Monday, August 30, 2010

Kehadiran di Program Ceramah Ugama di Pejabat-pejabat Kerajaan

Saya banyak juga mengikuti ceramah-ceramah ugama atau program-program taklimat yang mengandungi cadangan-cadangan baik bagaiman untuk mengatasi masalah sosial yang melanda negara pada masa ini. Kebanyakan cadangan-cadangan dari penceramah tidak dapat dilaksanakan oleh orang-orang biasa tetapi boleh diimplementasi oleh orang-orang atasan dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Malangnya menurut kebanyak para penceramah, semasa beliau dijemput berceramah di agensi-agensi kerajaan, Yang Hadir hanyanya pegawai-pegawai sokongan. Kalau adapun pegawai kumpulan Pengurusan dan profesional hanyalah yang baru2 masuk kerja. Amat jarang sekali kehadiran Bos-Bos besar atau ketua-ketua jabatan. Sedangkan apa yang perlu dibuat ialah Kepimpinan melalui tauladan.

Ya! kenapa agaknya bila kita dah jadi orang besar susah nak dengar ceramah yang memperingati diri kita. Sampailah masanya pemimpin2 kita sesekali menjadi IMAM dan Bilal di surau-surau pejabat. Biar diikuti oleh anak buah. Itulah harapan penceramah2 ugama.

Gejala sosial anak-anak melayu Islam sudah jauh rosak berdasarkan bilangan paling ramai buang anak, di penjara, di pusat serenti dsbnya. Marilah kita bersama-sama mengambil semua hukum2 di dalam AlQuran untuk diambil mnenjadi undang-undang negara. InsyaAllah Allah akan membantu mengatasi masalah tersebut. Jadikan rakyat Malaysia Generasi AlQuran. Wassalam.

Sunday, August 29, 2010

Anugerah Allah Kepada HambaNya di Malam Syawal

Malam Syawal adalah malam keampunan di mana Allah akan memanggil semua malaikat berhimpun dan di situ Allah mengumumkan bahawa Allah mengampunkan dosa hamba2nya yang berpuasa. Bagaimanapun ada beberapa golongan yang tidak akan mendapat anugerah istimewa tersebut iaitu:

1. Orang yang mengamalkan perbuatan2 syirik,
2. Orang yang tetap melakukan dosa-dosa besar (berzina,berjudi,minum arak dll)
3. Orang yang durhaka kepada ibubapa & yang memutuskan siratulrahim.

Jadi hindarilah kita daripada menjadi orang yang tidak mendapat keampunan Allah. Oleh itu marilah kita menguatkan jatidiri kita dengan mengamalkan membaca AlQuran setiap hari dengan syarat kita beriman. Membaca AlQuran banyak fadilatnya walaupun kita tidak tahu maknanya.

Mula-mula kita wajib beriman kepada AlQuran. Maknanya kita percaya sungguh2 bahawa AlQuran itu dari Allah. Apa yang terkandung di dalamnya adalah benar. Apa sahaja arahan yang disruh buat adalah baik. Apa sahaja yang ditegah pastinya tidak baik. Allah, Tuhan kita. Dia lebih mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk bagi hambaNya.

Apabila kita sudah Beriman, Maka kita mesti belajar Membaca AlQuran. Lepas kita boleh baca, maka hendaklah kita cuba cari apa makna ayat-ayat Quran tersebut. Baca terjemahan dan tafsirannya. Cari guru yang boleh ajar. Lepas tu kita amalkannya. InsyaAllah kita akan dilindungi oleh Allah.

Thursday, August 26, 2010

Sakit Hati Aku

Saya sudah lama tidak melalui MRR2 dari Taman Melawati ke Genting Sempah melalui Taman Melati. Semalam (25.8.2010) saya lalu di laluan tersebut. Entah mengapa hati saya begitu sakit dan geram walaupun dalam bulan ramadhan. Saya sakit hati sebab terlihat hutan dan bukit di seberang Taman Melati (depan Leha Kelfood) telah disodok dan terang benderang jadinya. Kenapa jadi begitu? Nak buat bangunan lagi? nak buat apartment lagi? Tahukah wahai Manusia, sekarang ini banyak bangunan dan apartment tidak diduduki! Mengapa musnahkan alam sekitar sedangkan alternatif lain masih ada.

MAAF saya tengah geram...

Saturday, August 21, 2010

Koleksi Berita Buang Bayi

Sumber http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Koleksi Berita Buang Bayi (ke 23 pd 17/6/2010)
Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas

JOHOR BAHRU 22 Julai – Dari tong sampah ke semak sehinggalah dalam sungai, gejala buang bayi terus berlaku.

Terbaru pagi ini, seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg dekat tempat menunggu bas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini.

Seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi Jalan Persiaran Mutiara Emas di sini mengesyaki sesuatu apabila melihat beg itu bergerak-gerak lalu menghampirinya.

Menurut wanita berusia 57 tahun yang enggan dikenali itu, dia memberanikan diri membuka beg tersebut dan alangkah terkejutnya apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalamnya.

Bayi malang yang ditemui pukul 6.40 pagi itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, bayi itu berkulit cerah tetapi keturunannya masih belum dapat disahkan.

