Friday, May 31, 2013

SERTAILAH ANUGERAH INOVASI NEGARA ---- MASUK JE


ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

Anugerah Inovasi Negara (AIN) yang bermula tahun 2006 bertujuan untuk mengiktiraf usaha inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Anugerah Inovasi Negara 2013. AIN 2013 diadakan bersempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE-National Innovation Conference and Exhibition) 2013 dan bersekali dengan World Innovation Forum Kuala Lumpur 2013 (WIFKL 2013) pada 12-14 November 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre.

KATEGORI DAN HADIAH ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

Anugerah Inovasi Negara 2013 terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan terdapat 4 kategori dengan nilai hadiah mengikut kategori seperti berikut:
KATEGORI HADIAH
PRODUK RM50,000, piala dan sijil
PERKHIDMATAN RM50,000, piala dan sijil
AKAR UMBI RM20,000, piala dan sijil
SEKOLAH RM10,000, piala dan sijil
*Saguhati wang tunai RM1,000 diberikan kepada 40 finalis AIN 2013 (10 finalis bagi setiap kategori).

TARIKH NATIONAL INNOVATION CONFERENCE AND EXHIBITION (NICE) 2013

12 - 14 November 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre

TARIKH PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013


13 November 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Sila muat turun borang permohonan dengan mengklik pilihan kategori berikut:
BORANG
PRODUK
PERKHIDMATAN
AKAR UMBI
SEKOLAH
TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN LOKASI PENGHANTARAN BORANG

Selewat-lewatnya 5 JULAI 2013, JAM 5.00 PETANG di alamat berikut:

Urus setia Anugerah Inovasi Negara 2013
d/a Agensi Nuklear Malaysia
Bangi 43000, Kajang
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Dr. Wan Manshol bin W. Zin)

PERTANYAAN LANJUT
http://www.mosti.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2766
Urus Setia Anugerah Inovasi Negara 2013       
(Dr. Wan Manshol bin W. Zin atau Puan Fairuz binti Faisal)
Tel: 03-8911 2000 samb. 1621   
Faks: 03-8911 2150
Emel: ain2013@mosti.gov.my

SENARAI PEMOHON YANG BERJAYA TERPILIH SEBAGAI FINALIS ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013


Senarai pemohon yang berjaya terpilih sebagai finalis Anugerah Inovasi Negara 2013 akan dipaparkan pada 14 Oktober 2013 di www.mosti.gov.my. Mereka yang terpilih ini juga akan dihubungi oleh urus setia supaya membuat persiapan untuk mempamerkan inovasi mereka di NICE 2013 pada 12 hingga 14 November 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre.

Bagi pemohonan yang tiada di senarai, bermaksud anda tidak terpilih/tidak berjaya.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH INOVASI NEGARA (TAHUN 2006 SEHINGGA 2012)

No comments:

Post a Comment