Saturday, September 29, 2012

Pengantungan Produk yang Berasaskan Babi di tarik balik


Pengumuman dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menarik balik pengantungan pengimportan produk yang berasaskan babi. Mana-mana syarikat yang ingin mengimport dikehendaki mengemukakan permohonan secara bertulis kepada jabatan berkenaan dengan menggunakan borang JPPH-MOA-5 berserta surat iringan sebelum meneruskan permohonan permit secara talian.
...................................................................................................................................................
The Department of Veterinary Services (DVS) has lifted the suspension for importation of pork products/cuts. Any company that is interested to import, is required to submit the application (in writing) to DVS using the form JPPH-MOA-5 together with a cover letter before proceeding with the online ePermit application.

Monday, September 17, 2012

Saya rasa kelajuan di lebuh raya dah kena dinaikkan hadnya

Pada masa ini had laju di lebuhraya paling maksimum ialah 110 km/j. Saya berpandangan had laju ini perlu di naikkan kepada 130 km/j. Bagai jalanraya yang had lajunya 90 km/jam saya berpandangan ia perlu dinaikkan ke 100 km/j.  Bagi jalanraya yang had lajunya 80 km/j., ia perlu dinaikkan ke 90 km/j. .

Untuk makluman JPJ, kenderaan sekarang sudah dinaiktaraf. Mungkin ada kereta yang kurang stabil jika dipandu dalam kelajuan yang perlahan.

Dengan menaikkan hadlaju, saya percaya dapat mengurangkan kemalangan kecil seperti terbabas atau terlanggar buntut kereta lain. Sebab pemandu kan mengantuk jika pandu kereta perlahan. 90 km/j memang perlahan. Saya percaya rata-rata pemandu memandu melebihi 110 km/j di lebuhraya. cuti yang kena sama tu nasib mereka. mana sempat polis nak ambil gambar banyak sekali gus. mestilah polis fokus satu sahaja. Nasiblah yang kena sama tu. hakikatnya bukan you sorang je yang bawak laju. anda cuba wakil sahaja kepada pemandu lain... he he he

Monday, September 10, 2012

PELAJARILAH TAJWID

Anas bin Malik berkata, yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang membaca al-Quran sedangkan al-Quran melaknatnya?" (Ihya Ulumuddin) Mengapa pembaca boleh dilaknat oleh al-Quran? Ini disebabkan kesilapan pada tajwid dan sebutan huruf. Sesungguhnya, ramai orang yang mahu membaca al-Quran tanpa mempelajari ilmu tajwid terlebih dahulu. Inilah perkara asas yang paling utama dalam membaca al-Quran iaitu memperbetulkan tajwid. Apabila bacaan tajwidnya salah, maka segala fadilat al-Quran samada pahala dan fadilatnya akan terbatal. Maka sia-sia sahaja bagi sesiapa puan yang membaca al-Quran dalam keadaan salah tajwidnya. Sumber rujukan : Majalah al-Ustaz isu No 2