Sunday, June 30, 2013
Ya Allah jadikan umat-umat Islam umat yang kuat
Umat Islam sepatutnya umat yang paling kuat di muka bumi Allah ini. Sebaliknya ia tidak berlaku sekarang ini disebabkan orang Islam tidak mengikut ajaran Islam yang telah digariskan di dalam AlQuran dan Hadis. Muhasabahlah diri kita supaya setiap individu mematuhi apa yang telah digariskan dalam AlQuran dan Hadis.
Wednesday, June 26, 2013
Jerebu
Jerebu
Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Jerebu melitupi Masjid
Faisal di Islamabad.
Jerebu adalah satu fenomena
tradisi atmosfera di
mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan
langit. [1] Kod
panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological
Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori
kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk ,
pasir dan salji. [2] Fenomena
ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering.
Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi
pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga
dikenali sebagai asbut.
Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu
lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka
serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang
yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan
kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala
kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai
satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap.
Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan
untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali
sebagai "jerebu basah."
Di Amerika Syarikat dan di tempat lain,
istilah "jerebu" dalam kesusasteraan meteorologi umumnya digunakan
untuk mewakili aerosol jenis basah yang mengurangkan-penglihatan. Aerosol
seperti itu biasanya timbul hasil daripada tindak balas kimia yang kompleks
yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran
ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan
kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. Satu
komponen halus aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya dari bahan yang
dikeluarkan oleh pokok, seperti terpenes . Bagi kesemua sebab-sebab ini, jerebu
basah cenderung untuk wujud kebanyakannya sebagai fenomena musim panas lembab.
Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-ribu kilometer mampu
terhasil dalam keadaan yang sesuai pada setiap musim panas.
Tuesday, June 25, 2013
Sally Yen .....mengukir nama dengan menghina
Abby Abadi Perjelas Dakwaan Sokong Individu Hina Islam, Sally Yen |
Tuesday, 25 June 2013 11:11 |
Agak lama juga kami tak highlight nama Abby Abadi. Tapi sejak semalam nampaknya Abby untuk sekian kalinya berjaya 'bikin panas' sekaligus menarik perhatian ramai. Bekas anggota kumpulan Elite yang kini aktif sebagai penceramah ini di dakwa telah menyokong individu bernama Sally Yen - wanita yang mengeluarkan kata-kata menghina agama Islam.
Bagaimanapun hari ini menerusi akaun Twitternya, Abby menulis beliau bukan berniat menyokong kata-kata Sally Yen. Sebaliknya menyeru pada semua terutama yang beragama Islam jangan cepat melatah dan marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Sally. Abby berpendapat menghina antara satu sama lain tidak akan menyelesaikan masalah. Kata beliau, seeloknya perbetulkan kesalahan diri masing-masing.
|
Terdahulu, menerusi akaun Twitter miliknya yang bertarih 24 Jun (semalam), Abby menulis,
Tulisannya itu mendapat kritikan dan menimbulkan kemarahan ramai kerana Abby seolah-olah menyokong kenyataan Sally Yen.
Subscribe to:
Posts (Atom)