Saturday, July 28, 2012
You must read first...
Alif-Lam-Mim.
This is the Book (the Qur'an), whereof there is no doubt, a guidance to those who are Al-Muttaqun [the pious and righteous persons who fear Allah much (abstain from all kinds of sins and evil deeds which He has forbidden) and love Allah much (perform all kinds of good deeds which He has ordained)].
Who believe in the Ghaib and perform As-Salat (Iqamat-as-Salat), and spend out of what we have provided for them [i.e. give Zakat , spend on themselves, their parents, their children, their wives, etc., and also give charity to the poor and also in Allah's Cause - Jihad, etc.].
And who believe in (the Qur'an and the Sunnah) which has been sent down (revealed) to you (Muhammad Peace be upon him ) and in [the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel), etc.] which were sent down before you and they believe with certainty in the Hereafter. (Resurrection, recompense of their good and bad deeds, Paradise and Hell, etc.).
They are on (true) guidance from their Lord, and they are the successful.
Verily, those who disbelieve, it is the same to them whether you (O Muhammad Peace be upon him ) warn them or do not warn them, they will not believe.
Allah has set a seal on their hearts and on their hearings, (i.e. they are closed from accepting Allah's Guidance), and on their eyes there is a covering. Theirs will be a great torment.
And of mankind, there are some (hypocrites) who say: "We believe in Allah and the Last Day" while in fact they believe not.
They (think to) deceive Allah and those who believe, while they only deceive themselves, and perceive (it) not!
In their hearts is a disease (of doubt and hypocrisy) and Allah has increased their disease. A painful torment is theirs because they used to tell lies.
And when it is said to them: "Make not mischief on the earth," they say: "We are only peacemakers."
Verily! They are the ones who make mischief, but they perceive not.
And when it is said to them (hypocrites): "Believe as the people (followers of Muhammad Peace be upon him , Al-Ansar and Al-Muhajirun) have believed," they say: "Shall we believe as the fools have believed?" Verily, they are the fools, but they know not.
And when they meet those who believe, they say: "We believe," but when they are alone with their Shayatin (devils - polytheists, hypocrites, etc.), they say: "Truly, we are with you; verily, we were but mocking."
Allah mocks at them and gives them increase in their wrong-doings to wander blindly.
These are they who have purchased error for guidance, so their commerce was profitless. And they were not guided.
Their likeness is as the likeness of one who kindled a fire; then, when it lighted all around him, Allah took away their light and left them in darkness. (So) they could not see.
They are deaf, dumb, and blind, so they return not (to the Right Path).
Or like a rainstorm from the sky, wherein is darkness, thunder, and lightning. They thrust their fingers in their ears to keep out the stunning thunderclap for fear of death. But Allah ever encompasses the disbelievers (i.e. Allah will gather them all together).
The lightning almost snatches away their sight, whenever it flashes for them, they walk therein, and when darkness covers them, they stand still. And if Allah willed, He could have taken away their hearing and their sight. Certainly, Allah has power over all things.
O mankind! Worship your Lord (Allah), Who created you and those who were before you so that you may become Al-Muttaqun.
For more details, read the Quran...
Friday, July 27, 2012
ALL MUST READ this
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;
Most Gracious, Most Merciful;
Master of the Day of Judgment.
Thee do we worship, and Thine aid we seek.
Show us the straight way,
The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.
http://www.alquran-english.com/1-al-fatiha/
Friday, July 13, 2012
JOIN LAH KUMPULAN FACEBOOK BANGUN SEBELUM SUBUH
Jangan lupa mengunjungi facebook Bangun Sebelum Subuh. Di situ terdapat banyak peringatan-peringatan yang baik dan marilah kita Bangun sebelum Subuh. Praktislah pada bulan ramadhan ini. Terima kasih atas perhatian.
Friday, July 6, 2012
Aktiviti MyJICA Tahun 2012
Our calendar:
1. Buka Puasa : July 29.
2. Aidilfitri: September 2
3. Sarawak Meeting/Japanese Cooking: October 2012
4. New Web : End July
5. Bulletin: Sept 2012 & Mac 2013
6. Japanese Culture Day: Feb 2013
7. Outreach Program (DOSH): October 2012
8. KoJICA AGM: December 2012
9. Courtesy visit JICA Office: September 2012
10.Annual Dinner: Nov 2012
11. Mt. Fuji Expedition: CANCELLED
12. Fishing: November 2012
13. Treasurer Hunt: January 2013
Kmen2
Nawi Rman Nak kena tanya sifu dulu
hari Rabu, pada pukul 2.52 ptg melalui mudah alih · Suka.
