Saturday, May 29, 2010

JEM DI HUJUNG MINGGU DI CAMERON HIGHLAND

Kesesakan lalu lintas di Cameron Highland perlu di atasi segera kerana ia akan menrugikan masa kunjungan pelancong. Buat apa melancong jika berada di dalam bas pelancong 2 jam sebelum sampai ke destinasi yang nak dilawati. Saya kesihan tengok para pelajar sekolah yang ikut lawatan sekolah. Rancang nak pergi 4 tempat, yang sempat hanya 2 tempat sebab JEM. Saya syorkan kalau pihak sekolah nak buat lawatan/rombongan- BUAT WAKTU SEKOLAH iaitu BUKAN di hujung minggu. Gantikan 2 atau 3 hari sekolah tu di hujung minggu pulak. Barulah budak2 selesa. HARAP CADANGAN INI DITERIMA 100%. oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Friday, May 28, 2010

Kenapa Ramai Yang Nak Kaya Cepat Dengan Meminta-minta?

Minta derma banyak caranya. Sekarang ini banyak skim Kutu Online. Ramai yang terlibat baik pelajar atau yang dah pencen. Macam-maca iklan "Labur RM20 dapat RM100 sehari", "Modal RM30 dapat 23,000,000 juta" dan sebagainya. Kalau kita lihat caranya sama iaitu konsep lama dimodenkan. Dulu Surat Berantai, guna wang pos Sekarang guna kemudahan Internet.

Pada pandangan saya, walau apa pun kaedah yang digunakan. Itu bukan perniagaan. Ia adalah meminta-minta. Sebagai contoh jika kita ada rakan Facebook seramai 100 orang. kalau kita minta RM20 seorang sudah pastilah kita dapat RM2000. Kalau ramai yang join katakan 1000 orang maka kita akan dapat 20,000. Itu kalau 1 layer. Kalau 3 layer?

Tetapi, cara dapat duit macam itu, pada pandangan saya ialah Anda sebenarnya berhutang dengan yang memberi dan anda pula mengharapkan orang lain yang bayar hutang anda kepada orang itu. A beri RM20 kepada B. Tapi Si B pula beri RM20 kepada C. Si B ini lupa yang dia telah hutang dengan A. si B tiada niat langsung nak bayar hutang si A. Dia hanya harap orang lain yang bagi duit RM20 tu kepada A.

Jika tak faham cubalah kaji SKIM seumpamanya di Internet. Berselindung di sebalik perniagaan di Internet.

Wahai muslimin dan muslimat jangan terlibat dengan cara kaya cepat macam tu. "Kaya yang tak membawa berkat" buat apa!. Baik anda buat perniagaan sebenar. Banyak lagi tanah yang terbiar. Usahakan dan suburkan tanah di bumi Allah ini dengan tumbuhan yang memberi manfaat kepada Ummah.

Kalau anda asyik tunggu duit orang masukkan ke dalam bank anda kemudian dengan duit itu anda akan beri pula kepada orang-orang seperti anda (yang sama-sama nak kaya cepat) Apa akan jadi generasi akan datang? Pasti Ada Yang Teraniaya.

Kagum dengan Kegigihan Kaum Cina Di Cameron Highland

Peluang Bercuti di Hari Wesak saya habiskan dengan melawat Cameron Highland. Di sini saya amat kagum dengan kaun Cina yang membuat pekerjaan yang baik iaitu memakmurkan tanah. Pada pandangan saya usaha yang dibuat bukan merosakkan tanah sebab mereka meneres bukit untuk menanam sayur, bunga dan ladang teh. Semuanya itu untuk kegunaan manusia sejagat. Jika mereka merosakkan bukit kerana buat bangunan dan apartment saya tak setuju. Saya membayangkan jika tanah tersebut terbiar sebagai hutan, itu lagi rugi.

Cuma saya nak ingatkan pengusaha-pengusaha kebun di Cameron Highland supaya berusaha mengekalkan kesuburan tanah dengan tumbuh-tumbuhan BUKAN dengan BANGUNAN atau LOT-LOT BANGLO MEWAH sehingga merosakkan tanah tinggi.

Thursday, May 27, 2010

Dari Tiada Kepada Ada - Indahnya Ciptaan Tuhan

Tuhan menciptakan bahan Asas - Sumber Asli seperti Minyak, Tanah, Air, Batu, Besi, Emas, Pokok, Buah-buahan, Manusia, haiwan dan sebagainya. Dari bahan asas tersebut manusia menghasilkan produk-produk baru seperti rumah, kereta, kapalterbang, air fresh oren, air limau, kolam mandi, kerusi, meja. Dulu produk-produk2 tu tiada. Sekarang dah ada. Dan akan bermacam2 lagi akan muncul dari semasa ke semasa.

