- OLDER POSTS
Thursday, May 9, 2013
Tuesday, May 7, 2013
UTUSAN MALAYSIA - UTAMA 8 MEI 2013
KUALA LUMPUR 6 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada...
JOHOR BAHARU 6 Mei -Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menelefon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari ini bagi mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13...
KUALA LUMPUR 6 Mei - Parti terbesar dan tertua Indonesia, Golkar mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) atas kejayaan mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam. Ketua...
MELBOURNE 6 Mei - Hubungan kukuh Australia dengan Malaysia akan berterusan, kata Menteri Luar, Bob Carr hari ini selepas Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 semalam.
KUALA LUMPUR 6 Mei - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu yang didakwa 'kotor' selepas menafikan hak 753 perwakilan menyertai pemilihan...
KUALA LUMPUR 6 Mei - Sudah tiba masanya UMNO dan Pas bergabung sebagai sebuah parti bagi mengekang kemaraan DAP yang penguasaannya semakin jelas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam. Presiden Pertubuhan...
KUALA LUMPUR 6 Mei - Pas wajar menilai semula tahaluf siyasi yang dijalinkan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang kerana kerjasama itu terbukti merugikan parti tersebut...
KUCHING 6 Mei - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila kereta sport dinaiki mereka jenis Nissan Fairlady hilang kawalan sebelum terlanggar sebatang pokok dan terbakar di Jalan Tun Ahmad...
IPOH 6 Mei - Seorang lelaki warga emas terkejut apabila menemukan mayat lelaki dalam keadaan terapung di sebuah lombong terbiar di kawasan perindustrian Bemban, Batu Gajah dekat sini semalam. Mayat K. Murugan...
KUALA LUMPUR 6 Mei - Para penganalisis mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada 5.3 peratus bagi 2013 apabila Barisan Nasional (BN) kekal memegang kuasa manakala kesinambungan...
KUALA LUMPUR 6 Mei - Sektor hartanah negara kembali sibuk dan berkembang pantas selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) awal pagi tadi RHB Bank dalam nota kajiannya hari...
JOHOR BAHARU 6 Mei - Satu kaji selidik yang dilaksanakan pada Mac bagi laporan Pusat Penyelidikan Pew yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), menunjukkan 82 peratus daripada rakyat Malaysia berpuas...
KUALA LUMPUR 6 Mei - Komuniti perniagaan hari ini menarik nafas lega dan gembira susulan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di mana rakyat memberikan Barisan Nasional (BN) mandat untuk memerintah...
NEW DELHI 6 Mei - Tentera India dan China, semalam secara serentak berundur dari sempadan kedua-dua negara itu di Himalaya, sekali gus menamatkan ketegangan selama tiga minggu di kawasan yang menjadi pertikaian...
DHAKA 6 Mei - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh apabila polis Bangladesh bertempur dengan berpuluh-puluh ribu pengikut pergerakan Islam di sini, kata polis dan pegawai perubatan, hari ini. Jurucakap...
GENEVA 6 Mei - Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pemberontak Syria menggunakan agen gas sarin dalam konflik di negara tersebut. Penyiasat hak asasi PBB, Carla del Ponte berkata...
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Muka_Hadapan#ixzz2SdXERbtv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, May 6, 2013
MENTERI BESAR KELANTAN
Ahmad Yakob
KOTA BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru di Istana Negeri Kubang Kerian dekat sini, kira-kira pukul 6 petang sekali gus menamatkan pimpinan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri itu selama 22 tahun.
Ahmad, 63, yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail.
Nik Aziz, 82, memutuskan untuk bersara daripada memegang jawatan itu di mana kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.
Bagaimanapun difahamkan, Nik Aziz terus kekal sebagai Mursyidul Am PAS.
Pemilihan Ahmad sebagai Menteri Besar Kelantan dibuat selepas PAS kekal memerintah Kelantan yang memperoleh majoriti mudah dengan 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Ahad.
