Thursday, December 18, 2014

MERAIH KEBERKATAN BANGUN SEBELUM SUBUH

MERAIH KEBERKATAN BANGUN SEBELUM SUBUH
Jarang orang memperkatakan tentang “ Meraih Keberkatan Bangun Sebelum Subuh “. Sekiranya diteliti dengan penuh sedar,ternyata ianya amat berharga bagi orang yang pandai menghargainya.Keajaiban waktu subuh kurniaan Allah ini sepatutnya menjadi rebutan semua manusia yang berakal.Waktu subuh sebenarnya memiliki keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan waktu-waktu lain.Dengan suasana yang hening dan nyaman diselang-seli dengan kokokan ayam dan desiran suara unggas membuatkan pencari keberkatan waktu subuh akan menikmati kedamaian yang tersendiri.
Sebenarnya banyak kelebihan yang akan diperolehi sekiranya kita cuba menyelami erti sebenar keberkatan sebelum dan selepas subuh.Antara yang akan di tulis ialah :
i. Dapat melakukan ibadat sunat yang amat ditutut selepas solat fardhu iaitu berqiamullalil dan diakhiri dengan solat witir.Ketika ini keadaan fizikal dan mental masih stabil akan membantu mengurangkan strees.
ii. Masa yang amat sesuai untuk bermuhasabah diri terhadap kekurangan yang lalu agar dapat disempurnakaN atau kelebihan yang dilakukan agar diteruskan dengan penuh rasa keinsafan.
iii. Kesegaran udara pagi segar dan kaya dengan oksigen amat baik untuk kesihatan dan kecerdasanminda .80 % orang yang berjaya mengamalkan bangun seawall pagi.
iv. Suasana yang tenang membantu para pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih tenang dan kondusif
v. Satu-satunya waktu yang paling hampir dengan Allah. Malaikat akan mencari orang yang memohon ampun akan diampunkan dosa,yang memohon pertolongan akan diberikan pertolongan,yang meminta sesuatu niscya akan dimakbul permintaan hambanya.
vi. Tanda kesyukuran tak terhingga hamba kepada penciptanya yang telah memberikan peluang untuk hidup setelah dimatikan dengan memulakan hari baru dengan amal ibadah kepada Allah.
vii. Memupuk sifat sabar dan tabah apalagi ketika itu, orang lain asyik dibuai mimpi indah sedangkan kita bangun meredah kesejukan pagi demi beribadah kepada Allah
viii. Mencapai kesempurnaan dalam ibadat wajib yang pertama iaitu solat subuh.Kita dapat kemasjid dalamkeadaan yang tenang,solat tahiyatul masjid,solat sunat sebelum subuh dan dapat meraih takbir pertama bersama imam.
ix. Menyusuli selepas subuh yang dengan amalan zikir memuji Allah rabulalamin sehingga terbit matahari.Memanfaat kuliah subuh,taalim sebagai peringatan awal sebelum memulakan kerja-kerja seharian yang menjanjikan pulangan pahala yang banyak jika diniatkan kerana Allah dan mengikut landasan yang ditentukan oleh syarak.
Sesungguhnya generasi terawal di bawah pimpinan rasulullah sentiasa merebut peluang yang banyak dengan bangun awal sebelum subuh.Tidak hairanlah kalau diawal risalah islam ,Allah telah mewajibkan Nabi dan para sahabat bangun di awal pagi sebagai usaha membina generasi harapan yang bakal memipin umah dengan cahaya nur islam.Diantara amalan salafussoleh yang patut di teruskan oleh generasi hari ini seperti di bawah :
1. Nabi Muhammad s.a.w memanfaatkan waktu sebelum subuh dengan bangun untuk berqiamulalil setiap malam.Baginda sentiasa istiqamah dalam beribadat hingga bengkak kaki kerana lamanya berdiri kerana beribadat kepada Allah.Nabi juga akan memastikan semua ahli keluarga termasuk anak menantunya bangun sebelum subuh untuk meraih keberkatan dan kemulaiaan.
2. Seorang alim yang terkenal ,Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah diriwayatkan sentiasa bangun sebelum subuh untuk beribadat dan berada di atas tikar selepas solat subuh sambil berzikir sehingga terbit matahari dan diteruskakan dengan solat sunat dhuha.
TIP-TIP UNTUK BANGUN SEAWAL PAGI.
Mari kita cuba tip di bawah insyaalah membantu dan memudahkan kita untuk bangun seawal pagi demi meraih keberkatannya.Antaranya ialah :
1. Amalkan tidur awal dengan berbaring dan berselimut sambil membaca bacaan ringan atau pun berzikir dengan bertahmid,bertakbir dan bertasbih kepada Allah .
2. Elakan menoton television didalam bilik tidur dan berhenti melayari internet seawal jam 11.00 malam agar anda tidak terus larut hingga seawall pagi.
3. Hindari amalan meminum minuman yang dikenalpasti mempunyai banyak kafein sepertimana gesaan yang dibuat oleh Imam Hassan Al-Banna agar menjauhi minum kopi dan teh.
4. Elakan dari makan makanan yang berat serta banyak lemak.Amalkan makan hidangan malam dengan mengambil sup, sayuran dan lain-lain yang kurang lemak.
Beberapa tip yang menjadi amalan seorang muslim seperti yang diajar oleh nabi kita antaranya ialah :
• Ikhlaskan niat untuk bangun awal pagi untuk bekerja. Bekerja juga dikira sebagai ibadah jika kita niatkan kerana Allah.
• Merasakan dalam dirinya tuntutan bangun awal kerana Allah s.w.t mengkehendakinya bangun awal untuk berqiamulail.
• Mengetahui Kelebihan Bangun Awal.
• Mengkaji cara hidup generasi as-salaf al-soleh yang sentiasa bangun awal.
• Membiasakan untuk tidur mengiring di atas sebelah kanan tubuh.
• Mengambil Wuduk sebelum tidur
• Masuk tidur awal.
• Membiasakan beramal dengan zikir, wirid dan doa sebelum tidur.
• Membiasakan untuk tidur sebentar pada waktu tengahari (sebelum zohor) yang dinamakan tidur Qailullah untuk mendapatkan kekuatan bangun awal.
• Mengurangkan makan berlebihan.
• Bermujahadah iaitu melawan hawa nafsu yang ingin tidur berlebihan.
• Menjauhi Maksiat kepada Allah s.w.t
• Menghukum diri dan memuhasabahnya jika ia cenderung untuk tidur berlebihan.
**sumbangan Ustaz Abdul Rahim (ustazrahimsudin.blogspot.com)