Tetapi produk2 yang manusia cipta ini sebenarnya adalah gabungan dari sumber-sumber asli yang sememangnya manusia tak boleh (tak pandai) buat. Begitulah indahnya ciptaan TUHAN.

Lalu mengapa kita masih mengingkari Kebenaran dan Perintah Tuhan?

Marilah kita sama-sama berjalan di muka bumi dan perhatikan kejadian Illahi.

Tahukah Anda Siapakah Makhluk Bergerak yang Bernyawa Yang Paling Buruk di sisi Allah?

Rujuk Surah Al-Anfal ayat 22

(Terjemahan)
"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti."

Rujuk juga Surah Al-Anfal ayat 55

(Terjemahan)
"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah orang-orang kafir, kerana mereka tidak beriman."

-------------------------
Tambahan penulis berdasarkan dua ayat di atas "Orang kafir adalah sama dengan Orang yang tidak mendengar dan memahami kebenaran."

Wednesday, May 26, 2010

Nasihat kepada Remaja yang baru Melangkah ke Alam Pekerjaan

Sesiapa sahaja yang baru melangkah ke alam pekerjaan perlu membuat perkiraan dari awal bagi mengurus kewangan. Cuba usahakan menyimpan (menabung) walau sepuluh ringgit sebulan. Sebaik-baiknya kita berbelanja dalam lingkungan gaji yang kita perolehi. Hindari dari berhutang atau membuat pinjaman peribadi.

Jangan terlalu ghairah membeli kenderaan yang mahal. Belilah kenderaan yang kita berupaya untuk membayarnya dengan tidak membebankan. Handphone pula gunakan yang simple aje. Buat perkiraan juga terhadap sewa rumah. Daripada sewa lebih baik beli. Biarpun rumah flat atau rumah kos rendah asalkan kita mampu bayar. Kalau sewa rumah pun mahal juga maka lebih baik beli secara pinjaman bank.

Yang penting JIMAT bukan kelihatan smart tetapi serabut.

Latihlah diri mengurus kewangan dengan berkesan. "Tiada Hutang Fikiran Tenang."

Wallah Hu Alam

Tuesday, May 25, 2010

Belajarlah Membaca AlQuran Walaupun Usia Dah Lanjut

Saya difahamkan masih ramai yang dah berusia 50an tapi masih mengunjungi pub dan kelab malam. Saya juga rasa sedih melihat tidak ramai anak muda yang solat berjemaah di waktu subuh. Saya juga terkilan melihat ramai yang masih mencari rezeki walaupun dah pukul 12.00 malam hingga 4 pagi. Saya juga sedih semakin ramai orang merokok; dan masih ada lagi Imam, Bilal dan AJK surau MEROKOK.

Saya nasihatkan orang-orang yang lebih cenderung membuat perkara-perkara maksiat supaya berjinak-jinaklah membaca AlQuran. Baca terjemahannya sekali supaya kandungannya boleh dihayati.

AL-Fatir Ayat [29 ]

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
http;//www.alquran-melayu.com/35-fatir/

Monday, May 24, 2010

Tugas sebagai Penguatkuasa perlu kesabaran yang tinggi

Tugas sebagai seorang Pegawai Penguatkuasa memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak kuat Jati Diri, beliau sangat mudah terlibat dengan aktiviti rasuah atau salah guna kuasa. Sebagai contoh, pada musim perayaan siapa yang paling banyak bawa balik MERCUN?. Rampasan CD atau video CD adakah semuanya menjadi barang kes atau sebahagiannya diambil oleh seseorang yang tidak diketahui. Walau apa pun saya berharap jika anda seorang PENGUATKUASA, lakukanlah dengan teratur dan jujur.

Jika anda seorang yang mempunyai kuasa seperti pegawai penguatkuasa maka Bersolat dan bersududlah dan ingatlah ALLAH banyak-banyak. Zikir dan Zikri.

Sunday, May 23, 2010

Anjing adalah Perumpamaan bagi Orang-orang Yang mempermainkan Ayat-Ayat Allah

Perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.
Rujuk Surah AL-A'Raaf ayat 175-177

[175]
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
[176]
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
[177]
Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

Sifat-sifat penghuni neraka.

