Saturday, November 26, 2011

Milik Allah apa yang di langit dan di bumi.

"Dan mereka berkata."Allah mempunyai anak." Mahasuci Allah, bahkan milik-Nyalah apa yang di langit dan di bumi. Semua tunduk kepadanya. (Allah) Pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya,'Jadilah', maka jadilah sesuatu itu."
(ayat 116-117 Surah Al-Baqarah)

"Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata,"Mengapa Allah tidak berbicara dengan kita atau datang tanda-tanda (kekuasaan-Nya) kepada kita?" Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah berkata seperti ucapan mereka itu. Hati mereka serupa. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang-orang yang yakin."
(ayat 118 Surah Al-Baqarah)

Asbabun Nuzul ayat 118
Ibnu 'Abbas memaparkan, bahawa atas ucapan Rafi' bin Huraimalah terhadap nabi:"Jika benar engkau adalah seorang utusan Allah, sampaikan kepada Allah, agar Dia berbicara kepada kami hingga kami mendengar kata-kata-Nya", Allah menurunkan ayat ini. (HR. Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim).

Sunday, November 20, 2011

Walaupun dikaunseling, 5 gadis Islam tetap sertai Miss Borneo 2011

Hari ini 20112011, Mingguan Malaysia memaparkan highlight Walaupun dikaunseling, 5 gadis Islam tetap sertai Miss Borneo 2011.

Tetapi di dalam minda saya lain pula yang terfikir.

Apa yang saya terlintas dalam minda saya ialah

Walaupun dah banyak ditegur, Akhbar Islam (Mingguan Malaysia) tetap memuatkan gambar-gambar seksi dalam akhbarnya. Termasuklah gambar 5 gadis Melayu Islam yang seksi tu ada dalam akhbarnya.

Kita tahu Akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia merupakan akhbar yang ramai orang Melayu Islam baca. Kenapa gambar-gambar perempuan yang mendedah aurat banyak di dada akhbar keluaran Utusan Melayu?

Frustrated

Saturday, November 19, 2011

Nama Haiwan Yang Tercatat Dalam ALQuran - tentu masing2 ada keistimewaan

NYAMUK, LEBAH, UNTA DAN LALAT

“Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang
lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahwa
perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan, “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?” Dengan perumpamaan itu banyak
orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.”(Al Baqarah, ayat 26)

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuatkan manusia,” kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl: 68-69)

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana dia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.” (QS. Al Ghasiyah: 17-21)

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (QS. Al Hajj: 73-74)

Sila rujuk http://al-muqorrobun.blogspot.com/2011/02/kehebatan-4-haiwan-yang-disebutkan.html

Thursday, November 17, 2011

Perkara Mudah Yang Boleh Kita Amalkan dan dapat bonus mudah

Jadikan amalan kita untuk kebaikan diri sendiri.

1. Ambillah wuduk sebelum tidur.
2. Duduklah di saf depan jika anda solat jemaah.
3. Lakukan Solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
4. Doakanlah sahabat2 dan saudara2 kita tanpa pengetahuannya.
5. Lawatlah sahabat2/saudara2/orang2 yang sakit.

Mudah kan? Lakukanlah sekarang.

Jika kita amalkan, malaikat akan berdoa untuk kita.

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1021/11-jenis-manusia-didoa-Malaikat-

Friday, November 11, 2011

TANDAS AWAM NAMPAK BERSIH TAPI KOTOR JIJIK EE GELI

Saya betul-betul geli apabila terserempak dan melihat sendiri seorang tukang cuci tandas awam (rasanya warga asing)menggunakan MOP yang sama untuk membersihkan mangkuk tandas, lantai, cawan tempat lelaki buang air kecil dan sink.

Ini berlaku pada 11.11.11 jam 11 malam di tandas lelaki di bangunan sport centre Tropicana golf and country resort di petaling jaya.


Disini saya ingin mencadangkan sesiapa yang menang kontrak mencuci bilik air supaya dapat memastikan pekerjanya tidak buat kerja di atas. Amalkan Etika Yang Baik.

Sunday, November 6, 2011

Peliharalah Hubungan Kekeluargaan

"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri) nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiak laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu." (ayat 1 surah an-Nisa')
-------------------------------------------------------------------------
Sempena Ibadah Korban ini, hubungan kekeluargaan akan dirapatkan semula. Oleh itu elok kunjung mengunjung sesama insan. Yang jauh didekatkan. Jemputlah mereka ke rumah untuk sama-sama makan daging korban.

Wednesday, November 2, 2011

Alhamdulillah Budaya Arak sudah lama tiada, TAPI...

Dengar kata masih ada lagi aktiviti atau majlis anjuran kelab tentera yang mensyaratkan mesti ada pasangan hadir sama ke majlis/aktiviti berkenaan. Sekiranya tiada pasangan individu tersebut akan diambil tindakan.

Akibatnya ada pegawai yang mencari-cari "pasangan sementara" di Kolej, Universiti atau pusat pengajian tinggi.

Jika ini masih berlaku, saya cadangkan supaya amalan tersebut dihentikan serta merta.

Mohon pihak bertanggungjawab menghentikan amalan tersebut sebagaimana (Alhamdulillah) budaya arak dapat dihapuskan di kem tentera sekarang.