Tuesday, April 30, 2013
KINI TAK RELEVAN LAGI
Itu dulu. Dulu memang relevan. Kini tidak lagi. Dulu lain sekarang lain. Dulu aku masih kecil. Kini aku sudah tua. Sebelum tua aku muda, waktu itu juga relevan. Kini tidak relevan lagi.Kenapa tak relevan? Soalan tu relevan. Jawapan yang diberi tak relevan. Baik click yes.
Sunday, April 28, 2013
MANISFESTO SUPERMIND@MINDABISTARI
Berikut adalah Manisfesto SuperMind@MindaBistari
- Memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar dari pra-sekolah hingga ke peringkat Ijazah Pertama yang belajar di Universiti-Universiti Milik Kerajaan termasuk yuran asrama percuma.
- Memberi pinjaman tanpa faedah kepada pelajar-pelajar yang belajar di pusat pengajian swasta.
- Menyediakan bas sekolah percuma di laluan-laluan tertentu.
- Mengenakan yuran bulanan kepada ibu/bapa yang mempunyai anak di Pusat Pemulihan Dadah, Pusat Pemulihan Akhlak dan di Penjara.
- Mewajibkan anak orang-orang Islam Qatam Quran sebelum masuk Tingkatan 1 Sekolah Kerajaan/Sekolah Swasta.
Itu je yang beza.....
Saturday, April 27, 2013
SEKIRANYA AKU ADA KUASA
Sekiranya aku ada kuasa aku akan jadualkan waktu kerja seperti berikut:
8.00pagi - 8.30pagi - Sarapan Pagi
8.30pagi - 12.45thari - Waktu Kerja
12.45 thari - 2.15 ptg - Makan Tengahari /Solat Zohor
2.15 ptg - 4.30 ptg - Waktu Kerja
4.30 ptg - 5.00 ptg - Rehat/Solat Asar
5.00 ptg - 5.30 ptg - Waktu Kerja
5.30 ptg - Pulang kerumah/riadah
Tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa KECUALI yang melibatkan nyawa atau benar2 urgent. Tujuannya ialah supaya kakitangan dapat balik awal ke rumah, beriradah atau menghadiri kelas2 agama atau mengajar anak-anak dalam pelajaran atau aktiviti kemasyakatan atau ke masjid/surau untuk berjemaah Maghrib dan Isyak.
Itu....tapi bila aku ada kuasa?
8.00pagi - 8.30pagi - Sarapan Pagi
8.30pagi - 12.45thari - Waktu Kerja
12.45 thari - 2.15 ptg - Makan Tengahari /Solat Zohor
4.30 ptg - 5.00 ptg - Rehat/Solat Asar
5.00 ptg - 5.30 ptg - Waktu Kerja
Tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa KECUALI yang melibatkan nyawa atau benar2 urgent. Tujuannya ialah supaya kakitangan dapat balik awal ke rumah, beriradah atau menghadiri kelas2 agama atau mengajar anak-anak dalam pelajaran atau aktiviti kemasyakatan atau ke masjid/surau untuk berjemaah Maghrib dan Isyak.
Itu....tapi bila aku ada kuasa?
Friday, April 26, 2013
SEKARANG RAMAI MATI DIBUNUH
Peniaga ikan masin disyaki mati dibunuh
by AMIR ANUAR. Posted on January 28, 2013, Monday
SEMPORNA: Seorang peniaga ikan masin disyaki mati dibunuh selepas pihak polis menemuinya dalam keadaan berlumuran darah serta terdapat kesan tetakan di bahagian tengkuk, muka dan lengan kanannya pada awal pagi Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Hj Mansor Sideh, 52, beralamat di Taman Megah Jaya, Tawau dan telah dikenalpasti oleh isterinya.
“Pihak polis menerima makluman awam sekitar jam 1 pagi berhubung kehadiran sebuah kenderaan yang diparkir di sebuah kebun kelapa sawit dan berada di belakang rumah pengadu di Kg Kuala Bibang (kira-kira 25 kilometer dari Pekan Semporna),” katanya.
Firdaus berkata, susulan daripada maklumat itu, pihak polis terus bergegas ke lokasi terbabit sebelum mendapati mangsa yang berada di kerusi pemandu kereta berkenaan telahpun meninggal dunia.
Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut pihak polis tidak menemui sebarang dompet ataupun dokumen pengenalan diri mangsa serta senjata yang disyaki digunakan hingga mengakibatkan kematian mangsa dalam insiden terbabit.