Rujuk Surah Al-A'Raaf Ayat 178-179

[178]
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
[179]
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

RUJUKAN PENUH SILA LAYARI http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Saturday, May 22, 2010

Berhentilah Merokok Sebab Ia Merosakkan Tubuh

Merokok adalah satu perbuatan yang boleh merosakkan semua yang berada di dalam tubuh manusia. Sebagaimana yang anda semua maklum, apa sahaja yang merosakkan diri kita merupakan perbuatan yang negatif. Oleh yang demikian, tindakan yang perlu disegerakan oleh anda yang merokok ialah menghentihan terus perbuatan tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa alasan-alasan yang sering didengar dari perokok ialah:
i) Alah.. aku hisap main-main aje.
ii) Aku tak boleh berhentilah sebab dah sebati dalam darahku
iii) Awak tak merokok boleh kata boleh berhenti, aku ni dari darjah 6 lagi dah merokok, macam mana nak berhenti
iv) Awak tak merokok pun tak kaya-kaya juga

dan macam-macam lagi

Hakikatnya itu cuma alasan kepada yang tidak mahu berhenti sahaja.

Formula untuk berhenti merokok

1. Bulatkan tekad bahawa merokok itu meracunkan diri sendiri
2. Saya sayangkan diri saya
3. Duit rokok boleh saya guna untuk derma
4. Saya tergolong dikalangan orang yang tidak merokok
5. Perokok adalah pelanggan utama tandas dan tempat buang sampah

Pembangunan Jasmani Mestilah Seiring Dengan Pembangunan Rohani

Saya terkejut mendengar berita guru mencabul murid tuisyennya. Ini semua akibat video seks yang bebas di Malaysia. TV, Internet, MMS, Telefon berkamera & mp3, majalah pula banyak menyiarkan perkara-perkara yang menaikkan nafsu seks. Pembangunan yang pesat dari segi material tanpa menekankan pembangunan rohani akan menjadikan manusia rakus dan syaitan mudah menggoda. Video Seks yang boleh diperolehi dengan mudah atau dengan download dari internet akan merosakkan pemikiran insan. Oleh itu hendaknya ada usaha untuk menghapuskan 99% bahan seks di Malaysia.

SPA, Salon Unisex, Pusat Urut yang tumbuh segar di Malaysia juga perlu dijadikan BARANG KAWALAN. Setiap hari dalam paper ada berita serbuan ke atas pusat-pusat sedemikian sebab banyak rakyat Malaysia yang bersahabat dengan Syaitan.

Guru dah tidak boleh dipercayai. Datuk pun dah tak boleh jaga cucu (bahaya), Anak perempuan dan anak lelaki pun tak leh rapat2.

Sesiapa yang baca blog ini hendaknya jadilah orang yang mematuhi apa yang disarankan oleh Al Quran dan Al Hadis. Banyakkan membaca AlQuran dan Baca Terjemahannya di pagi dan petang. InsyaAllah Allah akan melindungi kita dan orang2 yang disekeliling kita. Jangan lupa Solat Subuh berjemaah supaya kita menjadi salah seorang yang mengimarakkan Surau dan Masjid di tempat kita.

Thursday, May 20, 2010

YANG BAIK KITA IKUT YANG BURUK KITA TINGGALKAN

Jika Bos kita rela memberi sesi knowledge sharing kepada anak buah, maka seharusnyalah anak buah terutama yang paling kanan juga sanggup untuk berkongsi ilmu dengan staff. jadi saya cadangkan supaya mana-mana organisasi menetapkan seminggu sekali atau dua minggu sekali Sesi Knowledge Sharing yang disampaikan oleh Pegawai-Pegawai Kanan. Tajuk bebas. Dari Modal Insan kepada kerja operasi.

Selamat berkongsi ilmu.

Wednesday, May 19, 2010

Tajuk2 Yang Menyedihkan - Bilakah akan berakhir?

