menjadi orang yang baik.

Orang Baik Rezekinya Murah
Segala Kepayahan Sukar menghampiri
Sudah usaha baharulah berserah
Insya Allah Kejayaan pasti diMiliki

Kepada yang membawa saya doakan anda menjadi Orang Yang Baik. Aamiiiin