Tuesday, February 7, 2012

ENSIKLOPEDIA SOLAT

Terima Kasih kepada Telaga Biru kerana dapat menerbitkan Ensiklopedia Solat. Dengan membaca Exsiklopedia Solat, kita dapat mengetahui keseluruhan amalan atau best practices dalam Islam. Kandungannya adalah kombinasi Fakta Hukum dan sains. Hanya orang-orang yang sombong sahaja yang tidak mahu mengikut Islam. Kesombongan adalah sikap Iblis. Kerana sombong Iblis di laknat. Mahukah kita mengikut Iblis?

Ensiklopedia berasal daripada perkataan Greek "egkyklios paideia" yang bermaksud "a circle of instructions" iaitu "himpunan maklumat.". Ensiklopedia merupakan koleksi maklumat atau himpunan fakta mengenai setiap cabang ilmu pengetahuan yang disusun mengikut abjad atau mengikut keterangan secara ringkas dan padat. Ensiklopedia berbeza dengan kamus yang hanya mengandungi keterangan mengenai perkataan itu sahaja.

Kelebihan Ensiklopedia Soalt ini ialah:

- Maklumat dan ilmu yang berkaitan solat;
- mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik;
- setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
- disusun mengikut pendekatan mesra pembaca;
- disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual;
semua hadis digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.

Sekian, terima kasih kerana berusaha untuk mendapatkan Ensiklopedia Solat.

No comments:

Post a Comment