Thursday, September 29, 2011

CARA MUDAH MENGHAFAL AL-QUR'AN

Sumbangan Noraida Idaris · ahli group Bangun Sebelum Subuh
Dicatat oleh Ustaz Ali Sabri
Oleh: Asy-Seikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, imam dan khatib Masjid Nabawi.

Segala pujian hanya milik Allah, selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad, keluarganya, dan para sahabat seluruhnya.
Keistimewaan metode ini adalah seseorang akan memperolehi kekuatan dan kemantapan hafalan serta akan cepat menghafal dalam waktu yang singkat dan akan khatam Al-Quran. Berikut kami akan paparkan metodenya beserta contoh dalam menghafal surah Al-Jumuah:
Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali
Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.
Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan juz, kerana ia akan menyebabkan hafalan bertambah berat sehingga anda tidak boleh menghafalnya.
JIKA SAYA INGIN MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA, BAGAIMANA CARANYA?
Jika anda ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum anda menambah dengan hafalan baru dengan metode yang saya sebutkan di atas, maka anda mestilah membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja’ah) sebanyak 20 kali agar hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatan. Kemudian setelah mengulangi (muraja’ah) maka baru anda boleh memulakan hafalan baru dengan metode yang saya sebutkan di atas.
BAGAIMANA CARANYA SAYA MENGGABUNGKAN ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DENGAN MENAMBAH HAFALAN BARU?
Jangan sekali-kali anda menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya. Ini kerana jika kamu hanya terus-menerus melanjutkan menghafal Al-Qur’an hingga khatam tapi tanpa mengulanginya terlebih dahulu, setelah khatam anda baru mengulanginya dari awal, secara tidak disadari anda telah banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal. Oleh kerana metode yang paling tepat dalam menghafal adalah dengan menggabungkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru. Bagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bahagian, yang mana satu bahagian 10 juz. Jika dalam sehari kamu telah menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda menyelesaikan 10 juz. Jika telah selesai 10 juz maka berhentilah menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal, dengan cara setiap hari kamu mengulangi (meraja’ah) sebanyak 8 muka.
Setelah selesai satu bulan anda mengulang hafalan, barulah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua muka bergantung kemampuan, sambil anda mengulangi setiap harinya 8 muka hingga anda boleh menyelesaikan hafalan 20 juz. Jika anda telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juz, dimana setiap hari anda harus mengulang (meraja’ah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua muka bergantung kemampuan, sambil mengulangi setiap hari 8 muka hingga anda boleh menyelesaikan seluruh Al-Qur’an.
Jika anda telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama sebulan, dimana setiap harinya anda mengulang setengah juz. Kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya, juga diulang setengah juz ditambah 8 muka dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap hari mengulang setengah juz ditambah 8 muka dari 10 juz pertama dan 8 muka dari 10 juz kedua.
BAGAIMANA CARA MERAJA’AH AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH SAYA MENYELESAIKAN METODE MURAJA’AH DI ATAS?
Mulalah mengulangi Al-Qur’an secara keseluruhan dengan cara setiap hari mengulang 2 juz, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan demikian maka anda boleh mengkhatamkan Al-Qur’an sekali setiap dua minggu. Dengan metode seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insya Allah) anda telah mutqin (kukuh) dalam menghafal Al-Qur’an, dan lakukanlah cara ini selama setahun.
APA YANG SAYA LAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SATU TAHUN?
Setelah menguasai hafalan dan mengulanginya dengan itqan (mantap) selama setahun, hendaklah bacaan Al-Qur’an yang anda baca setiap hari hingga akhir hayat adalah bacaan yang dilakukan oleh Nabi saw semasa hidupnya. Beliau membahagikan isi Al-Qur`an menjadi tujuh bahagian (dimana setiap harinya beliau membaca satu bahagian tersebut), sehingga beliau mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu.
Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah saw, “Bagaimana caranya kamu membahagikan Al-Qur`an untuk dibaca setiap hari?” Mereka menjawab:
نُحَزِّبُهُ ثَلَاثَ سُوَرٍ وَخَمْسَ سُوَرٍ وَسَبْعَ سُوَرٍ وَتِسْعَ سُوَرٍ وَإِحْدَى عَشْرَةَ سُورَةً وَثَلَاثَ عَشْرَةَ سُورَةً وَحِزْبَ الْمُفَصَّلِ مِنْ قَافْ حَتَّى يُخْتَمَ
“Kami bahaginya menjadi (tujuh bahagian yakni): Tiga surah lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah, dan hizb al-mufassal iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf).” (HR. Ahmad no. 15578).
Maksudnya:
Hari pertama: Mereka membaca surah “al-fatihah” hingga akhir surah “an-nisa`”.
Hari kedua: Dari surah “al-maidah” hingga akhir surah “at-taubah”.
Hari ketiga: Dari surah “Yunus” hingga akhir surah “an-nahl”.
Hari keempat: Dari surah “al-isra” hingga akhir surah “al-furqan”.
Hari kelima: Dari surah “asy-syu’ara” hingga akhir surah “Yasin”.
Hari keenam: Dari surah “ash-shaffat” hingga akhir surah “al-hujurat”.
Hari ketujuh: Dari surah “qaaf” hingga akhir surah “an-nas”.
Para ulama menyingkat bacaan Al-Qur`an Nabi saw ini menjadi kata: ”فَمِي بِشَوْقٍ“. Setiap huruf yang tersebut menjadi simbol dari awal surah yang dibaca oleh Nabi saw pada setiap harinya. Maka:
Huruf “fa`” adalah simbol dari surah “al-fatihah”. Maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari pertama dimulai dari surah al-fatihah.
Huruf “mim” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kedua dimulai dari surah al-maidah.
Huruf “ya`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketiga dimulai dari surah Yunus.
Huruf ”ba`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keempat dimulai dari surah Bani Israil yang juga dinamakan surah al-isra`.
Huruf “syin” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kelima dimulai dari surah asy-syu’ara`.
Huruf “waw” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keenam dimulai dari surah wash shaffat.
Huruf “qaaf” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketujuh dimulai dari surah qaf hingga akhir muashaf iaitu surah an-nas.
Adapun pembagian hizib yang ada pada Al-Qur an sekarang, maka itu tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.
BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (AYAT YANG MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?
Cara terbaik untuk membezakan antara dua ayat yang kelihatannya menurut anda hampir sama (mutasyabih), adalah dengan cara membuka mushaf dan carilah kedua ayat tersebut. Lalu carilah perbezaan antara kedua ayat tersebut, pastikan perbezaan tersebut, kemudian buatlah tanda/catatan (di dalam hati) yang boleh anda jadikan sebagai tanda untuk membezakan antara keduanya. Kemudian, ketika anda bolehlah melakukan murajaah hafalan, maka perhatikanlah perbezaan tersebut secara berulang-ulang sampai anda mutqin dalam mengingat perbezaan antara keduanya.
BEBERAPA KAEDAH DAN KETENTUAN DALAM MENGHAFAL AL-QUR`AN:
Anda mesti menghafal melalui bantuan seorang guru yang bolah membenarkan bacaan jika salah.
Hafalkanlah 2 muka setiap hari: 1 muka setelah subuh dan 1 mula setelah asar atau maghrib. Dengan metode seperti ini (insya Allah) kamu boleh menghafal Al-Qur`an secara mutqin kurang dari setahun. Tetapi jika anda memperbanyak kapasiti hafalan setiap hari maka kemampuan menghafal akan lemah.
Menghafallah dari surah an-nas hingga surah al-baqarah kerana ia lebih mudah. Tapi setelah anda menghafal Al-Qur`an maka urutan meraja’ah bermula dari Al-Baqarah hingga An-Nas.
Dalam menghafal hendaklah menggunakan satu mushaf saja, kerana perkara ini sangat membantu dalam menguatkan hafalan dan agar lebih cepat mengingat letak-letak ayatnya, ayat apa yang ada di akhir halaman ini dan ayat apa yang ada di awal halaman sebelahnya.
Setiap orang yang menghafal Al-Qur’an 2 tahun pertama biasanya apa yang telah dia hafal masih mudah hilang, dan masa ini disebut fasa at-tajmi’ (pengumpulan hafalan). Kerananya janganlah anda bersedih kerana ada sebahagian hafalan yang anda lupa atau banyak keliru dalam hafalan. Ini adalah fasa yang sulit sebagai ujian bagi anda, dan ini boleh menjadi pintu masuknya syaitan untuk menghentikan anda dari menghafal Al-Qur`an. Tolaklah was-was tersebut dari dalam hati anda dan teruslah menghafal, kerana dia (menghafal Al-Qur`an) merupakan perbendaharaan harta yang tidak diberikan kepada sebarang orang.

No comments:

Post a Comment