Friday, August 24, 2012

Bangun! Bangun! Bangun!

Cedukan : http://rushdunk.blogspot.com/2008/06/quran-saintifik-kelebihan-bangun-awal.html "Bangun!! Bangun!! Dah nak masuk subuh." Begitulah rutin seorang AJK Asrama Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, Maahad Muhammadi ( Lelaki ). Tugas sememangnya dipertanggungjawabkan kepada setiap AJK. Bila nafsu berbisik tugas ini sebagai satu beban, tetapi iman berbicara ini amalan yang sangat mulia. Tugas ini nampak mudah, tapi berapa ramai orang yang mampu lakukan. Apabila melihat budak-budak liat nak bangun, irama mula berubah " Bangun, bangun wahai saudaraku, ahli syurga tidak pernah lena " berteriak sambil mengetuk pintu setiap bilik. Tugas ini tak patut dimatikan setakat di sekolah, di universiti pun perlu diwujudkan. Pelajar-pelajar universiti selalu tidur lewat malam, jadi nak bangun tu susah sikit. Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan subuh . Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan . Al-Isra' – 78 Demi fajar.Dan malam yang sepuluh Al-Fajr – 1,2 Sabda nabi " Dua rakaat solat fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya " riwayat imam bukhari Sesungguhnya hikmah allah dalam segala suruhan, larangan dan pada arahan supaya meninggalkan sesuatu mempunyai hikmah tersendiri tanpa disedari atau tidak disedari. Tidak ada pada setiap yang ditaklifkan kecuali untuk membawa kepada kebaikan Hikmah bangun pada waktu pagi melambangkan kepada kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan. Ini selaras dengan moto perjuangan "Amirul Mukminin " Malaysia iaitu Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Hanya orang mukmin sahaja yang dapat merasai hikmah ini. Ilmu sains moden telah menenui dan mengakui tentang kelebihan bangun awal di waktu pagi. Nabi S.A.W tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi, baginda juga tidak berjaga malam selepas isya' kecuali untuk menyampaikan majlis ilmu bersama para sahabat yang dikasihi. Solat Sunat Pada Waktu Malam " Bangunlah di malam hari , kecuali sedikit, " Al-Muzammil - 2 Menunaikan solat dua rakaat pada waktu malam ialah satu persediaan untuk menghadapi kesunyian di dalam kubur kelak. Sabda Rasul junjungan mulia: "Tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam demi kesunyian di dalam kubur" Sembahyang malam hebat kesannya kerana ia membekalkan potensi dan daya juang yang tinggi dalam jiwa orang mukmin. Benarlah firman Allah S.W.T: " Sesungguhnya jiwa ( orang ) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya " Al-Muzzammil - 6 Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani 1) Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah 2) Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah. 3) Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati. 4) Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan. 5) Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan. "Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka." Al-Furqan – 64 "Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar." Al-Dzaariyat – 17,18 Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi: Pertama: akhirat- diganjari pahala oleh Allah Kedua : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit " Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." Al-Isra' - 79 Al-Faqiru Ilallah: Ar-Rasyadan Al-Haqqi ( ARAH ) 02/06/08 16:02 Sumber rujukan: 1) Studies Of Quranic Ayat And Hadith On Science, Tamhidi Of Science And Technology, USIM 2) Tafsir Al-Quran 3) Qawarib Al-Najat Fi Hayat Al-Du'ah ( Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah oleh Ustaz Fathi Yakan ) p/s: ' al-kartozon' ana tidak tahu ejaan yang betul, sesiapa yang mengetahui sila emel kepada ana atau komen.