Setiap hari di dalam akhbar akan dimuatkan tajuk-tajuk seumpama berikut:
"COLI DICURAH KICAP, SOS", "Remaja Dituduh Tanam Bayi", "Lelaki naik angin kena tegur Tetak leher ibu sendiri", "tak sedar ragut dekat balai polis", "Van putih rupanya mikik pencuri", "Biar ibu terbaring berlumuran darah","Penyembelih haiwan warga Bangladesh bertempiaran lari lihat kelibat penguat kuasa", "Kerja gila konco along", "Datuk saudara setan di Kampung Busut Jin, Temerloh", "Pencuri curi beg dipenjara 4 bulan", "poligami tanpa izin", "Buruh 'romen' kekasih direman tujuh hari", "Mengaku tanam bayi", "dera anak kekasih", "Didakwa menipu, salah guna pas lawatan sosial", "Lelaki Pakistan 'kerjakan' wanita hingga letih sebelum kebas barang kemas", "penyamun tembak pekerja kedai getah", "Diupah tanam ganja", "Rugi RM5,000 rumah disamun", "Amah Filipina dirogol majikan", "Barang kemas, wang tunai diplomat dicuri" .... KENA BUAT SESUATU.

Tuesday, May 18, 2010

SETUJU SAMAN POLIS/JPJ TIADA DISKAUN KECUALI......

Saya sangat bersetuju saman yang dikenakan kepada pengguna yang melakukan kesalahan jalanraya tidak diberi diskaun kecuali kepada yang bayar awal sebelum 30 hari dari tarikh saman. Selepas itu tiada lagi diskaun diberi sebab untuk mengelakkan pesalah trafik sengaja melengah-lengah bayaran. Alasan mereka, nanti ada diskaun 50%. komen yang sama pernah saya tulis dalam blog ini iaitu di: http://mymind100.blogspot.com/2009/08/kempen-membayar-saman-baik-buruk-diberi.html yang ditulis Ogos tahun lalu.

Friday, May 14, 2010

Berdoalah supaya kita tergolong di kalangan Ahli Surga

Cabutan terjemahan Surat Al-Araf.
ayat [40]
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
ayat [41]
Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya).
ayat [42]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
ayat [43]
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran”. Dan mereka diseru: “Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.
ayat [44]
Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: “Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?”. Mereka menjawab: “Benar ada”. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: “Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim”.

Wednesday, May 12, 2010

Apa Yang Berlaku Ke Atas Kita Semua Ada Hikmah

Sebagai seorang insan, kita seharusnya menerima apa-apa sahaja keputusan yang telah ditetapkan untuk kita. Sama ada keputusan itu baik mengikut penilaian kita atau buruk mengikut penilaian kita, kita wajib menerimanya dengan redha.

Sesuatu yang kita nilai baik tidak semestinya baik bagi kita. Hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Sesuatu yang kita nilai buruk tidak semestinya buruk bagi kita. Hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Oleh sebab itu, sebagai insan yang masih hidup di dunia fana ini seharusnyalah setiap individu memperbaiki diri masing-masing ke tahap yang boleh dikatakan berguna kepada Agama, Masyarakat dan Negara. Jika berlaku sesuatu yang mengecewakan kita, cepat-cepatlah kita kembali kepada Yang Maha Esa. Mungkin keputusan itu adalah yang terbaik bagi kita atau mengkin ianya satu UJIAN yang Allah ingin menganugerahkan Rahmat kepada kita.

Wassalam

Monday, May 10, 2010

Cane Arak bertaburan di luar pagar Surau Ishahiyah Addiniyah Taman Ibu Kota

Saya selalu melihat sampah sarap bersepah di luar pagar surau Islahiyah Addiniyah Taman Ibu Kota pada waktu subuh. Pagi tadi (10.5.2010) saya terlihat ada 3 tin (cane) arak jenis TIGER di bungkus dalam plastik di tempat parking. Saya sepak memang tin tu kosong. lain-lain sampah juga ada.

Sebenarnya Bazar Larut Malam Danau Kota adalah punca sampah-sarap bertaburan di sekitarnya. Saya sangat bimbang anak-anak muda Melayu Islam terbiasa berjaga malam dan hisap rokok dan kemudian minum arak. Disebab kurang iman, mereka akan menganggap minum arak perkara biasa, berjaga malam perkara biasa, berzina perkara biasa, keluar jam 2 pagi atau 3 pagi perkara biasa.

Saya berpendapat, berniaga selepasa jam 10 malam hingga pagi TIDAK PERLU. Sebab Allah jadikan Malam untuk kita BEREHAT. Siang untuk kita Bekerja. DI USA dan UK pun MALAM TUTUP kecuali tempat Maksiat (kelab malam, pub, pusat pelacuran).

Apa perlunya Makan selepas Jam 10 malam?. Apa perlunya beli baju jam 10 malam?. Lagi pun yang saya perhatikan orang-orang yang keluar malam dari jam 10 malam hingga pagi di bazar larut malam tu TAK RAMAI yang macam orang. Ada yang bertindik, tak pakai tudung, seluar pendek, pakai ketat, hisap rokok, peniaga perempuan pun ada yang merokok......Tak caya pergi tengok.