Sunday, September 14, 2014

Maafkan Aku Ratu Rimba Niagara

Tuesday, 5 November 2013

AKU MENULIS KERANA MAHU REDHA ALLAH BUKAN SANJUNGAN MANUSIA


AKU MENULIS KERANA MAHU REDHA ALLAH BUKAN SANJUNGAN MANUSIA

AKU MENULIS BUKAN KERANA MANUSIA

Norzaman Nordin Berita ini belum sahih. Saya juga cadang remove dari group ini. Maaf. Mari kita fokus kepada matkamat group.

AKU MENULIS KERANA MAHU REDHA ALLAH BUKAN SANJUNGAN MANUSIA

Apakah yang membuatkan kamu sakit hati?
sehingga kamu mahu remove aku dari grup ini...
adakah kamu admin di grup Jom Belajar Al-Quran dan Sembahyang?
apa yang kamu belajar Al-Quran dan apa yang kamu belajar sembahyang?
bukankah kita sama belajar Al-Quran dan belajar sembahyang
apa yang kamu faham makna belajar?
apa bezanya belajar di internet dan belajar berguru
sekarang kita sama-sama belajar di internet bukan guru
makanya kita saling belajar
dan aku pasti guru di grup ini adalah admin yang menubuhkan grup ini makanya jika guru di grup ini juga tidak suka akan karya-karya aku seperti kamu silalah remove aku...sebab kita sama-sama tak mahu belajar...
barangkali aku tidak sesuai menjadi pelajar di grup ini
kerana grup ini semuanya bijak pandai agama yang warak
ilmunya terlalu tinggi sehingga aku yang bodoh (begok) tak sesuai ada di si grup ini...
silakan remove aku...aku menunggu
biarlah aku diremovekan di grup ini
asalkan aku tidak diremovekan dari Syurga

