Thursday, September 29, 2011

ADA JALANRAYA YANG BOLEH MENJAUHKAN SILATURAHIM...

Usaha untuk menaiktaraf jalanraya perlu dipuji kerana ia memudahkan masyarakat bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Walau bagaimanapun arkitek jalanraya perlu juga mengambilkira hubungan kekeluargaaan atau hubungan kemasyarakatan hendaklah tidak terjejas akibat daripada menaiktaraf jalanraya.

Pada masa ini, apabila jalanraya siap, keluarga atau jiran sudah jarang berjumpa sebabnya:

Sebelum jalanraya dinaiktaraf:
Dua jiran yang dipisah oleh jalanraya masih boleh melintas jalan atau menggunakan kenderaan menyeberangi jalan.

Selepas jalanraya dinaiktaraf
Jalanraya tersebut telah dinaiktaraf dan dijadikan jalan sehala dan diletak pemisah jalan sehingga dua jiran tadi tak boleh melintas jalan atau jika menggunakan kenderaan pula, ia perlu memandu jauh untuk pergi seberang jalan.

Saya luahkan ini supaya arkitek2 jalan mengambil perhatian dan jadikan Jalanraya Mesra Pengguna.

No comments:

Post a Comment