Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa

CORETAN ANAK SAYA DI CEDOK DARI FBNYA 17TH JUN 2012 Hai kawan! Nak dengar satu cerita tak? Cerita apa? Cerita tentang seorang lelaki. Kenapa dengan lelaki itu? Jadi kamu nak dengarlah ni ye. Aku cerita. (Si kawan hanya memandang sambil menunggu aku menyambung kata-kata) Ada seorang lelaki ini, dia bangun awal pagi, sebelum subuh dah bangun, apa dia buat? Dia mandi, berwudhuk, dan kemudian dia mengaji sementara menunggu azan. Tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari? Yup. Dan bila dengar azan, dia akan ke surau untuk solat berjemaah. Usai semuanya dia akan bersiap ke tempat kerja. Kadang tu pukul 6.30 pagi dah pergi. Uih, awalnya. Yup, sebab dia takut jem. Dia kerja kat Cyberjaya nun. Tiap hari ulang alik dari Kuala Lumpur. Dia sanggup sebab itu kerjanya, dan itu sumber rezeki keluarga dia. Balik pulak mesti lepas maghrib baru sampai rumah. Pun begitu, sebelum tidur, pasti dia mengaji. Walau penat macam mana pun. Wah bagusnya. Bukan itu saja, dia juga seorang penyabar. Dia tak marah tak tentu hala. Dia takkan tinggi suara begitu sahaja. Dan dia jarang sekali pukul anak-anaknya. Melainkan apabila perlu dan selalu memberi nasihat. Anak? Oh dia sudah berkahwin? Sudah. Anak tiga. Umurnya cukup separuh abad tahun ini. Uih? Siapa sebenarnya ni? Seorang lelaki yang masih gagah perkasa, itulah ayahanda saya. :) #SelamatHariBapa Previous The Minimalist

No comments:

Post a Comment