Monday, December 31, 2012

Allah memberikan Injil kepada Nabi 'Isa ibn Maryam' & Al-Quran kepada 'Nabi Muhammad bin Abdullah'

Surah Al-Hadid ayat 26-29 

Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan Nuh dan Ibrahim, dan Kami (Allah) jadikan pada keturunan kedua-duanya kenabian dan kitab, maka antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak daripada mereka fasik.

Kemudian Kami (Allah) iringkan di belakang mereka para rasul Kami (Allah), dan Kami (Allah) iringkan dengan ‘Isa ibn Maryam, dan Kami (Allah) berikan kepadanya Injil, dan Kami (Allah) jadikan dalam hati orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah (kependetaan), padahal Kami (Allah) tidak mewajibkannya kepada mereka kecuali mencari keredaan Allah, tetapi mereka tidak memeliharanya dengan sebenar pemeliharaan. Maka Kami (Allah) berikan kepada orang yang beriman antara mereka pahala mereka, dan ramai daripada mereka orang yang fasik.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada rasul-Nya, nescaya Dia (Allah) berikan kepada kamu dua bahagian daripada rahmat-Nya, dan menjadikan untuk kamu cahaya yang kamu berjalan dengannya, dan Dia mengampunkan kamu. Dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). 

Supaya Ahli Kitab mengetahui bahawa sedikitpun mereka tidak akan mendapat kurnia Allah (jika mereka tidak beriman kepada Muhammad), dan bahawa kurnia itu di tangan Allah, Dia (Allah) berikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. 

(Surah al-Hadid ayat 26-29)

No comments:

Post a Comment