Monday, October 31, 2011

JADUAL CERAMAH NOVEMBER 2011 MADRASAH ISLAHIAH ADDINIYAH TAMAN IBU KOTA SETAPAK KUALA LUMPUR

JADUAN CERAMAH BULAN NOVEMBER 2011 DI MADRASAH ISLAHIAH ADDINIYAH TAMAN IBU KOTA SETAPAK KUALA LUMPUR

6 nov 2011 (ahad), kuliah subuh, ust kamaruddin abdul hamid, kemanisan dalam beribadah
6 nov 2011 (ahad), kuliah maghrib, kapten normazlan, kelas alquran dan tajwid
7 nov 2011 (isnin),kuliah maghrib, ust mohd abdullah, kitab tauhid
9 nov 2011 (rabu), kuliah maghrib, megat amir (kagat), kitab penawar hati
12 nov 2011 )sabtu), program kaum ibu 2.45-4.00ptg, ust othman hassan, kelas quran & tajwid kaum ibu
13 nov 2011 (ahad), kuliah subuh, ust shahrul akhbar nukman, sakaratul maut
13 nov 2011 (ahad), kuliah maghrib,kapten normazlan, kelas alquran dan tajwid
20 nov 2011 (ahad), kuliah subuh, ust salman, tafsir almujadalah
20 nov 2011 (ahad), kuliah maghrib, kapten normazlan, kelas quran dan tajwid
26 nov 2011 (ahad), kuliah subuh, ybh dr zulkifli mohamad al bakri, kelebihan solat
26 nov 2011 (sabtu), program kaum ibu 2.45-4.00ptg, ust othman hassan, kelas tajwid kaum ibu
27 nov 2011 (ahad), kuliah maghrib, kapten normazlan, kelas alquran dan tajwid

Saturday, October 29, 2011

Lauh Mahfuzh

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah." (22:Al-Hadid)

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang telah yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri./ (23:Al-Hadid)

KEHIDUPAN ARISTOTLE

Aristotle merupakan salah seorang pelajar Plato, dilahirkan pada tahun 384 SM. Bapa Aristotle adalah seorang doktor kepada raja Mecadonia, dan apabila Aristotle berumur tujuh tahun, bapanya menghantar beliau belajar di Akademi. Beliau berada di sana pada awalnya sebagai pelajar, kemudian menjadi penyelidik dan akhirnya menjadi pengajar. Beliau membawa idea Plato yang diterima umum dan menjelaskan dalam bentuk dialog. Apabila Plato meninggal dunia, Plato mewasiatkan Akademi bukan kepada Aristotle tetapi kepada kepada Speusippus iaitu anak saudaranya. Aristotle kemudian meninggalkan Athens dengan Xenocrates untuk pergi ke Assos, di Asia Minor, di mana beliau membuka cawangan Akademi. Akademi ini memberi tumpuan lebih kepada biologi daripada sebelumnya yang bergantung pada matematik.

Di sana beliau telah bertemu dengan Hermias, satu lagi bekas pelajar Plato, yang telah menjadi raja-Assos. Aristotle telah berkahwin dengan anak saudara Hermias, Pythias, yang meninggal dunia sepuluh tahun kemudian. Semasa tahun-tahun di Assos, Aristotle mula berpisah dari Platonisme dan membangunkan idea sendiri.

Raja Philip Macedonia menjemput Aristotle ke ibu pejabat di sekitar 343 SM untuk tutor anak lelakinya berusia tiga belas-tahun iaitu Alexander. Walaupun sebagai Tutor di Akademi di Assos Alexander, Aristotle masih kekal sebagai presiden Akademi. Dalam 359 SM, bapa Alexander, Raja Philip memutuskan untuk menundukkan kota Yunani, dan menyerahkan tapuk pemerintahan kepada Alexander, sekali gus menghentikan tutor Aristotle kepada Alexander.

Raja Philip dibunuh, dalam 336 SM, dan Alexander kemudian menjadi raja. Beliau telah menggerakkan tentera bapanya dan menundukkan beberapa negeri bandar raya, sekali gus menjadi "Alexander The Great".

Pada 335 SM, Aristotle kembali ke Athens. Speusippus telah meninggal dunia, tetapi Aristotle sekali lagi tidak diberi jawatan presiden Akademi di Athens, sebaliknya, ia telah diberikan kepada salah satu daripada Xenocrates rakan-rakannya.

Jadi, Aristotle mengasaskan sekolah sendiri masa ini, ia dinamakan Lyceum. Pada 323 SM, dua belas tahun selepas mengasaskan Lyceum, Alexander the Great meninggal dunia.

Di Greece, kebencian terhadap hegemoni Macedonia menyebabkan rusuhan berlaku. Aristotle telah dituduh zalim, dan hidupnya menjadi dalam bahaya yang serius. Lalu dia meninggalkan Athens, dan pergi ke tempat peninggalan harta pusaka arwah ibu di Chalcis di pulau Euboea. Beliau meninggal dunia di sana pada tahun berikutnya, 322 SM.

Usia Tidak Panjang Tetapi Manfaatnya Banyak

Kalau kita kaji sejarah lampau, Manusia yang hebat tidak perlu usia yang panjang untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Misalnya :
Nabi Muhammad s.a.w. wafat dalam usia 63 tahun
Ibnu Sina (tokoh perubatan) meninggal pada usia 57 Tahun.
Muḥammad bin Mūsā al-Khawārizmī (bapa aljabar) meninggal pada usia 70 tahun.
Aminuddin Baki (Bapa Pendidikan Malaysia), meninggal pada usia 39 tahun
P. Ramlee (Seniman Agung Malaysia), meninggal pada usia 44 tahun.
Ibnu Haitham, meninggal pada usia 74 tahun (965M-1039M)

Surau Al-Falah Danau Kota Setapak





Kepada Semua Penduduk Danau Kota,

Kita mengucapkan terima kasih kepada Saudara Azman AbRahman kerana usaha beliau untuk mewujudkan satu media perhubungan FACEBOOK DANAU KOTA RESIDENCE yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk Danau Kota, Setapak. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa Kawasan Danau Kota telah menjadi satu kawasan yang bertaraf Internasional. Selain terkenal dengan UPTOWN, kini Danau Kota telah mempunyai pusat beli belah bertaraf Antarabangsa iaitu KL Festival City. Banyak negara telah mempunyai Festival City. Contohnya Dubai Festival City, Canada Festival City dan banyak lagi. Kunjungi dan jadilah ahli FB Danau Kota Residence sekarang juga.



Penduduk Danau Kota juga mesra bersama. Berikut suasana sambutan Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.

Friday, October 28, 2011

Perkara-perkara yang berupaya anda lakukan tanpa modal

1. Bangun Sebelum Subuh
2. Baca Quran Sebelum Solat Subuh
3. Puasa Isnin dan Khamis
4. Tidak Merokok/Berhenti Merokok
5. Buang sampah ditempat khas untuk sampah
6. Bersihkan tandas surau
7. Basuh kereta
8. Bersihkan rumah.
9. Baca buku-buku ugama
10. Tulis perkara-perkara baik dalam blog (jika ada kemudahan)
11. Main basikal
12. Potong rumput.
13. Tolong AJK persatuan penduduk.
dan macam2 lagi yang baik-baik anda boleh lakukan tanpa modal.

Mengapa Malam Gelap?

Sebab tiada matahari pada waktu malam.

Sebab bulan tak mengeluarkan cahaya. Cahaya matahari yang dipatulkan oleh bulan tidak begitu terang.

Sebab gelap itulah dia dipanggil malam.

Sebab ramai orang tak dapat tidur dalam cahaya terang.

Sebab cuaca cerah orang kata siang.

Maaf entry ini saja-saja nak melawak. Bergurau sesekali tak apa kan?...

Berkaitan malam dan siang ni ada disebut dalam Quran (baca di bawah):
-------------------------------------------------------------------------

Katakanlah (Muhammad)."Bagaimana pendapatmu, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai Hari Kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Apakah kamu tidak mendengarkan? (ayat 71 : Al-Qashash)

Katakanlah (Muhammad), "Bagaimana pendapatmu, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai Hari Kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istihiratmu?. Apakah kamu tidak memperhatikan?" (ayat 72 : Al-Qashahsh)

Tuesday, October 25, 2011

DULU, KINI DAN SELAMANYA

SELAMANYA
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
"Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam,"
"Yang Maha Pengasih, Maha Pengayang."
"Pemilik hari pembalasan"

KINI
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"
Tunjuki kami jalan yang lurus"

DULU
"(yaitu)jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya;bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula pula) mereka yang sesat"

Dan milik Allah timur dan barat

Ayat 115 Surah Al-Baqarah:
"Dan milik Allah timur dan barat. Kemana-mana kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sungguh Allah Mahaluas, Maha Mengetahui."

Ashabun Nuzul ayat 115.
Ibnu Umar berkata,"Saat dalam perjalanan dari Makkah menuju Madinah, Rasul solat sunat di atas untanya ke mana pun arah unta itu, miskipun tidak menghadap kiblat. Sebagai penjelasan atas kejadian itu, Allah menurunkan ayat ini."(HR. Muslim, Tirmidzi dan Nasa'i).

"""""""""ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT""""""""""

Sunday, October 23, 2011

Marco Simoncelli maut di Litar Sepang 23 Oktober 2011

Terkini!!!
Perlumbaan MotoGP Malaysia 2011 dibatalkan diputuskan penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports selepas penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli meninggal dunia terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain di Litar Sepang sebentar tadi

dipetik dari http://sedakasejahtera.blogspot.com/2011/10/video-kemalangan-ngeri-marco-simoncelli.html

Saturday, October 22, 2011

Sekali Lagi Saya Merayu Supaya Kumpulan Utusan jangan lagi Siarkan Gambar Seksi dalam akhbarnya

Ya Allah yang Tuhanku Selamatkan Akhbar Melayu yang dikeluarkan oleh Kumpulan Utusan, Jadikanlah sidang Redaksinya terdiri daripada orang-orang menginginkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Pada masa ini, disamping mempunyai berita yang baik TETAPI mereka masih memperbesarkan gambar-gambar seksi terutamanya artis. Lihat Mingguan Malaysia hari ini 23 Oktober 2011 di muka hadapan ada berita Jangan Gugat Islam tetapi ada iklan kecil PancaIndera gambar Cerita Julia kaki gaduh. Kemudia lihat pula sisipan PancaIndera tengok gambar Julia tu seksi tak? Kemudia lihat pula muka 12 PancaIndera gambar Haida Hafiz lagi seksi. Seksa dibuatnya.

Ya Allah ya Tuhanku berilah hidayah kepada penyumbang2 berita di akhbar Kumpulan Utusan supaya mereka mengeluarkan berita semata-mata untuk perpaduan Ummah dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia dengan Redha Mu ya Allah.

DENGARLAH IKIM FM

Friday, October 21, 2011

UTUSAN MALAYSIA MASIH SIAR GAMBAR SEKSI

Utusan Malaysia masih menyiarkan gambar seksi dalam akhbarnya. Hari ini Sabtu 22 Oktober 2011 di S2 ada cerita Nicole, Lewis berpisah? ada gambar Mengangkang dan ada gambar meniarap yang seksa melihatnya. Sayang sekali akhbar yang ramai pembelinya dikalangan orang Melayu Islam menyajikan gambar-gambar yang enak dipandang tetapi menjatuhkan imej manusia. Sudah-sudahlah...hentikanlah cerita-cerita yang tak berfaedah tu..

Sajikanlah dengan berita2 kejayaan, inovasi yang terhasil semalam dan sebagainya yang boleh mendidik manusia ke arah kebaikan bukan ke arah lara...

SuperMind@MindaBistari inginkan rakyat Malaysia sihat akal...

Monday, October 17, 2011

yakjuj makjuj dajal imam mahadi nabi isa

rasul nabi imam wali madu walit sarang burung dosa bangun sebelum subuh akhirat siksa tudung jica parti pilihanraya pru bantuan rm55!!-5!!ngantuklah pula.

Sunday, October 16, 2011

Saya Jarang Solat di Surau itu kerana....

Saya amat jarang solat di surau itu kerana Imam surau itu seorang perokok tegar. Pada saya, jika orang itu dah taraf IMAM, dia sepatutnya dah berhenti merokok. AJK surau itu pula tidak melarang orang menghisap rokok di Surau atau Sekitarnya (dalam Pagar Surau). Apa tidaknya ada dikalangan mereka juga menghisap rokok.

Saya berharap orang surau/masjid JANGANlah jadi Perokok. Jika anda masih merokok, merokoklah di rumah sendiri. Jangan sekali-kali hisap di tempat awam.

INGAT! IMAM TIDAK MEROKOK. JIKA MEROKOK BUKAN IMAM NAMANYA.
GURU UGAMA TIDAK MEROKOK, JIKA MEROKOK BUKAN GURU AGAMA NAMANYA

Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri Masjid Lama Lebak, Temerloh Pahang.

Sama-samalah membantu usaha murni rakan sekolah saya.

Sejarah dan Latar Belakang (kunjungi http://ibnurubat.blogspot.com)

1. Pusat Pengajian Islam ini diasaskan daripada masjid lama yaitu masjid yang pertama dibangunkan di Kg. Tanjong Kerayong, Mukim Lebak, Temerloh, Pahang. Masjid ini dihasilkan dari sumbangan derma dan gotong-royong daripada penduduk setempat. Catatan binaan yang terdapat pada bangunan tersebut ialah pada 10 Disember 1951.

2. Masjid ini didirikan diatas tanah yang telah diwaqafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Silong tetapi tanpa surat rasmi. Dan kemudian disambung waqaf semula oleh anak-anaknya/pewarisnya sepertimana lampiran Surat Pengakuan Mewakafkan Tanah beserta pelan kawasan yang diwaqafkan.


3. Pada tahun 1969, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan peruntukan untuk membina bangunan masjid baru dan telah dipindahkan ke tapak tanah baru yang diwaqafkan oleh Tuan Haji Osman serta dirasmikan oleh Sultan Pahang pada 7/11/1973. Semenjak itu, masjid lama ini terus terbiar dan tidak digunakan lagi oleh masyarakat setempat.

4. Memandangkan masjid lama ini dibiayai oleh orang-orang tua dahulu dan demi untuk mempastikan sedeqah jariah mereka berkekalan, maka diusahakan masjid ini diperbaiki untuk kegunaan sembahyang berjamaah dan memberikan pilihan kepada orang-orang yang bermusafir untuk bersembahyang kerana tempatnya yang berhampiran dengan jalanraya utama Temerloh-Triang.


5. Disamping itu Masjid Lama ini dijadikan sebagai Pusat Pengajian Islam untuk mengadakan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain bagi kanak-kanak dan Pengajian Kitab Umumi untuk kalangan belia dan dewasa.


HISTORY AND BACKGROUND

1. This was the first mosque at Kampung Tanjung Kerayong, Mukim Lebak, Temerloh, Pahang. It was built from the donation and co-operation of the people here. The date 10 December 1951 can be seen on the building to mark the real date it was built.

2. The mosque was built on a piece of land which was contributed (wakaf) by the late Tuan Haji Silong without any document enclosed. It was then followed by his children. (Please refer to the letter and plan of the stated piece of land enclosed).


3. In 1969, the government of the state of Pahang has approved a budget to build a new mosque. It which was then removed and built on the land which was donated by Tuan Haji Osman, and it was officially opened by the Sultan of Pahang on 7 November 1973.

4. In order to keep the good deeds by the late donors be remembered, a suggestion is made to repair the mosque, especially for ‘solat jamaah’. This is also for the benefit of the Muslims passers-by, because the mosque is situated along the main road from Temerloh to Triang.


5. Besides that, the mosque is also used for Al-quran and Fardu Ain classes for children and Islamic classes for youth and adult.

Saturday, October 15, 2011

- Berhentilah Merokok Sebelum Terlambat." Bangunlah Sebelum Subuh.

Harga 1 kotak rokok 20 batang ialah RM10. Sehari saya hisap 1 kotak, maknanya saya belanja RM300 sebulan untuk rokok. Kalau saya berhenti merokok, saya boleh bagi RM300 sebulan kepada ibu/bapa saya. "Merokok Merbahayakan Nyawa Anda dan Nyawa Keluarga Anda - Berhentilah Merokok Sebelum Terlambat." Bangunlah Sebelum Subuh.

Monday, October 10, 2011

SUBSIDI - BAGAIMANA SUBSIDI DILAKSANAKAN?

AKU PUN TAK FAHAM..AKU TAKUT SUBSIDI NI MENGUNTUNGKAN PENIAGA (EMPUNYA PRODUK) JE. MISALNYA GULA. JIKA KERAJAAN TAK BERI SUBSIDI, HARGA GULA TINGGI. KALAU KERAJAAN BERI SUBSIDI, HARGA GULA BOLEH DITURUNKAN? KENAPA? AKU TAK FAHAM.

KATALAH SI (A) PEMILIK 'GULA'. KOS DIA BUAT SEKILO GULA RM2.00. DIA NAK JUAL RM2.50 SEBAB DIA NAK UNTUNG 50 SEN. KERAJAAN KATA JANGAN JUAL MAHAL KEPADA RAKYAT. DIA KATA BOLEH JUAL RM2.20 SEKILO TETAPI 30 SEN LAGI TU KERAJAAN BAYARLAH KEPADA SI (A).

BEGITULAH FAHAM SAYA.

JIKA BETUL MACAM TU, KENAPA TAK NEGOTIATE JE DENGAN SI (A), ALAH... DAPAT UNTUNG 20 SEN SEKILO CUKUPLAH! SO, TAK PAYAH KERAJAAN BAYAR 30 SEN SEKILO KEPADA SI (A).

SIAPA UNTUK BAGI PROGRAM SUBSIDI? ENTAH....

Sunday, October 9, 2011

Rings Around The Moon - Gelung melingkari Bulan

http://home.hiwaay.net/~krcool/Astro/moon/moonring/

Kejadian Gelung Melingkari bulan berlaku pada jam 11.00 malam 9.10.2011 di Malaysia. Kejadian ini pernah berlaku pada waktu subuh 3 minggu lalu. Untu mengetahui fenomena ini, sila rujuk web site di atas.

Implikasi?

Weather:
- Many rings around the moon, signal a series of severe storms.

- A single ring around the moon that quickly vanishes, predicts fine weather.

- A constant ring around the moon, is an omen of rain or snow

Bad Luck:
- When the New Moon holds the Old Moon in its arms, (A ring around the New Moon) disasters will occur at sea.

Saturday, October 8, 2011

PERJUMPAAN PERDANA (GRAND REUNION) BEKAS2 PELAJAR SMKT BATCH 1975/79 AKAN BERLANSUNG PADA 9HB APRIL, 2012 ... SABTU


PERJUMPAAN PERDANA (GRAND REUNION) BEKAS2 PELAJAR SMKT BATCH 1975/79 AKAN BERLANSUNG PADA 9HB APRIL, 2012 ... SABTU

KEPADA BEKAS PELAJAR YANG DIMAKSUD Sila masuk FB di sebelah kiri:

Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi

Terjemahan ayat 115 AlBaqarah:
" Dan milik Allah timur dan barat. Kemanapun kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sungguh, Allah Mahaluas, Maha Mengetahui."

Ashabun Nuzul ayat 115
Ibnu Umar berkata, "Saat dalam perjalanan dari Makkah menuju Madinah, Rasul Solat sunat di atas untanya ke mana pun arah unta itu, meskipun tidak menghadap kiblat. Sebagai penjelasan atas kejadian itu, Allah menurunkan ayat ini."(HR, Muslim, Tirmidzi, dan Nasa'i).


Terjemahan ayat 116 - 117 AlBaqarah
" Dan mereka berkata, "Allah mempunyai anak.". Mahasuci Allah, bahkan milik-Nyalah apa yang dilangit dan di bumi. Semua tunduk kepada-Nya."
" (Allah) Pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadnya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu.

Terjemahan ayat 118 AlBaqarah
"Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata,"Mengapa Allah tidak berbicara dengan kita atau datang tanda-tanda (kekuasaan-Nya) kepada kita?" Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah berkata seperti ucapan mereka itu. Hati mereka serupa. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang-orang yang yakin.

Ashabun Nuzul ayat 118
Ibnu 'Abbas memaparkan, bahawa atas ucapan Rafi' bin Huraimalah terhadap Nabi:"Jika benar engkau adalah seorang utusan Allah, sampaikan kepada Allah, agar Dia berbicara kepada kami hingga kami mendengar kata-kata-Nya", Allah menurunkan ayat ini. (HR Ibnu Jarir dan Abi Hatim).


Sumber: TAFSIR QURAN Per Kata - Keluaran Maghfirah Pustaka

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 - Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan

Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan
Tuan Yang di-Pertua
85. Kerajaan akan terus menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik
untuk rakyat, terutamanya rawatan berkualiti, peralatan terkini serta
persekitaran lebih selesa. Bagi tahun 2012, sektor perkhidmatan kesihatan
akan diperuntukkan 15 bilion ringgit untuk perbelanjaan mengurus dan 1.8
bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Ini melibatkan antaranya
pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di Bera, Kuala Krai, Dungun,
Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok bersalin di Hospital
Putrajaya. Kerajaan juga akan menambah baik 81 klinik kesihatan luar bandar
di seluruh negara dan membuka 50 klinik 1Malaysia.

Bajet 2012 - Menghargai Penjawat Awam : Tambah bonus setengah bulan gaji

Menghargai Penjawat Awam

Tuan Yang di-Pertua,
114. Kerajaan yakin penjawat awam akan terus mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi
kenyataan. Dalam konteks ini, seperti yang semua ketahui, pada bulan Ogos
yang lalu, Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan
bayaran minimum 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran bantuan
500 ringgit kepada pesara.
48
115. Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak
terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya
mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran
minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan.
Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan
menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan
bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit
bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam
serta 618 ribu pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada
tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit.

Bajet 2012 - Pencarum KWSP boleh buat pendaftaran awal Haji

Pendaftaran Awal Ibadah Haji
Tuan Yang di-Pertua,
113. Kita sedang berada dalam bulan Zulhijjah dan seruan haji sebagai
Rukun Islam kelima sentiasa saja berkumandang kepada hamba-hambaNya
untuk menuju Baitullah dari mana saja penjuru dunia. Dalam hal ini, Kerajaan
menyedari, ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah
untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan
minima sebanyak 1,300 ringgit. Justeru, bagi membolehkan bakal jemaah
mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, Kerajaan dengan ini membenarkan
pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ringfencing
Akaun 2 pencarum sebanyak 1,300 ringgit. Melalui kaedah ini, wang
pencarum sejumlah 1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum
sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.

Bajet 2012 - Meringankan Kos Sara Hidup

http://www.treasury.gov.my

Meringankan Kos Sara Hidup
Tuan Yang di-Pertua,
112. Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:

Pertama:
Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan
bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali
diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap
golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup.
Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah
keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada
bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8
bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang
layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui
bank dan Pejabat Pos;

Kedua:
Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar
sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga
Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini
disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan
sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial,
terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang
berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya,
langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan
persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada
kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta
ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank
Simpanan Nasional; dan

Ketiga:
Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua
pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di
seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada
kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta
ringgit.