“Melalui semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki oleh mangsa, pihak polis telah dapat mengenalpasti identiti pemiliknya dan turut menghubungi isteri mangsa agar tampil membuat pengecaman mayat mangsa,” katanya di sini kelmarin.
Menurutnya, isteri mangsa mengesahkan bahawa lelaki terbabit adalah suaminya dan turut menyatakan kali terakhir mereka bersama adalah pada Jumaat lepas kira-kira jam 1 petang di Tawau sebelum mangsa bertolak ke Semporna atas urusan membeli rumpai laut.
Beliau berkata, pakar patologi dari Kota Kinabalu dijangka menjalankan bedah-siasat ke atas mayat mangsa pada Selasa (hari ini) dan siasatan terperinci di lokasi kejadian pula dikendalikan oleh pasukan forensik dari Kepayan.
“Sehubungan itu, kita juga menyeru orang ramai ataupun saksi kejadian yang mengetahui tentang hal ini agar menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis ataupun menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Zairolnizal Ishak di 089-781222,” katanya.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/01/28/peniaga-ikan-masin-disyaki-mati-dibunuh/#ixzz2RaOV8Bai
BUDAK 5 TAHUN MATI DIBUNUH SELEPAS EJEKAN 'GILA' #MENYAYATHATI
23:35 No comments
Melayukini.net – Kejam! Budak 5 Tahun Dipukul Hingga Mati Hanya Kerana Ejekan Gila | Namapun budak 5 tahun, tetapi sudah diperlakukan dengan kejam. Bukankah kanak-kanak itu harus disayangi, dan jika salah harus diteguri. Mereka masih lagi insan kecil yang sedang belajar tentang erti kehidupan.
Satu kes yang menyayat hatimelibatkan seorang kanak-kanak lelaki warga Kemboja berusia lima tahun yang mana ditemui mati dalam bungkusan kain yang ditutup dengan daun-daun di bawah sebatang pokok sukun yang dikelilingi semak di Jalan Bawal, Off Jalan Sungai Udang, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop berkata, mayat Sy Rasikin Sy Ismail dengan kesan lebam di muka dan kuku pada leher kanannya, ditemui bapanya, Set El It, 35, kira-kira 30 meter dari rumah mereka di kawasan itu pada 11.57 malam.
“Selepas dijumpai, mangsa dibawa ke sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini tetapi telah disahkan meninggal dunia.
“Ibu mangsa berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada kira-kira 6 petang semalam sebelum anaknya keluar seorang diri dan bermain di kawasan rumahnya,” katanya.
Mohamad berkata, susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga Kemboja berusia 19 dan 21 tahun, yang kedua-duanya bekerja sebagai tukang jahit.
Beliau berkata, seorang daripada suspek mengaku menampar mangsa kerana mendakwa mangsa mengejeknya ‘gila’.
Kedua-dua suspek kemudian membungkus mangsa ke dalam kain sebelum membuang mangsa di bawah pokok sukun itu, katanya.
“Suspek dibawa ke hospital untuk menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) DNA & toksikologi,” katanya.
Mohamad berkata, bedah siasat ke atas kanak-kanak itu menunjukkan beliau meninggal dunia akibat lemas.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.
Melayukini.net - Sungguh kejam suspek ini kerana sanggup membunuh seorang kanak-kanak kecil. Memanglah kita marah jika kanak-kanak tiba-tiba mengejek kita dengan perkataan gila. Namun, nama pun budak apalah salahnya jika ditegur ataupun dimarah sahaja. Ini sampai mahu berbunuh. Bukankah itu satu perkara yang berdosa. Semoga suspek dikenakan hukuman yang setimpal.

ARKIB : 16/01/2013
Penjaga stor ditemui mati dibunuh
KOTA SAMARAHAN 15 Jan. - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tertiarap di stor simpanan sebuah tapak pembinaan di Taman Samarindah di sini dipercayai dibunuh dalam kejadian samun.Mayat Tan Hong Pheng, 62, yang bertugas sebagai penjaga stor berkenaan ditemui penyelianya dengan kesan jerutan di leher serta cedera parah di kepala dan badan kira-kira pukul 7.25 pagi ini.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd. Ibrahim Jalaluddin, mangsa yang mengawal stor tersebut bersendirian dipercayai mati selepas dijerut menggunakan tali nilon.
Selain itu, kata beliau, kepala mangsa turut dipukul dengan objek tumpul serta dihentak ke dinding berulang kali.