Ahmad sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada Mac 2004.
Pada PRU-13, beliau yang mewakili PAS berjaya mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan yang disandangnya dengan majoriti 5,644 undi.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik juga mengambil giliran mengangkat sumpah setia perlantikan.
Ahli Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Fatah Mahmud, Nasaruddin Daud Mejar (B) Datuk Ainizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Dr Mohd Fadli Hassan, Hanifah Ahmad, Dr Ramli Mamat dan Mumtaz Md Nawi.
* Sumber
Sunday, May 5, 2013
KEMALANGAN NGERI DI AYER KERUH DI HARI MENGUNDI
Pada pukul lebih kurang 4 petang lebih, berlaku satu kemalangan ngeri di simpang empat berdekatan MyDin Ayer Keroh, Melaka. Kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan termasuk 3 lori, kereta dan motosikal. Mengikut berita dan sumber di tempat kejadian, kemalangan adalah disebabkan sebuah lori yang melanggar masuk ke lorong yang salah. Terdapat beberapa mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian tersebut. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil di tempat kejadian.
Gambar Lagi2
MELAKA - Dua maut dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, petang ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata yang maut ialah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam, R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62.
Salehhudin berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, lori terbabit yang datang dari arah Bukit Katil di sini dipercayai hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.
"Lori tersebut kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya akibat rempuhan itu pemandu lori terbabit tersepit di tempat duduk kenderaannya manakala Mukeudan terperosok di bawah lori tersebut sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera dalam kemalangan itu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama tiga jentera, sebuah van dan dua unit bermotor dari balai bomba Ayer Keroh dan Bukit Katil.
"Operasi mengeluarkan mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih tiga jam," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 6.40 petang menggunakan pelbagai peralatan termasuk pemotong dan dua buah kren. - Bernama
Anda mungkin juga meminati:
KEPUTUSAN PRU13 TERKINI
Keputusan terkini PRU13 seluruh negara (he he klik link di bawah)
KERUSI PARLIMEN TERPERINCI http://keputusan.spr.gov.my/#parlimen
KERUSI DUN TERPERINCI http://keputusan.spr.gov.my/#dun
http://live.undi.info/
http://www.myundi.com.my/livestreaming.aspx#myundi
http://keputusan.spr.gov.my/#home

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
www.spr.gov.my/Laman SPR yang mengandungi berita semasa, keputusan pulihanraya, akta dan peraturan.Anda melawat halaman ini pada 19/04/2013
Portal Rasmi PRU-13 (SPR)
www.pru13.gov.my/Putrajaya, 23 April 2013 – SPR merancang menghantar sampul-sampul undi pos ke semua ... ISU UNDI AWAL YANG DISEBARKAN MELALUI LAMAN SOSIAL ...
BERNAMAhttp://www.bernama.com.my/bernama/v7/ge/perspectives.php
MALAYSIAKINI
http://www.malaysiakini.com/
HARAKAH DAILY
http://bm.harakah.net.my/
BERTIA HARIAN
http://www.bharian.com.my/
Saturday, May 4, 2013
BACA DAN FAHAMI AT-TAUBAT AYAT 107-113
SURAH AT-TAUBAH AYAT 107 - 113
"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mu’min), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mu’min serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “Kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)" (QS. 9:107)
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (QS. 9:109)
"Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi punca keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. 9:110)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (QS. 9:111)
"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, memuji (Allah), yang mengembara (demi ilmu dan agama Allah), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu." (QS. 9:112)
"Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam." (QS. 9:113)

"Janganlah kamu shalat dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu shalat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih" (QS. 9:108)
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (QS. 9:109)
"Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi punca keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. 9:110)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (QS. 9:111)
"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, memuji (Allah), yang mengembara (demi ilmu dan agama Allah), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu." (QS. 9:112)
"Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam." (QS. 9:113)
Subscribe to:
Posts (Atom)