Jadi saya cadangkan supaya kerajaan adakan polisi supaya aktiviti malam di kurangkan segera supaya pihak polis pun boleh berehat. Kalau banyak aktiviti terpaksa pihak polis kerja overtime.

http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/Surau-Islahiyah-Addiniyah-Taman-Ibu-Kota/119556584742288

Friday, May 7, 2010

Statistik Buang Bayi - Rekodkan dalam mana-mana Book of Records

Saya rasa kalau ada kajian statistik yang rasmi dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini bilangan gadis yang buang bayi, rasanya Kaum Melayu akan mendapat tempat pertama.Boleh tercatat dalam "Book of Recors". Sebab kalau kita lihat bayi2 yang terbuang tu banyak muka iras kemelayuan. Kenapa jadi begini?. Oleh itu saya berdoa semuga orang-orang Melayu cepat-cepatlah berubah. Pertingkatkan dengan ilmu Islam dan amalkanlah dengan baik.

Wahai anak-anak muda, ikutlah nasihat yang baik-baik. Jangan ikut nafsu jahat. Kita hidup ini ada 2 pilihan iaitu Yang Baik dan Yang Jahat. Maka pilihlah Yang Baik. Nilai sendiri. Berzina baik atau Tidak Berzina baik?. Berpacaran baik atau Tidak berpacaran baik. Tengok video seks baik ke atau Tidak tengok baik.

Baca Quran baik atau baca buku seks baik. Merokok baik atau Tidak Merokok baik.

Lu pikirlah sendiri.

Monday, May 3, 2010

Kenapa Wanita Melayu Islam Sanggup Berseluar Pendek?

Sebabnya ialah
1) Sedap rasanya sejuk & berangin
2) Bangga setaraf dengan bukan Islam & dapat tunjuk aurat kepada orang
3) Dapat perhatian lebih dari lelaki
4) Luarbiasa berbanding Melayu lain
5) Seronok dapat menghilangkan mengantuk seorang lelaki
6) Senang basuh
7) Suka-suka
8) Bangga sebab berpotensi sebagai calon JAHA6
9) Bangga sebagai Penyumbang Murka Allah
10)Penyumbang bagi menaikkan nafsu penjenayah seks
11)Anda tambahlah sendiri

Terus kata saya katakan bahawa Wanita Melayu (Remaja & Dewasa) yang berseluar pendek adalah insan-insan yang tiada pegangan yang baik.

Galakkan Murid2 Sekolah Berjemaah

Untuk mengatasi masalah sosial remaja yang runtuh sekarang saya mencadangkan supaya kita adakah aktiviti tetap(masukkan ke dalam jadual sekolah) iaitu solat berjemaah. Kita perlu biasakan kanak-kanak mengamalkan solat. Oleh itu saya mencadangkan supaya waktu sekolah diubah bagi memberi peluang pelajar sempat bersolat jemaah.

Saya juga perhatikan bahawa ramai kanak-kanak termasuk drebar bas sekolah tidak sempat sembahyang subuh sebab waktu azan subuh berkumandang kelihatan bas sekolah sedang mengangkut murid-murid.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Iaitu dengan cara ubah watu belajar. Saya rasa sudah tiba masanya kerajaan mengadakan sekolah satu sesi sahaja.

Kelas mula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang iaitu selepas solat asar.


09.30 - Perhimpunan
10.00 - 12.30 Kelas
12.30 - 01.00 Rehat/Makan Tengahari
01.00 - 02.00 Tazkirah & Solat Zohor berjemaah
02.00 - 04.00 Kelas
04.00 - 05.00 Tazkiran & Solat Asar berjemaah

Saya percaya dengan didikan ilmu kesopanan di jiwa manusia sejak kecil menjadikan mereka Anak wawasan akan datang.

Saturday, May 1, 2010

Saingan kepada Kelab-Kelab Hiburan/Disco

Kelab Hiburan seperti Kelab Malam atau Disco atau konsert hiburan adalah di antara aktiviti-aktiviti yang kurang moral dan sangat disukai oleh Iblis dan Syaitan. Kita lihat ramai anak-anak muda dan orang tua yang tak sedar diri bersesak-sesak mengunjungi tempat-tempat demikian. Cuba anda lihat orang yang hadir ke Majlis-majlis demikian macam mana kehidupan mereka. Adakah mereka mengerjakan solat? Adakah mereka dermawan? Adakah mereka aktif dalam aktiviti masyarakat di Taman Perumahannya? Tepok dada tanyalah diri masing-masing.