"Berdasarkan keadaan mayat, polis percaya mangsa dibunuh antara pukul 1 hingga 2 pagi, iaitu semasa suspek cuba menyamun stor tersebut.
"Kita juga percaya berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek serta tidak menolak kemungkinan terdapat lebih daripada seorang suspek," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mohd. Ibrahim dalam pada itu berkata, selain peralatan pembinaan seperti besi cerucuk dan simen, barangan peribadi milik mangsa seperti dompet, televisyen serta beberapa peralatan elektrik lain turut disamun.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat," katanya.
Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana samun dan bunuh.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130116/je_05/Penjaga-stor-ditemui-mati-dibunuh#ixzz2RaPsDKEx
© Utusan Melayu (M) Bhd
PENGAWAL KESELAMATAN MATI DIBUNUH |
Written by Admin | |
Wednesday, 10 April 2013 13:58 | |
PERIKSA.....Jauteh (dua kanan) dan Chandra (kanan) memerhatikan pegawai polis melakukan pemeriksaan terhadap mayat mangsa yang ditemui terdampar berhampiran pantai Tanjung Lipat kelmarin.
Oleh : RUZAINI ZULKIFLI
KOTA KINABALU: Misteri seorang pengawal keselamatan yang hilang semalaman terjawab apabila mayatnya ditemui terdampar di pantai Tanjung Lipat, Likas pada pagi kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Faisal Amilusin, 44, difahamkan mati dengan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepalanya.
Penemuan mayat mangsa yang lengkap berpakaian dan terdampar di atas pasir pantai kira-kira jam 6 pagi itu turut mengejutkan orang ramai, terutamanya mereka yang sedang menjalankan aktiviti riadah di kawasan terbabit sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun menjelaskan bahawa hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kening serta dahinya dan dipercayai dipukul menggunakan benda keras.
“Kita dimaklumkan mengenai kejadian ini sebaik menerima maklumat daripada orang awam.
“Mayat mangsa yang dipercayai berkerja sebagai pengawal keselamatan telah ditemui terdampar di pantai dan hasil siasatan awal mendapati bahawa terdapat kecederaan di bahagian kepalanya, difahamkan dipukul menggunakan benda keras.
“Mayat mangsa juga telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat,” katanya yang berada di tempat kejadian bersama timbalannya, Supt M Chandra.
Jauteh berkata, hasil siasatan lanjut dan maklumat awam, polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di kawasan Likas kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin setelah disyaki terlibat dengan kejadian terbabit.
Beliau yang mengklasifikasikan kes terbabit berjaya diselesaikan dalam tempoh dua jam selepas penahanan suspek, turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil membantu siasatan pihak polis.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pengusaha restoran mati ditembak
20 April 2013
BUKIT MERTAJAM - Seorang pengusaha restoran warga Myanmar maut ditembak lewat hari ini ketika memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat Permatang Batu, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang Mazlan Kesah berkata mangsa Ang Kang Chang, 43, mengalami kecederaan parah selepas empat das tembakan yang dilepaskan suspek berkenaan mengenai pipi dan bahu kanan. Katanya, ketika kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa bersama isteri, 48, anak perempuan, 15, dan seorang pekerjanya, 28, sedang menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux dalam perjalanan ke Seberang Jaya untuk keluar makan. "Tiga orang lagi itu yang juga warga Myanmar tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut dan disahkan mati pada pukul 8 malam ini," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini malam ini. Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa dan keluarganya yang datang dari Permatang Rawa berhenti di lampu isyarat berkenaan sebelum seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta proton wira putih keluar dan menghampiri kenderaan Ang. "Menurut anggota keluarganya, mangsa menyedari sebuah proton wira berkenaan mengekorinya tetapi tidak mengsyaki apa-apa sehingga sampai di lampu isyarat terbabit. "Suspek terbabit keluar dari kereta dan menghampiri kenderaan mangsa, dia melepaskan tembakan dengan satu das mengenai pipi serta tiga lagi bahu kanan Ang," katanya. Mazlan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan perniagaan mangsa. Katanya polis sedang mengenal pasti suspek kejadian itu dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, anak mangsa yang enggan mendedahkan identitinya berkata ayahnya tidak mempunyai musuh. - Bernama Mati ditembak dalam Perdana
SEREMBAN – Seorang lelaki mati selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa, N. Ragunathan, 39, yang memandu kereta Proton Perdana maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke Seremban berhenti di tepi jalan berhampiran Ibu Pejabat JPJ negeri tetapi tidak diketahui tujuannya berhenti di situ.