Thursday, August 23, 2012

Kelantan in REALITY

Ramai orang kata Kelantan teruk, miskin, minum air kotor, tiada pembangunan dan negeri yang tiada haluan. Tapi bila saya pergi ke Kelantan saya dapati ianya tidak seperti dakwaan yang negatif itu. Saya lihat banyak rumah-rumah mewah di Kelantan. Sawah padi pun banyak telah di convert kepada tanah perdagangan atau tanah perumahan. Kos barangan makanan masih murah berbanding negeri lain. Kueh masih boleh dapat 4 ketul serial. kalau di KL 50 sen sebiji, paling murah 3 ketul seringgit. Pembangunan pesat. Takkan kita nak tengok bangunan tinggi je. Di Kelantan, walaupun tak de dan tak akan didirikan bangunan tinggi tapi bangunan perdagangan sudah melarat ke serata tempat di Kelantan. Nanti satu masa nanti seluruh negeri kelantan ada bangunan kedai. tak hanya tertumpu di satu kawasan saje. Tapi yang saya paling lemahnya di Kelantan ni ialah JEM di setiap traffic light. sebab ape? sebab mereka tak adjust tempoh masa pertukaran warna lampu. Dahlah tu tak ada polis atau rela yang jaga dipersimpangan menyebabkan ada yang terpaksa tunggu 1 jam setengan untuk melepasi traffic light Melor. Kalau ada polis trafik yang jaga, masalah jem tu boleh di atasi dan tidak akan jadi satu masalah. Rugi masa berjalan ke Kota bharu. Raya ni takleh nak gi jalan banyak rumah sebab lebih masa di Jalanraya. Kita beraya di Jalan raya. Orang kelantan comel-comel, yang perempuanlah. Orang lelaki tak hensem mana pun sebab tu mek kelantan banyak pilih jejaka di luar sana. Ada dikalangan orang lama diluar sana menganggap setiap perempuan di kelantan pakai gelang emas banyak. Sebenarnya budaya pakai gelang emas banyaknya terdapat di Pulau Pinang. Kat Kelantan ni depa simpan, bukan pakai. Tapi sejak emas mahal ni sikitlah yang dapat simpam emas. Satu kelainan di Kelantan ni kita lihat banyak juga bangunan atau rumah kedai milik orang Melayu. kat tempat lain banyak kedai bukan Melayu. Oklah tak sempat nak celoteh panjang. ada masa saya sambung lagi

Wednesday, August 22, 2012

mengapa manusia tidak percaya?

Kalau anda rujuk alquran dan baca apa yang dinyatakan didalamnya anda dapati ianya benar semua benar. Tiada perbuatan yang tidak baik yang disuruh buat. Tiada perbuatan yang jahat yang di syorkan. Ada fakta sains ada teraphy perubatan. Kalau anda bacakisah Nabi Muhammad S.a.w pula, anda akan dapati baginda seorang yang hebat dimana dalam masa hanya beberapa tahun sahaja telah dapat mengislamkanbeberapa buat negara. Hanya denganmenghantar seorang wakil ke sesebuah negeri,boleh menyebabkan seluruh rakyat negeri itumenerima Islam termasuklah pemerintahnya. Sekarang jika ada pengunjung bukan Islam mulai sekarang anda cuba dekati Islam. Bandingkan rumah ibadat semua agama, anda akan dapati rumah ibadat orang Islam paling bersih tanpa ad pencemaran udara.

Thursday, August 16, 2012

SuperMind/MindaBistari Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung

Pada hari ini 17 Ogos 2012, saya yang empunya blog SuperMind/MindaBistari mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung (beragama islam) blog ini. Semoga semua berada dalam keadaan selesa dan mendapat redha Allah. Semuga amalam baik kita dibulan Ramadhan akan berkekalan walaupun di luar Ramadhan "SELAMAT HARI RAYA"

Saturday, August 11, 2012

Why you must be A Muslim?

Because Islam so Beautiful.... You must study properly who is Muhammad s.a.w in 23 years after Islam was establish, most of country in the world become Islamic Country including Rome, Turky, France and all arabic country. Islam is so beautiful... Please evaluate the Mosque or Surau. Any pollution there? look at non muslim temple...sure they some pollution there..smoke any where... Come toward Islam....you will be free and enjoy....but you must follow 100% islamic rules.

