Monday, May 30, 2011

JADUAL CERAMAH BULAN JUN 2011 - MADRASAH ISLAHIAH ADDINIYAH

MADRASAH ISLAHIHIAH ADDINIYAH TAMAN IBU KOTA, KUALA LUMPUR telah menyediakan jadual ceramah bagi bulan Jun 2011
5.6.11, ahad, kuliah subuh, ust kamaruddin abdul hamis, sirah umar masuk islam
5.6.11, ahad, kuliah maghrib, kapten normazlan, kelas al quran dan tajwid
6.6.11, isnin, kuliah maghrib, ust mohd abdullah, kuliah tauhid
7.6.11, selasa, kuliah maghrib, YBhg Datuk Kamal Muhamad, bicara solat
8.6.11, rabu, kuliah maghrib, Ybhg Dato' md daud che ngah, suasana di padang masyar
11.6.11,sabtu, program kaum ibu, ust othman hassan, kelas quran dan tajwid.
12.6.11, ahad, kuliah subuh, ust shahrul akbar nukman, mati sebelum mati
12.6.11, ahad, kuliah maghrib,kapten normazlan,kelas al-quran dan tajwid
15.6.11, rabu, kuliah maghrib, ust shihabuddin alang mat piah, hati yang bersih
19.6.11, ahad, kuliah subuh, ust mohd asri, tafsir al-quran
19.6.11, ahad, kuliah maghrib, kapten normazlan, kelas quran dan tajwid
22.6.11, rabu, kuliah maghrib, ust abdullah mahmood, akidah yang rosak
25.6.11, sabtu kuliah subuh, dr. zulkifli mohamad al bakri, tuntutan menuntut ilmu
25.6.11, sabtu, program kaum ibu, ust usman hassan, kelas quran dan tajwid kaum ibu
26.6.11, ahad, kuliah maghrib, kapten normazlan, kelas al quran dan tajwid
29.6.11, rabu, kuliah maghrib, ust wahidin sukarno, sampai bila mahu berubah

Tuesday, May 24, 2011

Setiap kejadian yang menimpa sekolah-sekolah Tahfiz ada mesej sebenarnya

Sekolah anak-anak yatim dan sekolah-sekolah tahfiz kerap berlaku kejadian-kejadian yang menyayat hati. Terbakar, runtuh, diterbang angin ribut dan terbaru ditimpa tanah runtuh. Sesungguhnya setiap kejadian ada mesej tersirat. Setelah 54 tahun merdeka, rupa-rupanya nasib anak-anak yatim dan pelajar-pelajar yang dahagakan kelas hafaz Quran masih belum terbela. Jika tiada kejadian2 tersebut, golongan tersebut akan terus terbiar. Oleh itu, marilah kita (yang ada kuasa) menaik taraf kelas-kelas sedemikian supaya setaraf dengan kemudahan yang ada di sekolah-sekolah lain.

Saturday, May 14, 2011

Artis Kita Makin Haprak? Terima Kasih Joyah

Saya berpeluang membaca Panas Seminggu Bersama Joyah dalam sisipan Utusan Malaysia. Di media arus perdana tersebut memaparkan pandangan Joyah bahawa artis kita makin Haprak dengan memaparkan bukti satu gambar yang menampakkan bahagian belakang seorang gadis.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyah di atas pendedahan ini. Tetapi saya tak berapa setuju dia sertakan juga gambar seksi tersebut. Saya juga dapati sisipan Utusan Malaysia banyak lagi menyiarkan gambar seksi. Mintalah kurangkan. Gambar Selebriti dengan tajuk Catatan seni Amanda bermula juga saya kira seksi sebab nampak sebahagian buah dadanya. Harap Pengarang Utusan Malaysia dan Editornya dapat mengeluarkan artikel dan berita dengan lebih berhati2. Saya bimbang, orang akan jadikan Utusan Malaysia sebagai satu media HIBURAN SEMATA-MATA.

Harap mendapat pertimbangan. Jadikan Media Malaysia Menggambarkan Malaysia Negara Islam.

Friday, May 13, 2011

BAHAYA MELINTAS DI JALAN GENTING KELANG SEBAB TIADA JEJANTAS

Jalan Genting Kelang (dari Balai Polis Setapak ke Kem Wardiebur Camp yang telah dinaik taraf dari selorong kepada 3 lorong sejak 2 tahun lalu mengundang bahaya kepada pejalan kaki yang hendak melintas jalan. Sepanjang jalan tersebut cuma ada 1 Jejantan. Setiap hari sya melalui jalan tersebut hati saya SERIAU melihat orang awam melintas jalan. Kalau ikut undang2, melintas tanpa menggunakan jejantas adalah salah tetapi cuba bayangkan kalau nak melintas di jejantas yang 200 meter jauhnya. Penduduk di kawasan tersebut sudah bertambah dengan pesat sekali. Mohon pihak DBKL membuat sesuatu. Bertindak segera sebelum lebih ramai nyawa yang melayang disebabkan kegagalan penguasa tempatan memantau keadaan ini.

Friday, May 6, 2011

Negara Yang Saya Cita-Citakan

Sekiranya saya ada kuasa untuk memberi nasihat, saya akan menasihatkan orang yang berkuasa di Malaysia supaya dapat memastikan perdagangan dan perniagaan di Malaysia adalah sihat iaitu:
1) tiada kedai menjual arak
2) tiada kedai judi
3) tiada rumah pelacuran
4) tiada disco yang ada perempuan dedah sana dedah sini
5) tiada kedai jual daging babi
6) tiada kedai juak rokok
7) hiburan di kurangkan 50% dari sekarang & Majlis ilmu ditambah 100%
8) Yuran pelajaran di universiti swasta diberi subsidi
9) Yuran pelajaran di universiti awam percuma
10) Penjara dan Serenti dikenakan yuran yang perlu dibayar oleh warisnya
11) Orang berzina di hukum sebat dan denda RM yang agak besar juga jumlahnya (tak kira ugama)
12) buang bayi dianggap membunuh dan di hukum mengikut hukuman bunuh.
13) bekerja hanya dari 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Sesiapa yang bekerja lebih masa, mesti didenda kerana gagal menjalankan tugas kemasyarakatan selepas waktu ofis.

dan lain-lain lagi

Monday, May 2, 2011

Bangun Sebelum Subuh


Sertailah kumpulan Bangun Sebelum Subuh. Ahli2 kumpulan ini akan berusaha dan mengamalkan bangun sebelum waktu subuh. Amalan bangun sebelum subuh dan mengerjakan solat subuh berjemaah adalah terbaik. Dengan menyertai kumpulan ini, tuan/puan akan dapat menyumbang idea dan nasihat untuk tatapan ahli-ahli lain. Selamat menjadi ahli atau likes. kunjungi
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_154659211257779