Thursday, January 24, 2013

Tarikh Pilihanraya: Dalam Pengetahuan Allah jua.

Ramai di antara manusia berbicara mengenai tarikh piliharaya. Baik di kedai kopi maupun di Kedai Mulong (nama tempat di Kelantan, he he). Bicara boleh tetapi janganlah melampai batas. Allah tidak suka orang yang melampaui batas.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّـهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا  إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(Qs 5:87)

Disamping bicara piliharaya lebihkanlah bicara mengenai persediaan ke Akhirat dan yang lebih penting lagi bagaimana kita sendiri supaya menjadi orang yang lebih baik. Amalkan buat apa yang digalak dalam Islam dan tinggalkan yang ditegah oleh Islam. Sebagai contoh, kita digalakkan supaya solat malam atau kiamulail atau bangun sebelum subuh maka ayuh buat. senang dan tak perlu kewangan. tak perlu minta bajet.

Kita disunat puasa Isnin dan Khamis, apa lagi, amalkan lah. bukanaya tambah belanja, malah dapat mengurangkan kos keluar.

Walau bagaimanapun, Pilihan ditangan anda. Pilihlah kemudian kita Raya.

Mana satu you pilih? You Pilih Raya ke pilih Puasa Isnin Khamis.

Tak perlu post jawatan anda...

Saturday, January 19, 2013

Pesanan Kepada Generasi Ku

Wahai anak!
Wahai generasi selepas ku!

Selak-selaklah Sirah Rasulullah.
Tirulah gaya Kepimpinan Nabi kita Muhammad s.a.w.
Ikutlah apa yang di pesannya.
Tinggalkanlah apa yang dilarangnya.
Apa yang lahir dari mulut Nabi adalah kehendak Allah jua.
Tahukah anak! Tahukah anda generasi selepas ku! Siapa Allah?
Allah adalah Tuhan seluruh alam. Semua selain Allah adalah CiptaanNya.
Sekarang Nabi sudah tiada. Tetapi Baginda telah meninggalkan dua perkara iaitu AlQuran dan Sunnahnya (Al-Hadis).

Oleh itu Bacalah AlQuran dan Rujuklah Al Hadis. Carilah guru-guru AlQuran, carilah ahli-ahli Hadis.

Buka sekadar baca. Amalkan apa yang disarankan.

Wahai anak!
Wahai generasi selepasku!

Tidakkah kamu benci kepada Judi? Tidakkah kamu benci kepada Arak? Tidakkah kamu benci kepada Pelacuran?

Tetapi kenapa kami berjudi? Kenapa kamu minum arak? Kenapa kamu pergi ke rumah pelacuran?

Sekiranya kamu tidak berjudi, atau kamu tidak minum arak, atau kamu tidak melanggani pelacur TETAPI 
Kenapa kamu rela membiarkan orang lain membuka kedai judi berhampiran kediaman kamu?
Kenapa kamu rela membiarkan orang lain menjual arak dikedai-kedai berhampiran kediaman kamu?
Kenapa kamu rela membiarkan orang lain membuka rumah pelacuran berhampiran kediaman kamu?

Apa? Kamu kata kamu tiada upaya untuk menghalang mereka membuka kedai judi? 
Apa? Kamu kata kamu tiada upaya untuk menghalang mereka menjual arak?
Apa? Kamu kata kamu tiada upaya untuk menghalang mereka membuka rumah pelacuran?

Betulke?
Kalau begitu, wahai anak! wahai generasiku!
Bila tiba masanya apabila kamu ada upaya, kamu ada kuasa, kamu ada authority maka halanglah perkara tersebut ya anakku, ya generasiku.

Jika lambat lagi untuk membolehkan anak dan generasiku mempunyai upaya, kuasa dan authority maka pilihlah orang lain yang boleh menghalang kedai judi, kedai arak dan rumah pelacuran berleluasa.

Panas, Rimas, Pening, Geram dan Takut!


Thursday, January 17, 2013

Petikan FB Bangun Sebelum Subuh


Thursday, January 10, 2013

Joinlah group fb Bangun Sebelum Subuh http://www.facebook.com/groups/154659211257779/


    • Daripada Abu Hurairah radhiallah 'anhu Rasulullah Sallallahu 'alayhi wassallam bersabda " Demi Allah yang diriku di tangan-Nya kamu tidak akan dapat memasuki syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak beriman sehingga kamu saling berkasih sayang.Mahukah kamu aku tunjukkan satu perkara, apabila kamu lakukannya kamu saling berkasih sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu." Marilah kita bersama
      Unlike ·  ·  · 19 hours ago
      • You and Suriayati Zulyati like this.
      • Norzaman Nordin Terima Kasih tuan Syed Mohamed Syed Hussinkerana berkongsi ilmu dengan ahli-ahli Bangun Sebelum Subuh yang kini berjumlah 2,353. Bagi menyebarkan ilmu kepada lebih ramai lagi marilah kita sama-sama menambah rakan-rakan fb kita menganggotai kumpulan Bangun Sebelum Subuh ini. Semoga kita semua dilindungi Allah serta diberkati seluruh kehidupan kita sama ada di dunia maupun di akhirat. In Sha Allah.
    • Tadi kuliah di Surau Al-Furqan, Bandar Baru Selayang mengenai Rukun dan Syarat Taubat.