Justeru itu saya mencadangkan kita adakan saingan kepada Kelab-kelab atau disco sedemikian dengan mengadakan aktiviti tetap seperti

"Kelas Membaca Al-Quran bermuka jam 4.00 pagi hingga setengah jam sebelum waktu subuh."
"Aktiviti Qiamullail setiap minggu di Masjid-masjid tertentu"
"Kelas belajar Solat dengan cara yang betul - diajar pada waktu malam."
dan seumpamanya (yang sesuai bagi mendekatkan diri kepada Allah)
-Aktiviti sedemikian pasti ada peminatnya


Saya berkeyakinan jika ada kelas-kelas agama disepertiga malam, akan menjadi saingan kepada kelab hiburan/disco. INSYA ALLAH

Aktitiviti Jual Menjual elok dikurangkan selepas 10 Malam

Sejak kebelakangan ini banyak kedai-kedai dibuka 24 jam. Kalau anda semua berkunjung ke Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar lainnya, aktiviti jualan seolah-olah tidak ada rehatnya. Sebenarnya malam adalah untuk manusia berehat atau bermunajat.

Simple Living High Thinking vs High Living Simple Thinking

Manusia ada dua 3 kumpulan iaitu dalam bahasa inggerisnya 1) Simple Living High Thinking 2) High Living Simple Thinking 3) High Living High Thinking

kebanyakan manusia sekarang berada di dalam kumpulan ke 2 iaitu High Living Simple Thinking. Maksudnya kumpulan ini sangat mengambil berat terhadap kehidupan dunia dan sangat mengambil mudah kehidupan di akhirat. Mereka berkira-kira untuk mendapat keuntungan di dunia tanpa berfikir untuk mendapat keuntungan di akhirat. Sebagai contoh golongan ini jarang fikir bahawa kalau kita solat jemaah, Allah beri 27 kali ganda keberkatan. Kalau solat sorang-sorang dapat satu sahaja keberkatan. Jadi baiklah kita solat jemaah. Dan seumpamanya. Golongan ini lebih cenderong memikirkan kalau akau beli saham A, bila naik RM 1.00 aku juallah dapat untung RM1,000.

So jadilah kumpulan 1 atau kumpulan 3 (kumpulan 3 amat payah sebab bila dah banyak fikir dunia (high living) masa tak cukup maka tak sempat nak fikir pasal keuntungan akhirat.

Apa-apa pun, perkara di atas timbul dalam kepala saya masa ini maka saya rekodlah dalam blog ini.

HARAMKAN KEPUTUSAN JUDI DALAM AKHBAR BERBAHASA MELAYU

Umum mengetahui bahawa akbar berbahasa Melayu kebanyakannya di baca oleh orang melayu dan berugama Islam. Judi adalah haram dalam Islam. Jadi kenapa orang Islam didedahkan dengan keputusan nombor ekor atau keputusan judi di dalam akhbar mereka?. Oleh itu saya mencadangkan supaya kerajaan mengharamkan iklan atau keputusan judi dalam akhbar berbahasa Melayu.

Kuatkuasakan juga larangan membeli nombor ekor atau seumpamanya oleh orang Islam. Orang Islam yang beli nombor di kedai2 judi hendaklah ditangkap. Mereka buka sahaja mencemarkan dirinya tetapi IA JUGA MENCEMARKAN UGAMA ISLAM.

Tolonglah.

Parking di HKL : Pelanggan Diutamakan

Masalah parking memang menjadi isu terutama di bandar-bandar besar. Misalnya di Hospital Kuala Lumpur, kawasan yang dikhaskan untuk pelawat agak jauh dari pusat rawatan/wad/tempat pendaftaran sedangkan parking untuk kakitangan hospital berhampiran dengan pusat rawatan/wad/tempat pendaftaran. Apa kata kita tukar senario ini supaya menggambarkan Pelanggan Diutamakan iaitu dengan cara kawasan parking untuk pelawat di letakkan berhampiran dengan pusat rawatan/wad/tempat pendaftaran dan parking untuk kakitangan hospital adalah sebaliknya. Cadangan ini tercetus semasa saya melihat ramai yang sakit terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan rawatan.

Menulis dari minda semasa.