Menurut beliau, kereta mangsa kemudian dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal sebelum pembonceng motosikal itu melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat.
“Semasa terkena tembakan, mangsa yang cedera parah cuba memandu kereta untuk melarikan diri tetapi tidak sampai 40 meter kenderaan dipandunya terbabas ke tepi jalan. Mangsa kemudian ditemui mati di tempat kejadian,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2RaRK6WcQ Hakcipta terpelihara |
ALFATIHAH! TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM MATI DITEMBAK!!!
- Datuk Shaharuddin Ibrahim (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Januari lalu. - Foto Kastam Kedah
- Datuk Shaharuddin Ibrahim
- Datuk Shaharuddin Ibrahim (kanan) ketika mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Januari lalu. - Foto Kastam Kedah
- KETUA Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah (dua dari kiri) semasa meninjau tempat kejadian kes tembak di Persimpangan Lebuh Wawasan, Putrajaya. - Foto NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.
Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.
“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini
ALFATIHAH! TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM MATI DITEMBAK!!!
Jumaat, 26 April 2013 0 comments
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Pencegahan meninggal pagi tadi ditembak 3 das tembakan di kepala di trafic light presint 8.. alfathehah
Berikut maklumat yang aloqlaloq dapat pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Berikut maklumat yang aloqlaloq dapat pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Thursday, April 25, 2013
INGAT PESANAN LUKMAN KEPADA ANAKNYA
(Lukman berkata),"Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit, atau di bumi, niscaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Mahahalus Maha teliti. Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara penting. Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah Lukman ayat 16 hingga 18)
Hai kawan2 tambahlah rakan2 anda dalam group http://www.facebook.com/groups/154659211257779/ . Kini ahli BSS baru 3,677. Harapan saya tahun ini bertambah dengan drastik, InsyaAllah . -admin
Hai kawan2 tambahlah rakan2 anda dalam group http://www.facebook.com/groups/154659211257779/ . Kini ahli BSS baru 3,677. Harapan saya tahun ini bertambah dengan drastik, InsyaAllah . -admin
Monday, April 22, 2013
15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
♥ Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
♥ Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam

RAMAI MANUSIA LALAI DAN LUPA SEBAB ITULAH FITNAH BERLELUASA
PERKATAAN BURUK
FITNAH SEX ROMPAKAN RAGUT JUDI CABUL ROGOL BUNUH CURI SIHIR MENGUMPAT KUTUK, BERZINA, ORAL SEX, TIPU, RASUAH, BOHONG, TUMBUK, TENDANG, PUKUL, TERAJANG, MENGINTAI, MENGGATAL, MENGGODA, MELACUR, JALANG, KULUM,
PERKATAAN BAIK
KERJASAMA BAIK PERSAHABATAN TOLONG-MENOLONG PEMURAH BANTUAN DERMA MEMBERI KASIH-SAYANG
BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

Sunday, April 21, 2013
MARILAH DENGAR KULIAH MAGHRIB DI SURAU ISLAHIAH ADDINIYAH TAMAN IBU KOTA, KUALA LUMPUR
HAMPIR SETIAP MALAM ADA KULIAH MAGHRIB DISURAU ISLAHIAH ADDINIYAH TAMAN IBU KOTA, KUALA LUMPUR.
JIKA TIADA>>>ANDA BOLEH PERGI KE MASJID AS SYAKIRIN, JALAN GOMBAK ATAU SURAU AL-FALAH, DANAU KOTA atau pun SURAU AL-AMIN, SETAPAK INDAH. SEMUA LOKASI YANG DISEBUT ITU DEKAT2 SAHAJA.
Di ANTARA USTAZ/USTAZAH YANG AKAN MEMBERI KULIAH IALAH
DR RUBIAH K. HAMZAH
UST SHAHRUL AZAM
UST ALIF MAHALI,
UST MOHD HADI HJ AHMAD TALHAH
DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
KAPTEN NORMAZLAN
UST MOHD AJIB ISMAIL
DATO NIZAM KAMARUZAMAN
UST MOHD ABDULLAH
DATUK KAMAL MUHAMAD
UST OTHMAN HASSAN
UST KAMARUDDIN ABDUL HAMID
UST ZAMRI ZAINAL ABIDIN
UST SHAHRUL AKHBAR NUKMAN
UST SHIHABUDIN ALANG MAT PIAH

Saturday, April 20, 2013
TEKNOLOGI MEMBUATKAN MANUSIA SEMAKIN LALAI
Dengan teknologi manusia akan lebih maju di dalam alam materialistik tetapi terlalu banyak dugaan untuk mendekatkan diri kepada Allah - Pencipta Segalanya.