Raja Abdul Rahman Rakan-rakan jangan baca sahaja. Masuk dalam dairy dan beritahu rakan -rakan lain untuk mengambil bahagian.
23 jam yang lalu melalui · Suka.
Rus Sharifah Klau dapt nak join Aidilfitr September 2 tapi lokasi do ko?
6 minit yang lalu · Suka.
Tuliskan komen...
..
Saturday, June 23, 2012
TABIAT PEMALAS PERLU DIUBAH
dipetik dari post TYz Ainol dalam group Bangun Sebelum Subuh
TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH
Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,
“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”
JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.
MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.
“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”
Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.
Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2012
Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2012
Bulan Tarikh Catatan
Januari 16 Januari 2012
Febuari 23 Februari 2012
Mac 22 Mac 2012
April 25 April 2012
Mei 23 Mei 2012
Jun 25 Jun 2012
Julai 25 Julai 2012
Ogos 13 Ogos 2012
Sept 25 September 2012
Oktober 22 Oktober 2012
Nov 6 November 2012
Dis 18 Disember 2012
Sumber: Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2012
Sunday, June 17, 2012
Selamat Hari Bapa
CORETAN ANAK SAYA DI CEDOK DARI FBNYA
17TH JUN 2012
Hai kawan! Nak dengar satu cerita tak?
Cerita apa?
Cerita tentang seorang lelaki.
Kenapa dengan lelaki itu?
Jadi kamu nak dengarlah ni ye. Aku cerita.
(Si kawan hanya memandang sambil menunggu aku menyambung kata-kata)
Ada seorang lelaki ini, dia bangun awal pagi, sebelum subuh dah bangun, apa dia buat? Dia mandi, berwudhuk, dan kemudian dia mengaji sementara menunggu azan. Tiap-tiap hari.
Tiap-tiap hari?
Yup. Dan bila dengar azan, dia akan ke surau untuk solat berjemaah. Usai semuanya dia akan bersiap ke tempat kerja. Kadang tu pukul 6.30 pagi dah pergi.
Uih, awalnya.
Yup, sebab dia takut jem. Dia kerja kat Cyberjaya nun. Tiap hari ulang alik dari Kuala Lumpur. Dia sanggup sebab itu kerjanya, dan itu sumber rezeki keluarga dia. Balik pulak mesti lepas maghrib baru sampai rumah. Pun begitu, sebelum tidur, pasti dia mengaji. Walau penat macam mana pun.
Wah bagusnya.
Bukan itu saja, dia juga seorang penyabar. Dia tak marah tak tentu hala. Dia takkan tinggi suara begitu sahaja. Dan dia jarang sekali pukul anak-anaknya. Melainkan apabila perlu dan selalu memberi nasihat.
Anak? Oh dia sudah berkahwin?
Sudah. Anak tiga. Umurnya cukup separuh abad tahun ini.
Uih? Siapa sebenarnya ni?
Seorang lelaki yang masih gagah perkasa, itulah ayahanda saya. :)
#SelamatHariBapa
Previous
The Minimalist
The Minimalist
Thursday, June 7, 2012
Coretan Malam Jumaat 7 Jun 2012
BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah SAW pernah berdoa.
“Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.”
(HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).
Pada waktu subuh, gas ozon (O3) memenuhi sebahagian besar udara kita. Jumlah gas itu semakin berkumpul dengan munculnya matahari. Kita akan merasakan nikmat apabila menghirup udara pagi, kerana udara pagi ni mengandungi jumlah ozon yang banyak. Gas ozon sangat berguna bagi organ saraf, membuatkan kita semangat bekerja, fikiran tidak bercelaru dan anggota tubuh menjadi cergas. Tak ada waktu yang sesuai untuk kita dapat menikmati udara yang nyaman selain waktu pagi.
Orang2 tua sendiri sering berpesan "bangun awal murah rezeki"....
sumber: Ustaz Nasir
Tuesday, June 5, 2012
Coretan Pagi Rabu 6 Jun 2012
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu., sampai kamu masuk ke dalam kubur. Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui. Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim, kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri, kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu." (Surat 102 At-Takasur ayat 1-8)
Subscribe to:
Posts (Atom)