sebelum aku diremovekan dari grup ini
aku sendiri aku removekan diri aku dari grup ini
lagi pun aku di jemput menjadi grup ini tanpa izinku
tapi bila mengenangkan grup ini
bersangkut paut dengan ilmu akhirat yang kuminati
makanya aku suka sangat
aku pasti semua ahli grup di sini
berhati semurni Syurga
kerana minat belajar Al-Quran dan Sembahyang
orang Al-Quran orang sembahyang
tak akan ada dengki khianat
dan cemburu pada semua orang
aku menulis ini adalah ilham dari Tuhan
tak akan lah dengan Tuhan pun nak cemburu
Allah yang Kurniakan aku ilham
Allah yang Kurniakan aku bakat menulis
Jadi tanda aku bersyukur kepada Tuhan aku menulis
tujuan aku menulis untuk muhasabah diriku sendiri
muhasabah diriku kukongsilah bersama dengan rakan fb dan rakan grupku ...salah ke?
aku ini pula tak bakhil apa ilmu yang Allah berikan
dan tanggungjawab aku sebarkan ilmu yang Allah berikan
kalau engkau tak suka terpulanglah....
jangan baca...diam sajalah...ini tidak suruh remove
kejam kamu kan...
aku menulis tiada niatpun untuk menyakitkan hati sesiapa...
tapi kamu sakit hati...
pelikkan...
di alammaya ini siapa saja boleh berkarya...
tanya pada hati
nak tulis yang baik atau tidak
kalau nak tulis yang tak baik akan dipertanggungjawabkan
kerana ada malaikat yang mencatat apa yang ditulis
kalau nak tulis baik ..tulislah semahu kamu kerana setiap yang baik itu
datang-Nya dari Allah jangan ragu-ragu...
andainya apa yang ditulis itu tidak betul..sama-samalah diperbetulkan ..itulah barulah sama-sama belajar mahu jadi pandai...ini tidak suruh removekan saja...kejam....kejam...makanya sebelum diremove dari grup ini aku sendiri akan removekan diriku sendiri...
lagipun karya-karya ku di sini bukannya dapat sambutan disepikan seakan tidak wujud karyaku bersiaran karya....

mana-mana rakan fb dan grup aku bersiaran karya secara percuma, aku menulis bukan kerana manusia kalau kerana manusia aku pasti tidak akan berkongsi/berbagi karyaku dengan orang lain baiklah aku buat koleksi galeri sasteraku sendiri...
sebab itu mana-mana rakan fbku yang pelit sangat dengan like dan komentar aku removekan saja kerana bagiku rakan fbku adalah pejuang sasteraku tapi di grup aku tak kisah jika karya sasteraku tidak di like atau dikomentar. Walaupun rakan fbku telah kuremove kerana mereka pelit like dan komentar tapi tiada niat aku memutuskan silaturrahim...rakan fbku adalah mereka yang akan merealitikan sasteraku jika niat mereka berkawan denganku tidak niat merealitikan sasteraku jauh sekali nak like dan komentar makanya aku terpaksa undur diri sebab mereka pelit atau mereka sudah faham mereka sendiri yang undur diri begitulah serius aku pada sasteraku...makanya grup yang aku sertai meremovekan aku dari grup....silalah removekan aku...namun percayalah biar terluka macam manapun saya akan memaafkan dan sudilah memaafkan saya juga kerana saya terlalu takut dengan azab api neraka atas pembalasan dari Tuhan kerana suka menyakiti hati saudara seislam saya.

YA ALLAH AMPUNKAN AKU AMPUNKAN SAUDARA SEISLAMKU.
KAMI KAU TEMUKAN DI ALAMMAYA
KAMI KAU TAK TEMUKAN DI ALAM REALITI
TAPI KUMOHON KAU TEMUKAN AKU DI SYURGA FIRDAUSI
AGAR KAMI DAPAT MENYAMBUNGKAN SILATURRAHIM INI
AGAR KAMI SALING MEMBAHAGIAKAN DI SYURGA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

'SALAM MAAL HIJRAH 1435H'
'MAAF ZAHIR BATHIN ANDAI KHILAFKU BERTAHTA DI HATIMU'

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

Ratu Rimba Niagara
Rakan Grup , "JOM BELAJAR AL-QURAN DAN SEMBAHYANG'
HALALKAN SEGALA PENGKONGSIAN ILMU SEPANJANG SAYA MENJADI AHLI GRUP INI
TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYIARKAN ILMU-ILMU ALLAH DI GRUP INI
KITA TETAP BERSAHABAT TETAP SAUDARA SEISLAM WALAUPUN SAYA TIDAK LAGI
MENJADI AHLI GRUP INI
MOGA GRUP INI SUKSES DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
2 Muharram 1435H
6 November 2013H

Thursday, August 14, 2014

About Minda Bistari

About me

LocationSuatu tempat di Kuala Lumpur, Semestinya di Wilayah Persekutuan, Malaysia
IntroductionMengenai Diri Saya Saya seorang Lelaki Dulu semasa saya dilahirkan saya tidak tahu apa-apa. Yang saya tahu hanyalah menangis dan menangis. Kemudian secara beransur-ansur barulah saya pandai menyusu, buang air dan tidur. Menjelang usia 11 bulan, saya sudah pandai berjalan dan berkata-kata, Bagaimana pun apa yang saya ucapkan orang lain tidak tahu. Hanya saya yang tau. Allah memanglah tahu. Maksud saya makhluk lain memang tak tau apa yang saya cakap. Pun begitu, saya lihat manusia disekeliling saya pura-pura macam mereka tahu apa yang saya ucapkan. Saya senyum saja sebab apa yang saya maksudkan bukan seperti apa yang mereka faham. Sebenarnya saya tak tau siapa disekeliling saya tetapi saya selesa dengan orang yang biasa saya tengok hari-hari. Yang paling kerap saya tengok ialah seorang yang berambut panjang tiada misai dan seorang yang berambut pendek dan ada misai. Eh tau pulak saya yang itu misai. Macam mana saya tau ha?