Sunday, August 5, 2012

Input Untuk Bajet 2013

YAB Dato' Seri, Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato' Seri kerana telah memberi pelbagai bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dan terbaru ialah Bonus setengah bulan kepada penjawat awam. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana cadangan saya pada tahun lepas telah diambilkira oleh YAB di mana saya telah mencadangkan supaya rakyat Malaysia yang berusia 12 tahun ke atas di beri Bonus Tahunan RM1000. Alhamdulillah cadangan tersebut telah diolah dan kerajaan telah memberi BR1M, Bantuan RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, bantuan elaun buku bagi pelajar pengajiam tinggi dan macam-macam lagi bantuan kepada golongan tertentu. Pada tahun ini saya ingin mencadangkan supaya nilai bayaran yang boleh ditolak dalam pengiraan cukai di naikkan. Cadangan saya -pengecualian RM8,000 untuk diri dan ibubapa dinaikkan kepada satu jumlah yang lebih dari RM10,000., potongan untuk internet/komunikasi dari RM500 kepada RM1000. Kalau dilihat dari fakta yang diberikan iaitu kurang 10% pembayar cukar di Malaysia.Pada hakikatnya ramai lagi rakyart Malaysia yang layak membayar cukai. Maknanya kerajaan perlu mencari jalan supaya orang yang berniaga atau kerja sendiri tetapi mendapat pendapatan lumayan juga perlu membayar cukai. Sepatutnya setiap individu 21 tahun ke atas perlu membuka akaun cukai pendapatan. Mereka mesti kena declare pendapatan masing-masing. dengan cara itu, peratus pembayar cukai akan meningkat. Dari declaration cukai dari setiap rakyat, kerajaan melalui LHDN boleh membuat analisis mana-mana individu yang mendapat income sedikit (mengikut yang disubmit) maka bolehlah kerana bantu golongan tersebut supaya mereka dapat meningkatkan pendapatan mereka supaya merekan tergolong dikalangan rakyat yang mampu bayar cukai) Saya juga ingin mencadangkan kajian dibuat supaya rakyat Malaysia lebih bersopan di masa akan datang. Pada masa ini terlalu ramai anak gadis yang berseluar pendek dan yang mendedahkan dada. tak kira umat Islam atau bukan Islam. Boleh tak kerajaan cari satu standard cara berpakaian rakyat Malaysia (Sederhana Sopan) dan galakkan berpakaian sedemikian. Boleh implemen secara berperingkat. Jika di pusat beli belah misalnya 'rakyat Malaysia tidak dibenarkan berpakaian begini begini begini.' YAB, Saya sayangkan Malaysia dan saya mahu Malaysia aman damai dulu, kini dan selamanya. Oleh yang demikian, saya syorkan pemantauan dibuat bagi memastikan semua mekanisma yang dirancang oleh kerajaan dilaksanakan oleh orang yang diberi tanggungjawab. Saya lihat di kampung-kampung ramai penduduk yang terlibat dengan gejala dadah dan pengangguran. Penduduk tanpa haluan sedangkan di kampung-kampung tu banyak sumber yang boleh dimanfaatkan. Bila sebut kampung, kerajaan telah ada mekanisme nya ialah ada ketua kampung, ada penghulu ada ajkk. di atasnya ada wakil rakyat, ada wakil parlimen dan sebagainya. Saya berpandangan jika semua menjalankan tugas dengan sempurna, pengangguran dan penagihan dadah atau kecurian dapat dihapuskan. Penghulu atau ketua kampung perlu adakan mesyuarat dengan penduduk tanya khabar, tanya anak-anak penduduk adatak yang belum ada kerja, ada tak yang terlibat gejala negatif. Jika kampung tu ramai penduduk pecahkan ketua kampung mengikut zon. yang penting adakan perbincangan dengan masyarakat dan selesai isu dengan bantuan wakil rakyat dan wakil parlimen. Yang penting adalah mesyuarat berjadual dengan penduduk kampung dan selesaikan isu-isu berbangkit. Kerajaan pula beri pengiktirafan kepada kampung mana yang paling selamat. Susun dan publishkan ranking kampung. Setakat ini dahulu cadangan saya. banyak lagi.....tapi saya beri peluang kepada orang lain pulak. A Liked Reply

O Children of Israel!!

