Wednesday, October 30, 2013

Macam2: Samun transformer TNB: 2 treler dirampas, 17 ditahan -sumber utusan online

Samun transformer TNB: 2 treler dirampas, 17 ditahan

SHAH ALAM 30 Okt. - Polis menahan 17 lelaki termasuk sembilan warga asing dipercayai terlibat dalam kes samun 15 buah transformer milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan dua buah treler dari gudang sebuah firma logistik di Teluk Gong, Klang dekat di sini semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, seorang daripada mereka ditahan selepas polis menerima laporan daripada pengadu pada pukul 6.30 pagi, di gudang syarikat berkenaan di Jalan Ikan Bawal, Telok Gong kira-kira 12 jam kemudian.
Beliau berkata, tangkapan pertama diketuai Asisten Supritendan Mohd. Ghazali Abdul Jal itu melibatkan orang dalam syarikat iaitu pemandu kenderaan pacuan empat roda berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
"Susulan tangkapan itu polis menyerbu sebuah gudang di Pulau Meranti, Puchong pada hari yang sama dan menahan 16 lelaki dipercayai pekerja gudang tersebut.
"Ketika diserbu kesemua mereka sedang meleraikan komponen yang dicuri. Mereka yang ditahan merupakan warga tempatan dan asing berusia antara 18 hingga 57 tahun iaitu lapan lelaki tempatan, tiga lelaki warga India, warga Sri Lanka (lima) dan seorang Pakistan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131030/je_14/Samun-transformer-TNB-2-treler-dirampas-17-ditahan#ixzz2jDqMP6kb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SURIA SHARIFF

"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintanNYA), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai."
AlQuran, Al-A'raaf (7) : 205
"And do thou (O reader) Bring thy Lord to remembrance in thy (very) soul, with humality and in revernce, without loudness in words, in the mornings and evenings; and be not thou of those who are unheedful."

Saturday, October 26, 2013

JOM BANGUN SEBELUM SUBUH.....DAFTARLAH JADI AHLI GROUP

Intisari kutbah hari ini. Menyebar gambar2 dalam media sosial yg boleh memberi aib kepada keluarga mangsa adalah satu perbuatan yang tidak baik. Contohnya menyebar gambar mangsa yang berlumuran darah sedang mangsa pun telah meninggal dunia akan menyebabkan kelurga bertambah sedih. Sepatutnya kita jangan sebarkan gambar tetapi beri ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan doakan semoga mangsa ditempatkan dikalangan orang2 yg diredhai Allah.

Sekarang seolah2 ada fenomena dimana penyebar berbangga dapat menjadi orang pertama sebar gambar sedih dan ramai pula yg likes gambar tersebut.

  • "Wahai orang2 yg beriman! Bertakwalah kepafa Allah dan carilah washilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung." Surah Al-Maidah ayat 35.
    Semoga kita menjadi orang yang menSyukuri segala nikmat kurniaanNYA, berSabar dengan segala ujianNYA dan Redha dengan segala ketentuanNYA....


Saturday, October 19, 2013

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

  • RECENT POSTS
  • KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
    Surah Al-Baqarah ayat 216“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

    La tahzan..
    Like ·  · Unfollow Post · 6 hours ago via Mobile