“Kita percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan awal pagi ini sebelum diletakkan dalam sebuah beg berhampiran hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 begin_of_the_skype_highlighting              07-2218999      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting 07-2218999 end_of_the_skype_highlighting bagi membantu siasatan.

Pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat membuang bayi tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun

(Lelaki Melayu 19 tahun & wanita Melayu 15 tahun).

Baca lanjut di http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Saturday, August 14, 2010

Bazar Ramadhan Vs Majlis Tadarus


Kejadian Ribut di Bazar Ramadhan di perkarangan Stadium Jasin harus menjadi iktibar dan peringatan kepada kita di Malaysia ini. Juadah untuk berbuka bukanlah persediaan yang utama untuk orang yang berpuasa. Sesungguhnya majlis tadarus disiang hari adalah lebih baik untuk persediaan kita untuk bertadarus Alquran pada malam selepas berbuka. Oleh itu marilah kita amalkan tiada bazar ramadhan pada bulan puasa sebaliknya hanya ada gerai2 makan biasa seperti hari-hari lainnya.

Sekiranya tiada banyak lauk pauk yang dijual sudah pasti orang akan beralih untuk berbuka dimasjid dan surau. Dan ramai pula orang yang berkemampuan untuk bersedekah juadah berbuka puasa. Marilah kita makmurkan berbuka puasa di masjid dan surau.

Bazar Ramadhan membuatkan ramai orang lalai berjual dan membeli menyebab tak sempat berbuka bersama keluarga atau masyarakat. MARI KITA MUHASABAH DARI KEJADIAN BURUK YANG BERLAKU.

Cantiknya Romadhon, sebab ramai manusia kembali kepada Fitrah Kejadian

Memang tidak dapat dinafikan ada di antara orang Islam yang tidak berubah sama ada di bulan Ramadhan atau bukan bulan ramadhan. Mereka merasakan tidak ada apa-apa yang istimewa. Tetapi rata-rata kebanyakan orang Islam lebih tenang dan tenteram di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan bulan tidak sibuk sebab itu ramai yang boleh datang berjemaah di surau dan masjid. Ramai juga yang ada masa untuk bertadarus. Kalau hari-hari biasa jemaah subuh dalam lingkungan 20 hingga 40 orang, pada bulan ramadhan ini jemaah subuh antara 100 hingga 120 orang iaitu peningkatan sebanyak 220%-300%. Jarang sekali orang bertadarus di luar bulan ramadhan.

Yang mengherankan para perokok boleh pulak berhenti hisap rokok selama 14 jam. Tetapi bila tiba waktu berbuka selera rokok kembali bertahta dihati. Nasi perkara ke 2 yang penting hisap rokok dulu. Wahai para perokok, bulan ramadhan adalah peluang bagi kita untuk berjihad. Tinggalkan rokok merupakan jihad hawa nafsu. kalau boleh berhenti, tuan memang hebat. hebat sebab Allah telah menjadikan anda berhenti. Maknanya Allah sayang pada tuan sebab usaha tuan sendiri. Segala-galanya dari hati dan keyakinan kepada Allah maka Allah pastinya akan tolong. Insya Allah.

Terus terang saya nyatakan di sini bahawa kita tidak perlu respect kepada seorang IMAM yang merokok. Macamana nak respect sebab kita sebenarnya boleh berhenti. caranya ialah jangan hisap Fullstop!

Saya juga nasihatkan kalau sesiapa nak merokok, janganlah merokok dalam keadaan memakai pakaian ala Islam seperti berjubah, berkopiah, bersongkok atau berbaju melayu. Jika tuan/puan merokok dalam keadaan begitu maka ia akan mencemarkan Islam.

Jangan buat noo.

Saturday, August 7, 2010

Simbolik Doa Makan


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.

Kalau kita perhatikan ayat doa makan kita akan rasa pelik mengapa makan dikaitkan dengan neraka.

Sebelum kita makan, kita berharap agar tenaga atau kekuatan yang kita perolehi dari makanan yang kita makan sebentar nanti hendaknya janganlah digunakan untuk melakukan dosa kepada Allah sehingga menjerumus kita ke neraka. Cantikkan ayat ini?

Friday, August 6, 2010

Talian 24434

Setiap hari kita wajib mendail nombor Dua Empat Empat Tiga Empat (24434)untuk berhubung terus dengan Pencipta kita yakni Allah swt. Subuh 2, Zohor 4, Asar 4, maghrib 3 dan Isyak 4. Selain talian tetap 24434, kita juga digalakkan mendail nombor2 lain sama ada 2, 8, atau 20.

Tuesday, August 3, 2010

Sebelum Masuk waktu Subuh adalah waktu sesuai untuk baca AlQuran

Membaca AlQuran perlu dilakukan setiap hari. Waktu yang paling sesuai untuk membaca AlQuran ialah sebelum masuk waktu subuh. Kalau dapat baca 2 muka surat adalah memadai tetapi hendaklah berterusan. Cuba amalkan mulai sekarang.

Sekarang kita sudah hampir Ramadhan, jadi eloklah kita amalkan bangun awal pagi sebelum subuh, mandi, solat sunat tahajud dan terus baca AlQuran. Kalau boleh bacalah dengan terjemahannya sekali. Bila masuk waktu subuh, pergilah berjemaah di masjid/surau berhampiran.

Selamat mengamalkannya.