40. O Children of Israel! Remember My blessings which I bestowed upon you, and fulfill your pledge to Me, and I will fulfill My pledge to you, and fear Me. 41. And believe in what I revealed, confirming what is with you; and do not be the first to deny it; and do not exchange My revelations for a small price; and be conscious of Me. 42. And do not mix truth with falsehood, and do not conceal the truth while you know. 43. And attend to your prayers, and practice regular charity, and kneel with those who kneel. 44. Do you command people to virtuous conduct, and forget yourselves, even though you read the Scripture? Do you not understand? 45. And seek help through patience and prayer. But it is difficult, except for the devout. 46. Those who know that they will meet their Lord, and that to Him they will return.

Satan caused Adam to slip from Garden (heaven)

35. We said, “O Adam, inhabit the Garden, you and your spouse, and eat from it freely as you please, but do not approach this tree, lest you become wrongdoers.” 36. But Satan caused them to slip from it, and caused them to depart the state they were in. We said, “Go down, some of you enemies of one another. And you will have residence on earth, and enjoyment for a while.” 37. Then Adam received words from his Lord, so He relented towards him. He is the Relenting, the Merciful. 38. We said, “Go down from it, all of you. Yet whenever guidance comes to you from Me, then whoever follows My guidance—they have nothing to fear, nor shall they grieve. 39. But as for those who disbelieve and reject Our signs—these are the inmates of the Fire—wherein they will remain forever.”

Allah, Angels, Human and Satan

28. How can you deny God, when you were dead and He gave you life, then He will put you to death, then He will bring you to life, then to Him you will be returned? 29. It is He who created for you everything on earth, then turned to the heaven, and made them seven heavens. And He is aware of all things. 30. When your Lord said to the angels, “I am placing a successor on earth.” They said, “Will You place in it someone who will cause corruption in it and shed blood, while we declare Your praises and sanctify You?” He said, “I know what you do not know.” 31. And He taught Adam the names, all of them; then he presented them to the angels, and said, “Tell Me the names of these, if you are sincere.” 32. They said, “Glory be to You! We have no knowledge except what You have taught us. It is you who are the Knowledgeable, the Wise.” 33. He said, “O Adam, tell them their names.” And when he told them their names, He said, “Did I not tell you that I know the secrets of the heavens and the earth, and that I know what you reveal and what you conceal?” 34. And We said to the angels, “Bow down to Adam.” They bowed down, except for Satan. He refused, was arrogant, and was one of the disbelievers.

Wednesday, August 1, 2012

You must continue to read

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ (22) Who has made the earth your couch, and the heavens your canopy; and sent down rain from the heavens; and brought forth therewith Fruits for your sustenance; then set not up rivals unto Allah when ye know (the truth). وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (23) And if ye are in doubt as to what We have revealed from time to time to Our servant, then produce a Sura like thereunto; and call your witnesses or helpers (If there are any) besides Allah, if your (doubts) are true. فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24) But if ye cannot- and of a surety ye cannot- then fear the Fire whose fuel is men and stones,- which is prepared for those who reject Faith. وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (25) But give glad tidings to those who believe and work righteousness, that their portion is Gardens, beneath which rivers flow. Every time they are fed with fruits therefrom, they say: "Why, this is what we were fed with before," for they are given things in similitude; and they have therein companions pure (and holy); and they abide therein (for ever). ۞ إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ (26) Allah disdains not to use the similitude of things, lowest as well as highest. Those who believe know that it is truth from their Lord; but those who reject Faith say: "What means Allah by this similitude?" By it He causes many to stray, and many He leads into the right path; but He causes not to stray, except those who forsake (the path),- الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ (27) Those who break Allah´s Covenant after it is ratified, and who sunder what Allah Has ordered to be joined, and do mischief on earth: These cause loss (only) to themselves.