Sunday, August 5, 2012

Input Untuk Bajet 2013

YAB Dato' Seri, Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato' Seri kerana telah memberi pelbagai bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dan terbaru ialah Bonus setengah bulan kepada penjawat awam. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana cadangan saya pada tahun lepas telah diambilkira oleh YAB di mana saya telah mencadangkan supaya rakyat Malaysia yang berusia 12 tahun ke atas di beri Bonus Tahunan RM1000. Alhamdulillah cadangan tersebut telah diolah dan kerajaan telah memberi BR1M, Bantuan RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, bantuan elaun buku bagi pelajar pengajiam tinggi dan macam-macam lagi bantuan kepada golongan tertentu. Pada tahun ini saya ingin mencadangkan supaya nilai bayaran yang boleh ditolak dalam pengiraan cukai di naikkan. Cadangan saya -pengecualian RM8,000 untuk diri dan ibubapa dinaikkan kepada satu jumlah yang lebih dari RM10,000., potongan untuk internet/komunikasi dari RM500 kepada RM1000. Kalau dilihat dari fakta yang diberikan iaitu kurang 10% pembayar cukar di Malaysia.Pada hakikatnya ramai lagi rakyart Malaysia yang layak membayar cukai. Maknanya kerajaan perlu mencari jalan supaya orang yang berniaga atau kerja sendiri tetapi mendapat pendapatan lumayan juga perlu membayar cukai. Sepatutnya setiap individu 21 tahun ke atas perlu membuka akaun cukai pendapatan. Mereka mesti kena declare pendapatan masing-masing. dengan cara itu, peratus pembayar cukai akan meningkat. Dari declaration cukai dari setiap rakyat, kerajaan melalui LHDN boleh membuat analisis mana-mana individu yang mendapat income sedikit (mengikut yang disubmit) maka bolehlah kerana bantu golongan tersebut supaya mereka dapat meningkatkan pendapatan mereka supaya merekan tergolong dikalangan rakyat yang mampu bayar cukai) Saya juga ingin mencadangkan kajian dibuat supaya rakyat Malaysia lebih bersopan di masa akan datang. Pada masa ini terlalu ramai anak gadis yang berseluar pendek dan yang mendedahkan dada. tak kira umat Islam atau bukan Islam. Boleh tak kerajaan cari satu standard cara berpakaian rakyat Malaysia (Sederhana Sopan) dan galakkan berpakaian sedemikian. Boleh implemen secara berperingkat. Jika di pusat beli belah misalnya 'rakyat Malaysia tidak dibenarkan berpakaian begini begini begini.' YAB, Saya sayangkan Malaysia dan saya mahu Malaysia aman damai dulu, kini dan selamanya. Oleh yang demikian, saya syorkan pemantauan dibuat bagi memastikan semua mekanisma yang dirancang oleh kerajaan dilaksanakan oleh orang yang diberi tanggungjawab. Saya lihat di kampung-kampung ramai penduduk yang terlibat dengan gejala dadah dan pengangguran. Penduduk tanpa haluan sedangkan di kampung-kampung tu banyak sumber yang boleh dimanfaatkan. Bila sebut kampung, kerajaan telah ada mekanisme nya ialah ada ketua kampung, ada penghulu ada ajkk. di atasnya ada wakil rakyat, ada wakil parlimen dan sebagainya. Saya berpandangan jika semua menjalankan tugas dengan sempurna, pengangguran dan penagihan dadah atau kecurian dapat dihapuskan. Penghulu atau ketua kampung perlu adakan mesyuarat dengan penduduk tanya khabar, tanya anak-anak penduduk adatak yang belum ada kerja, ada tak yang terlibat gejala negatif. Jika kampung tu ramai penduduk pecahkan ketua kampung mengikut zon. yang penting adakan perbincangan dengan masyarakat dan selesai isu dengan bantuan wakil rakyat dan wakil parlimen. Yang penting adalah mesyuarat berjadual dengan penduduk kampung dan selesaikan isu-isu berbangkit. Kerajaan pula beri pengiktirafan kepada kampung mana yang paling selamat. Susun dan publishkan ranking kampung. Setakat ini dahulu cadangan saya. banyak lagi.....tapi saya beri peluang kepada orang lain pulak. A Liked Reply

No comments:

Post a Comment