Monday, April 15, 2013

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa Semasa Di Rumah

Anak merupakan penyambung zuriat bagi sesebuah keluarga. Anak yang mempunyai sikap dan penampilan yang positif seperti sopan-santun, mendengar kata dan tidak melawan perintah ibu bapa adalah anak yang baik san akan hidup bahagia selamanya, InsyaAllah. Sebaliknya anak yang menderhaka dan tidak mendengar kata ibu bapa akan merasakan hidupnya sentiasa diselubungi masalah dan malang, dengan izin Allah.

Jadilah anak-anak yang baik dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:

1)  Apabila ibu memanggil anda, sahutlah dengan segera dan dengan nada yang rendah.

2)  Apabila disuruh melakukan sesuatu pekerjaan, lakukan tanpa berlengah dan secepat yang mengkin.

3)  Sekiranya menerima arahan daripada mereka, dengar dengan teliti.

4)  Jika menerima teguran mengenai sesuatu kesalahan yang anda lakukan, terima dengan hati yang terbuka dan perbaiki kesalahan tersebut.

5)  Anak-anak perlu memastikan keselesaan ibu bapa dalam sebarang keadaan.

6)  Biasakan diri anda dengan menyapa ibu bapa pada setiap pagi seperti 'selamat sejahtera' atau 'Assalamualaikum' sebagai tanda hormat dan ingatan anda pada mereka.

7)  Di waktu malam, pastikan anda memberi istirehat yang secukupnya kepada ibi bapa anda. Anda boleh membantu melakukan kerja rumah tanpa disuruh.

8)  Jadikan amalan, apabila hendak keluar rumah, beritahu ibu bapa destinasi yang hendak dituju supaya tidak menimbulkan kerisauan dihati mereka.

dan banyak lagi...akan disambung kemudian.

No comments:

Post a Comment