Terima Kasih PM

Namazron Nidron yang dikasihi,

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, walaupun ketika negara sedang berdukacita akibat dua tragedi penerbangan yang melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17. Dugaan yang kita hadapi ini adalah ujian dari Allah SWT, dan kita sebagai hamba-hambaNya harus kekal istiqamah dan tabah.

Secara lazimnya, saya bersama-sama dengan para anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri pada hari raya pertama di Seri Perdana.

Walaubagaimanapun, bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 dan mangsa-mangsa MH370 yang masih belum ditemui, kami telah memutuskan untuk membatalkan majlis tersebut tahun ini. Majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pekan, Pahang akan diteruskan seperti biasa pada 23 Ogos 2014.

Dalam kita mengenang mereka yang sudah pergi serta saudara-mara seagama yang sedang dibelenggu sengsara peperangan, kita perlu ingat bahawa umat Islam adalah disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan setelah mengatasi dugaan dan cabaran dalam menjalankan ibadat puasa.



Oleh yang demikian, pada Syawal ini, saya akan menghabiskan masa sepenuhnya bersama isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Inilah masanya untuk kita tumpukan masa dan kasih sayang kepada kaum keluarga dan mereka yang terdekat pada kita, selagi Allah mengizinkan.

Dalam bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kirimkanlah doa kepada mereka yang sedang menghadapi pelbagai dugaan besar, di dalam mahupun di luar negara.

Ingatlah juga kepada pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas di Aidilfitri ini, khususnya anggota-anggota ESSCOM yang menghadapi risiko setiap masa di timur Sabah demi menjamin keselamatan negara.

Tradisi-tradisi yang selama ini menyatupadukan kita haruslah dikekalkan agar hubungan silaturrahim antara kita sentiasa rapat dan utuh. Teruskan adat kunjung-mengunjungi sesama kaum. Bukalah pintu hati dan pintu rumah kita dengan penuh keikhlasan.

Kekalkanlah semangat perpaduan dan pemuafakatan sesama kita dalam semangat 1Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda dan keluarga. Maaf zahir dan batin.

Najib Razak

Tuesday, July 15, 2014

Kekejaman Israel Tiada Kesudahan

Lihat link2 di bawah

http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/1.604898

http://www.i24news.tv/en/tv/live

http://electronicintifada.net/diaries

"Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu, "Kamu pasti akan berbuat kerosakan di bumi ini 2 kali, dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar."
Rujuk Surah Al-Israk ayat 4. Baca ayat-ayat seterusnya dalam Al-Quran.




Friday, May 23, 2014

Barisan Penyokong Group "Bangun Sebelum Subuh"


Gunakan inovasi bagi mengatasi kekurangan lot parking di Putrajaya

Beberapa inovasi perlu dipraktikkan bagi mengatasi kekurangan lot parking di Putrajaya. Di antaranya
1) Bina lebih banyak lot parking bertingkat
2) Gantikan Landskap Bunga dengan Landskap Kereta (design lot parking secara menarik menggantikan bunga)
3) Ruang pejalan kaki dikecilkan supaya lebih banyak lot parking dapat diwujudkan
4) dan banyak lagi...



Wednesday, January 1, 2014

JADUAN PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2014



JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)
BULANTARIKHKETERANGAN
Januari23 Januari 2014
Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014
Februari25 Februari 2014
Selasa
Mac25 Mac 2014
Selasa
April24 April 2014
Khamis
Mei22 Mei 2014
Khamis
Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014
Jun25 Jun 2014
Rabu
Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014
Julai22 Julai 2014
Selasa
Hari Raya Puasa
28 – 29 Julai 2014
Ogos25 Ogos 2014
Isnin
September25 September 2014
Khamis
Oktober16 Oktober 2014
Khamis
Deepavali
23 Oktober 2014
November25 November 2014
Selasa
Disember18 Disember 2014
Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2014

 



Sumber: Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014 http://www.hootoh.my/2013/11/jadual-tarikh-pembayaran-gaji.html#ixzz2pD4DYPtf
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook