Thursday, June 30, 2011

Cadangan supaya bekerja hanya dalam waktu pejabat

Dari pemerhatian saya dipersekitaran, didapati gejala sosial semakin parah. Ramai yang berpeleseran lelaki/perempuan tanpa segan silu. Ramai anak gadis yang berseluar pendek. Budak2 sekolah menghisap roko. Bermain video game di Cyber Cafe. Semuanya ini tidak berani ditegur oleh jiran2 sebab mereka tak kenal pun anak siapa.

Kenapa jiran tak kenal anak jiran? bukan sahaja tak kenal anak jiran mungkin tak kenal jiran pun. Pernah juga saya dengar cerita, ada dua insan bertemu di London, borak-punya-borak, tanya tinggal di mana. Rupa2nya mereka jiran di taman perumahan & di jalan yg sama.

Bagi mengatasi masalah ini, saya mohon mencadang supaya kerajaan menggalakkan pegawai bekerja hanya dalam waktu pejabat sahaja (Jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja) Selepas jam 5 mereka mesti kenak balik supaya jumpa masyarakat dan buat aktiviti kemasyarakatan seperti turutserta di surau/masjid. Melihat buku2 anak2.

Siapa yang kerja lebih masa di kira mereka-mereka yang kurang mutunya.

Tuesday, June 21, 2011

Kumpulan BANGUN SEBELUM SUBUH

Setiap rakyat Malaysia digalakkan untuk bangun sebelum waktu subuh. Bacalah artikel-artikel yang posted by ahli-ahli Bangun Sebelum Subuh. Insya Allah ilmu yang disampaikan di situ baik-baik belaka. ANDA JUGA BOLEH MENYuMBANG IDEA KREATIF yang BOLEH MENYEGARKAN ROHANI. Sila ke surau/masjid berhampiran menjelang waktu subuh.
Untuk menjadi ahli Bangun Sebelum Subuh, sila likes facebook Bangun Sebelum Subuh.

Sunday, June 19, 2011

Dilarang berseluar pendek yang menampakkan lutut hingga pusat

Saya berpandangan memakai seluar pendek yang menampakkan lutut hingga ke pusat bagi seseorang individu di khalayak ramai adalah sesuatu perbuatan yang tidak beretika. Pendedahan kawasan tersebut boleh merangsang nafsu orang yang kurang imannya atau yang tidak berapa baik perangainya. Oleh itu saya mencadangkan supaya etika berpakaian rakyat Malaysia diwujudkan. Salah satu etika ialah Seseorang Lelaki atau Wanita tidak dibenarkan memakai seluar pendek yang menampakkan lutut hingga ke pusat kecuali bagi kanak2 berusia 12 tahun ke bawah.

Sejak kebelakangan ini sudah ramai anak-anak muda memakai seluar pendek. Yang sedihnya pakaian ini telah diikuti tanpa segan-silu oleh gadis sunti muslim.

Ya Allah ya Tuhan Ku, Engkau lindungilah Aku dari dugaan-dugaan yang mencabar ini.

Friday, June 17, 2011

Kartun Hina Islam Vs Orang Hina Islam

Saya melihat isu Kartun Hina Islam yang diperbesarkan oleh satu pihak dan dipertahankan oleh satu pihak yang lain. Kemudiannya pihak lain tu ungkit pula kartun-kartun pihak yang lain pula menjadikan isu kartun ini akan terus berpanjangan. Sebenarnya jauh dilubuk hati saya kejadian ini berlaku disebabkan Orang Islam masa kini ramai yang menghina Islam secara terang-terangan.

Sebagai contoh, Islam jelas melarang orang lelaki dan wanita mendedahkan auratnya di khalayak bukan muhrim. Jadi, sebagai seorang Islam yang semestinya wajib patuh arahan tersebut TETAPI disebabkan orang itu tidak patuh maka orang itu memakai seluar pendek nampak lutut atau tidak memakai hijab (jika wanita). Perbuatan tidak menutup aurat ini bukankah sama dengan "Menghina Islam?". Pada saya ini lebih besar isunya berbanding lakaran kartun tadi.

Satu lagi, yang paling simple, iaitu seseorang lelaki Islam yang memakai serban atau memakai kopiah yang rata-rata orang pandangnya, orang akan kata orang itu orang Islam TETAPI orang yang pakai serban atau kopiah itu sedang asyik menghisap rokok. Kategori orang ini juga telah "Menghina Islam" sebab merokok itu tidak digalakkan oleh Islam sebab ia merosakkan.

Dan banyak lagilah perbuatan2 orang Islam yang terang-terang menghina Islam. Oleh itu sesiapa yang membaca teks ini dan ia seorang Islam hendaklah menghalang diri daripada termasuk dalam golongan orang-orang menghina Islam.

Friday, June 10, 2011

Anugerah Kejayaan Berbentuk Ilmiah Perlu di Pertingkatkan

Saya secara peribadinya sangat tidak menyukai keseluruhan etika syarikat-syarikat yang murah hati untuk sponsor hadiah-hadiah besar kepada program-program berbentuk HIBURAN dan Gelak Ketawa. Sponsor tu bagus tetapi hadiah tu biarlah berpada dan biarlah lebih rendah dari program-program berbentuk ilmiah seperti PIDATO, Berbalas Pantun, Pertandingan Cerpen, Karangan, Tilawah AlQuran, Imam Muda, Saintis Muda dan lain-lain yang berbentuk pembangunan rohani.

Saya lihat sejak tadika lagi anak-anak di ajar berjoget dan menyanyi secara berlebihan.

Program-program hiburan kebanyakannya memacu rakyat ke arah keruntuhan moral.
Tolonglah semak semula.

Kalau kita boleh anjur Jangan Lupa Lirik, mengapa tak boleh modified menjadi Jangan Lupa Ayat Quran.

......

Tuesday, June 7, 2011

Pemberian Biasiswa Kepada Pelajar Cemerlang PERLU ADIL

Saya bersetuju pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang tidak mengira kaum dengan syarat hanya pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Aliran Bahasa Malaysia sahaja yang diambil kira. Biar semua kaum belajar dalam bahasa yang sama. 1Malaysia 1Bahasa.

Sunday, June 5, 2011

Perpaduan Kaum Mesti Di Utamakan


Perbalahan kecil di antara kaum boleh menjadi besar hingga menyebabkan kematian. Oleh itu, semua kaum di Malaysia perlu menghormati di antara satu sama lain dan padamkan apa-apa sahaja perkara yang sensitif.

Kita tidak mahu apa yang terjadi di Tunisia berlaku di negara kita,

Tujuh maut perbalahan puak di Tunis

06/06/2011 2:32am

TUNIS 6 Jun – Tujuh maut perbalahan puak di Tunis

06/06/2011 2:32am

TUNIS 6 Jun – Kira-kira tujuh terbunuh manakala lebih 100 penduduk cedera dalam perbalahan antara dua puak di bandar Metlaoui, selatan Tunis, semalam.

Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan terpaksa menempatkan lebih ramai anggotanya di Metlaoui bagi mengawal keadaan yang mula tegang pada petang Jumaat lalu.

Sementara itu, kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 30-an ditikam sehingga mati, awal pagi semalam. – AFP