SENARAI CALON LAYAK PRU13
SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING PARLIMEN BAGI NEGERI W.P. KUALA LUMPUR, 2013 UNTUK PARLIMEN DAN DUN LAIN SILA LAYARI http://resultpru13.spr.gov.my/module/penamaan/laporan/laporan_6/laporan_6.php | ||||
BAHAGIAN PILIHAN RAYA | NAMA PENUH | PARTI | STATUS |
P. 114 - KEPONG | ||||
1. YEE POH PING | BEBAS | LAYAK BERTANDING | ||
2. TAN SENG GIAW @ TAN CHUN TIN | DAP | LAYAK BERTANDING | ||
3. CHANDRAKUMANAN A/L ARUMUGAM | BN | LAYAK BERTANDING | ||
P. 115 - BATU | ||||
1. CHUA TIAN CHANG | PKR | LAYAK BERTANDING | ||
2. ATAN BIN JASIN | BEBAS | LAYAK BERTANDING | ||
3. HASHIM BIN ABDUL KARIM | BERJASA | LAYAK BERTANDING | ||
4. DOMINIC LAU HOE CHAI | BN | LAYAK BERTANDING | ||
5. NAZARIAH BINTI ABBAS | BEBAS | LAYAK BERTANDING | ||
P. 116 - WANGSA MAJU | ||||
1. MOHD SHAFEI BIN ABDULLAH | BN | LAYAK BERTANDING | ||
2. TAN KEE KWONG | PKR | LAYAK BERTANDING | ||
P. 117 - SEGAMBUT | ||||
1. LIM LIP ENG | DAP | LAYAK BERTANDING | ||
2. JAYANTHI DEVI A/P BALAGURU | BN | LAYAK BERTANDING | ||
P. 118 - SETIAWANGSA | ||||
1. AHMAD FAUZI BIN ZAHARI | BN | LAYAK BERTANDING | ||
2. IBRAHIM BIN YAACOB | PKR | LAYAK BERTANDING | ||
P. 119 - TITIWANGSA | ||||
1. JOHARI BIN ABDUL GHANI | BN | LAYAK BERTANDING | ||
2. AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAMI | PAS | LAYAK BERTANDING | ||
P. 120 - BUKIT BINTANG | ||||
1. GAN JOON ZIN | BN | LAYAK BERTANDING | ||
2. FONG KUI LUN | DAP | LAYAK BERTANDING | ||
P. 121 - LEMBAH PANTAI | ||||
1. NURUL IZZAH BINTI ANWAR | PKR | LAYAK BERTANDING | ||
2. RUSLI BIN BABA | BEBAS | LAYAK BERTANDING | ||
3. RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN | BN | LAYAK BERTANDING | ||
P. 122 - SEPUTEH | ||||
1. TERESA KOK SUH SIM | DAP | LAYAK BERTANDING | ||
2. WONG SIAW TING | BN | LAYAK BERTANDING | ||
P. 123 - CHERAS | ||||
1. TEOH CHEE HOOI | BN | LAYAK BERTANDING | ||
2. TAN KOK WAI | DAP | LAYAK BERTANDING | ||
P. 124 - BANDAR TUN RAZAK | ||||
1. MOHAMAD SUKERI BIN ABDUL SAMAT | BEBAS | LAYAK BERTANDING | ||
2. MOKHTAR BIN SALAHUDIN | BEBAS | LAYAK BERTANDING | ||
3. TAN KOK ENG | BN | LAYAK BERTANDING | ||
4. ABD KHALID BIN IBRAHIM | PKR | LAYAK BERTANDING | ||
JUMLAH KESELURUHAN | 29 | |||
20/04/2013 19:02:18 |
Monday, April 15, 2013
Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa Semasa Di Rumah
Anak merupakan penyambung zuriat bagi sesebuah keluarga. Anak yang mempunyai sikap dan penampilan yang positif seperti sopan-santun, mendengar kata dan tidak melawan perintah ibu bapa adalah anak yang baik san akan hidup bahagia selamanya, InsyaAllah. Sebaliknya anak yang menderhaka dan tidak mendengar kata ibu bapa akan merasakan hidupnya sentiasa diselubungi masalah dan malang, dengan izin Allah.
Jadilah anak-anak yang baik dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:
1) Apabila ibu memanggil anda, sahutlah dengan segera dan dengan nada yang rendah.
