Thursday, January 31, 2013

Unta dBerlin berkurangan


86 ekor unta di Jerman terbunuh dalam kebakaran

BERLIN 1 Feb. - Sebanyak 86 ekor unta terbunuh dalam satu kebakaran yang memusnahkan sebuah ladang ternakan itu di selatan Jerman semalam, mengakibatkan kerugian hampir 1 juta Euro (RM4.1 juta).Seramai 150 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kebakaran yang tidak mendatangkan kecederaan kepada manusia dan mereka berjaya menyelamatkan lima ekor haiwan itu daripada turut rentung.
Pihak ladang berhampiran Stuttgart di barat daya Jerman yang merupakan destinasi pelancong dalam laman webnya berkata, mereka mempunyai berita sedih kerana hampir keseluruhan haiwan ternakan itu terbunuh dalam kebakaran itu. - AFP

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment