Saturday, December 13, 2008

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan perlu mencontohi program oleh pihak swasta yang memberi peluang pekerjaan kpd...

Petikan Mingguan Malaysia dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

KDN, JPA bincang ambil bekas penagih bekerja

Oleh HAMDAN TAWADI

JOHOR BAHRU 13 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil bekas penagih dadah yang telah pulih berkhidmat di sektor awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan perlu mencontohi program oleh pihak swasta yang memberi peluang pekerjaan kepada golongan tersebut bagi membolehkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

"Tetapi dalam kerajaan iaitu dalam Perintah-Perintah Am, sekali kena buang kerja kerana terlibat dengan dadah, tak boleh ambil balik.

"Kerajaan sedang berbincang dengan JPA, kerajaan pun kena tunjuk contoh yang baik dengan mengambil bekas penagih yang layak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Memperkasa Komuniti Pemulihan negeri dan Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Desa Damai di Larkin di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, penagih dadah perlu diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa dan mendapat pekerjaan atau sumber ekonomi untuk menyara diri serta menyumbang kepada negara.

Sementara itu, menurut beliau, bilangan terkumpul penagih dadah berdaftar di negara ini mulai 1988 hingga tahun lalu adalah seramai 279,907 orang.

Katanya, jumlah penagih di negara ini lebih ramai mengambil kira bilangan penagih yang tidak dapat dikesan adalah jauh lebih ramai.

Menurut beliau, kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, bagi setiap penagih yang dikesan, ia perlu digandakan sebanyak empat kali sebagai memberi gambaran sebenar bilangan penagih keseluruhan.

"Ini bermakna lebih daripada sejuta penagih ada di negara ini dan ia mewakili kira-kira lima peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap tahun, kebiasaannya hanya 15 peratus daripada bilangan penagih yang dikesan dimasukkan ke Pusat Serenti manakala 85 peratus lagi di bawah pengawasan polis dan AADK.

-------------------
Ulasan Minda Bistari

Saya kurang setuju Kerajaan Memberi Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Penagih Dadah dalam Agensi Kerajaan selagi masih ada lagi Golongan Siswazah yang menganggur. Sepatutnya golongan ini diutamakan. Saya pernah juga memberi pandangan, mereka ini sepatutnya dikenakan yuran semasa berada di Pusat Serenti. Masa mereka tiada yuran sedang pelajar universiti kena berhutang untuk bayar yuran. Bila keluar Universiti tiada kerja dan tak boleh bayar hutang.

Jika kerajaan ingin implement cadangan KDN di atas, saya bimbang senario sekarang ialah lebih baik Hisap dadah dahulu, kemudian masuk serenti dan bila dah keluar peluang terbuka untuk bekerja dengan kerajaan. Good Career Path....

No comments:

Post a Comment