2) Apabila disuruh melakukan sesuatu pekerjaan, lakukan tanpa berlengah dan secepat yang mengkin.
3) Sekiranya menerima arahan daripada mereka, dengar dengan teliti.
4) Jika menerima teguran mengenai sesuatu kesalahan yang anda lakukan, terima dengan hati yang terbuka dan perbaiki kesalahan tersebut.
5) Anak-anak perlu memastikan keselesaan ibu bapa dalam sebarang keadaan.
6) Biasakan diri anda dengan menyapa ibu bapa pada setiap pagi seperti 'selamat sejahtera' atau 'Assalamualaikum' sebagai tanda hormat dan ingatan anda pada mereka.
7) Di waktu malam, pastikan anda memberi istirehat yang secukupnya kepada ibi bapa anda. Anda boleh membantu melakukan kerja rumah tanpa disuruh.
8) Jadikan amalan, apabila hendak keluar rumah, beritahu ibu bapa destinasi yang hendak dituju supaya tidak menimbulkan kerisauan dihati mereka.
dan banyak lagi...akan disambung kemudian.

Friday, April 12, 2013
VIDEO LUCAH - ORANG ISLAM YANG BERIMAN TAKKAN EDAR VIDEO LUCAH!
Wahai Sahabatku.
Pernahkah anda lihat video lucah?
Jika pernah, janganlah tengok lagi.
Pernahkah anda mengedar video lucah?
Jika pernah janganlah edar lagi.
Ini zaman pilihanraya tapi janganlah undang bahaya.
Dosa pahala wajib dikira, moga kita tidak ke neraka
Makan buahan dalam syurga mandi air telaga kautsar
Jaga diri Jaga Keluarga

Thursday, April 11, 2013
SENARAI CALON AHLI SYURGA
Assalamualakum,
Mahukah anda dicalonkan sebagai salah seorang daripada ahli-ahlu syurga?
Pastinya anda mahu. Jika anda tak mahu maka maknanya anda tidak normal.
Jadi bagaimanapula jika nak tahu calon syurga atau neraka?
Entah...aku pun taktau.

Wednesday, April 10, 2013
Kenapa Untuk Jadi Pemimpin Kita Perlu Gadai Ugama
Menjelang mana-mana pilihanraya pun, aktiviti kutuk mengutuk berleluasa berlaku. yang paling sedih ialah ada yang mempermain-mainkan aqidah. Ini yang menakutkan.
Wahai sahabat2 pembaca sekalian. Marilah kita mempertahankan hak kita. Apa hak kita?
Wahai sahabat2 pembaca sekalian. Marilah kita mempertahankan hak kita. Apa hak kita?
Monday, April 8, 2013
HATI-HATI Semasa BERBICARA
Wahai sahabatku.
Hati-hati ketika berbicara.
Hindari kata dusta.dosa pahala perlu dikira.
Ingat destinasi akhir kita
Sama ada syurga atau neraka
Wahai sahabatku.
Musim pilihanraya sudah tiba.
Tunaikan tanggungjawab dengan baik.
Peliharalah negara Peliharalah Iman
Jangan sampai terlajak kata.
Ketahuilah melampau-lampau Tuhan tak suka.
Ingatlah!
Tsunami boleh datang dan pergi Hanya sekelip mata.
Dengan IzinNya jua.
Friday, April 5, 2013
INGATAN KEPADA PENGUNDI
SALAM,
KEPADA SEMUA PENGUNDI,
SUASANA POLITIK HARI INI SANGAT MEMBIMBANGKAN KITA YANG INGIN MENJADI SEORANG HAMBA YANG DIKASIHI OLEH PENCIPTA ALAM.
JIKA KITA INGIN DICINTAI ALLAH, ALLAH MELARANG KITA MEMBUAT FITNAH, MENDENGAR FITNAH & BERSUBAHAT MENABUR FITNAH.
TETAPI BAGAIMANA KITA HENDAK LARI SUPAYA TIDAK MENDENGAR DAN MENYEBAR FITNAH SEDANGKAN FITNAH TERSEBUT BERLELUASA SEKARANG.
OLEH ITU MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDIDIK DIRI KITA SUPAYA TIDAK TERPEDAYA DENGAN FITNAH. MARILAH KITA BANGUN AWAL PAGI SEBELUM SUBUH DAN MENYERTAI KUMPULAN ORANG-ORANG YANG MENGAMALKAN BANGUN SEBELUM SUBUH.
WASSALAM

Thursday, April 4, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)