Friday, May 23, 2014

Barisan Penyokong Group "Bangun Sebelum Subuh"


Gunakan inovasi bagi mengatasi kekurangan lot parking di Putrajaya

Beberapa inovasi perlu dipraktikkan bagi mengatasi kekurangan lot parking di Putrajaya. Di antaranya
1) Bina lebih banyak lot parking bertingkat
2) Gantikan Landskap Bunga dengan Landskap Kereta (design lot parking secara menarik menggantikan bunga)
3) Ruang pejalan kaki dikecilkan supaya lebih banyak lot parking dapat diwujudkan
4) dan banyak lagi...



Wednesday, January 1, 2014

JADUAN PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2014



JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)
BULANTARIKHKETERANGAN
Januari23 Januari 2014
Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014
Februari25 Februari 2014
Selasa
Mac25 Mac 2014
Selasa
April24 April 2014
Khamis
Mei22 Mei 2014
Khamis
Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014
Jun25 Jun 2014
Rabu
Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014
Julai22 Julai 2014
Selasa
Hari Raya Puasa
28 – 29 Julai 2014
Ogos25 Ogos 2014
Isnin
September25 September 2014
Khamis
Oktober16 Oktober 2014
Khamis
Deepavali
23 Oktober 2014
November25 November 2014
Selasa
Disember18 Disember 2014
Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2014

 



Sumber: Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014 http://www.hootoh.my/2013/11/jadual-tarikh-pembayaran-gaji.html#ixzz2pD4DYPtf
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook

Tuesday, December 31, 2013

11 Langkah berjimat

Kuching: Jabatan dan agensi kerajaan telah diarah mengambil langkah berjimat cermat dalam semua aspek pengurusan dan proses pentadbiran, termasuk perbelanjaan pegawai ke luar negara. 

Ia berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api yang bukan sekadar menuntut rakyat berjimat cermat, malah turut dijadikan amalan oleh semua jabatan dan agensi kerajaan. 
Ketua jabatan sudah dimaklum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata beliau sudah memaklumkan kepada semua ketua jabatan berhubung arahan berkenaan. 


“Kita memang mempunyai peraturan di semua jabatan untuk mengamalkan langkah berjimat cermat sebelum ini dan langkah ini wajar diteruskan terutama ketika kos bahan api negara semakin meningkat. 

“Semua ini adalah kesan limpahan ekonomi negara yang berkait rapat dengan sektor ekonomi, peruncitan serta perhotelan. 

“Semua perlu bergerak kerana ia membantu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya selepas menyertai Larian Hari Malaysia Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2013 di Le' Park, di sini semalam. 

Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang juga Yang Dipertua MAKSAK Sarawak. 
Mengulas kemungkinan jabatan kerajaan mengurangkan penganjuran majlis di hotel dan memadai diadakan di pejabat sahaja, beliau menegaskan, tidak semua jabatan kerajaan boleh berbuat demikian. 

Utama langkah berjimat 

“Masing-masing mempunyai kementerian dan bajet sendiri. Bagaimanapun, dalam hal ini semua ketua jabatan perlu mengambil perhatian. 

“Bukan kita kata tidak boleh meneruskan majlis di luar tetapi berjimat cermat perlu diberi keutamaan. 

“Terpulang (kepada jabatan masing-masing) kerana kita tidak boleh mengurangkan terus. 

“Jika tempat bagi penganjuran satu-satu majlis sudah ditetapkan, maka perlu diteruskan,” katanya. 

Beliau juga berkata, langkah penjimatan perlu dipraktikkan semua penjawat awam, lebih-lebih lagi ada antara mereka layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)