Sunday, September 4, 2011

ADAKAH KERAJAAN TIDAK MEMBELA ANAK2 YATIM ATAU ?

Pada pandangan saya Kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap anak-anak yatim dan kebajikan masyarakat sebab itulah Kerajaan mengwujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kerajaan juga menguruskan wang zakat yang sebahagiannya ada untuk anak yatim.

TETAPI mungkin kerana silap pengurusan atau tak tahu cara nak mengurus maka kita lihat banyak kegiatan mengutip derma untuk Rumah Anak Yatim (Islam). Sebenarnya rakyat Malaysia memang suka menderma tetapi saya berpandangan imej Islam akan merosot apabila melihat banyak orang Islam mengutip derma di Shopping Compleks, di Pasar Malam, di Pasar Tani, di stesen minyak, di restoran-restoran, di pejabat sehingga ada ketidak selesaan kepada pengunjung. Ada pula yang mengutip derma secara hampir macam paksaan dan saya pasti, ada yang memberi bukan 100% ikhlas dan terdetik di hati "Kerajaan tak bela ke kelas tahfiz, anak yatim dan orang miskin?"

Sekadar luahan hati yang tidak berapa suka melihat umat Islam meminta-minta sedangkan banyak agensi ditubuhkan untuk tujuan membasmi kemiskinan.

- PERKIM, Amanah Ikhtiar, Dana Belia, Baitul Mal, YPEIM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zakat, dan macam-macam lagi.

No comments:

Post a Comment