Friday, September 30, 2011

GAMBAR SEKSI MASIH MENJADI MODAL UNTUK MELARISKAN UTUSAN MALAYSIA

Saya sebenarnya menyokong ada satu surat khabar yang boleh menjadi rujukan rasmi untuk rakyat Malaysia. Buat masa ini saya masih menjadikan Utusan Malaysia sebagai rujukan rasmi Berita. Akhbar harian lain saya anggap sebagai rujukan tambahan.

Walau bagaimanapun sejak dulu lagi saya telah cuba meminta pihak Utusan Malaysia supaya jangan menyiarkan gambar-gambar seksi. Malangnya selepas dua tahun saya menimbulkan isu gambar seksi di Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia terutama di PancaIndera, Sekarang masih juga Gambar seksi menghiasai muka depan atau halaman sisipan. Hari ini 1 Oktober 2011, Muka Utama ada gambar kecil dengan tajuk "Model mengaku disimpan Berlusconi", di S2 pula "India buat Paris Hilton terpukau", "Karisma Kapoor muncul selepas rehat 5 tahun". "Rosie Huntington - Whiteley lantik tiga jurulatih gim. dan gambar Warga emas dakwa patah tangan ketika jalani terapi di hospital juga agak seksi (patut tak lulus untuk ditayang - ambillah gambar lain!".

Semula catatan persendirian saya ini diambil perhatian oleh UTUSAN MALAYSIA.

Jadikan "UTUSAN MALAYSIA" akhbar Rasmi Negara Malaysia Tercinta.

No comments:

Post a Comment