      Rukun Taubat

      Imam Nawawi r.a. menerangkan dalam 'Riyadhus-syalihin' bahawa taubat itu hendaknya dilakukan secara sempurna dengan mematuhi rukun-rukun iaitu:

      1. Berhenti dari maksiat itu
      2. Menyesal terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan
      3.Berjanji dengan penuh kesungguhan tidak akan mengulangi dosa itu
      4.Bila dosa berkaitan orang lain, hendaklah menyelesaikan persoalan itu dengan orang itu sendiri.

      Syarat Taubat

      1. Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).
      2. Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda hari kiamat).
      Unlike ·  ·  · 6 hours ago near Kuala Lumpur
      • You and Muhammad Hazman Jaafar like this.
      • Norzaman Nordin Terima Kasih Hashim Bin Ab. Rahman atas perkongsian ilmu. Bagi sebaran yang lebih luas, bolehlah tuan atau ahli lain tambah rakan-rakan bagi menganggotai kumpulan yang In Sha Allah mendapat keredhaan Allah. Semoga Allah melindungi kita semua dan memberkati hidup kita sehingga ke SyurgaNya. Ya Allah perkenankanlah.
      • http://www.facebook.com/groups/154659211257779/

Tuesday, January 1, 2013

Ujian Itu Tanda Kasih Sayang Allah S.W.T

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian…adakah kita selalu bertanya kenapa Allah memberi ujian ini dan itu kepada kita? Kenapa aku terpaksa menerima ujian ini? Seolah-olah manusia yang tidak ada iman dan kepercayaan kepada Tuhan. Siapakah kita untuk mempersoalkan apa yang telah diberikan Allah kepada kita. 

Sedarlah bahawa..FIRMAN Allah SWT: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah: 286)

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan manusia mengikut kemampuannya dalam apa jua sekalipun, cuma kita sebagai manusia yang perlu pandai dalam mengatasi setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan. Dia Allah ingin menguji setakat mana kebergantungan kita kepadaNya. Adakah dengan ujian itu kita mendekatkan diri kepada Allah atau kita semakin jauh dariNya. Subhanallah. Kuatkanlah diri kita untuk mendekatkan diri kepadaNya apabila dalam keadaan senang atau susah, keadaan bahagia atau menderita.

Setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza. Saya pernah mendengar kisah yang diceritakan  sahabat saya kepada saya. Melalui air mukanya saya dapat melihat penderitaan yang ditanggung olehnya. Penderitaan yang ditanggung oleh isteri kerana penipuan suaminya yang menggunakan tiket penceraian isteri pertama untuk perkahwinan satu lagi tanpa pengetahuannya. Betapa luluhnya hati seorang isteri apabila suaminya berkahwin dalam diam tanpa pengetahuannya. Suami apakah ini? Namun sahabat saya ini tetap setia dengan suaminya walaupun dia dapat tahu perkahwinan suaminya itu dari kawan-kawannya yang lain. Apabila ditanya kepada suaminya tentang itu, sehabisnya suaminya menafikan, sedangkan sudah terang lagi bersuluh. 

Ya Allah. Ini adalah ujian yang diberikan Allah kepadanya. Bagaimana pula ujian yang diberikan kepada kita? Ini semua terpulang kepada kita bagaimana kita hendak menghadapi dugaan itu. Adakah ujian itu kita terima dengan hati yang ikhlas dan redha atau sebaliknya. Ujian Allah kepada manusia itu lebih ringan jika dibandingkan dengan ujian yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi terdahulu.

Sebagaimana kita ketahui, Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.

Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.

Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.

Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. –Dr mindailmu

Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati." -Drmindailmu

Jika kita serahkan seluruh jiwa raga kita kepadaNya sebagai hamba di muka bumi ini. Kita tidak akan mengeluh sedikit pun apa yang berlaku kepada kita. Wallahua'lam..semoga kita dapat muhasabah diri dan mendapat manfaat dari perkongsian ini.

PETIKAN DARI HALAQAH.NET