Tuesday, July 29, 2008

BUANG SAMPAH DAPAT DUIT

Masalah sampah bersepah atau berlonggok di taman-taman perumahan dan persekitaran merupakan fenomena biasa bagi rakyat Malaysia. Keadaan ini akan berterusan selagi attitude rakyat Malaysia tidak berubah. Bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan kepada pihak berkaitan supaya menukarkan tabiat membuang sampah merata-rata kepada mengutip sampah di merata-rata. Caranya ialah menyediakan pusat membeli sampah. Jika ada pusat membeli sampah, sudah pasti penduduk setempat akan mengumpulkan sampah dan akan menjualnya di pusat membeli sampah. Outcomenya persekitaran taman akan menjadi bersih sebab sudah ada kesedaran dalaman.

No comments:

Post a Comment