Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Adab Berbicara. Hendaklah bercakap dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar.

Jangan bercakap mengenai hal orang lain, mencaci dan membuat fitnah (walaupun bercakap tentang perkara buruk yang benar-benar sah dilakukannya, ianya termasuk di dalam kategori mengumpat).

Jangan memanggil seseorang dengan panggilan nama yang tidak menyenangkannya atau yang boleh memalukannya.

Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenai perkara tersebut.

Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu topik atau topik tersebut belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan topik baru atau memintas perbincangan tersebut.

Jangan meniru gaya percakapan orang-orang jahil tentang agama

Sunday, December 11, 2011

KENDERAAN YANG PALING SELAMAT IALAH KAPAL?



Di dalam AlQuran, banyak ayat-ayat yang menyebut perkataan KAPAL. Maka sudah pasti ada rahsia yang besar terhadap kapal. Semasa zaman Nabi Noh, Kapal merupakan alat untuk menyelamatkan manusia, haiwan dan harta (dengan Izin Allah). Oleh itu pada pandangan saya untuk menyelamatkan harta dan sumber maklumat negara. eloklah negara kita Malaysia membina kapal yang besar sebesar KLCC sebagai salah satu Malaysian Disaster Recovery Center.

Perhatikan ayat-ayat berkaitan kapal dalam AlQuran.

"Dan diantara tanda -tanda kekuasaanNya ialah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmatNya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintahNya dan supaya kamu dapat mencari karuniaNya, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Ar Ruum : 46)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.(QS. Al Baqarah [2] : 164).


Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. (QS. An Nahl [16] : 14).

Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-Kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu.(QS. Al Isra [17] : 66).

)
Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur. (QS. Al Fathir [35] : 12).

Allahlah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya, dan supaya kamu dapat mencari sebagian karunia-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur. (QS. Al Jatsiyah [45] : 12).

Tuesday, December 6, 2011

Halangan untuk mengamalkan sentiasa berwuduk

Kita disaran supaya sentiasa dalam keadaan berwuduk. Orang yang sentiasa dalam keadaan suci (ada wuduk) akan dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah atau sifat amarah. Malangnya dalam keadaan sekarang, peraturan ditempat kerja menyukarkan kita untuk sentiasa dalam keadaan berwuduk. Mana-mana pejabat pun terutama pejabat kerajaan, setia lelaki mesti pakai kasut.

Bila pakai kasut, sudah pasti kita pakai setokin. Jika kita hendak berwuduk, kita kena tanggal kasut dan stokin. kemudian kita pakai selipar untuk ambil wuduk. Ini menyukarkan kita untuk mengambil semula wuduk setelah kita buang hajat.

Saya berpandangan, adalah baik jika di tempat kerja dibenarkan memakai SANDAL sahaja. Bentuk Sandal sekarang sudah cantik. Kalau kita pakai sandal, Insya Allah imej perkhidmatan awam akan lebih dihargai.